Thursday, 11 December 2014

Video Menteri Palestin Mati Dipukul Tentera Israel




Kekejaman pemerintahan kuku besi tentera Israel seperti tiada pengakhirannya.

Tanpa mengira belas kasihan mahupun erti kemanusian, serangan terus dilontar pihak Israel bagi mematahkan pemberontakan rakyat Palestin.

Terbaharu, salah seorang menteri Palestin terkorban semalam ketika menyertai perarakan di Tebing Barat  angkara regim Israel yang bertindak kejam memukulnya tanpa belas kasihan.

Ziad Abu Ein dikatakan meninggal dunia selepas dipukul regim tersebut di bahagian dada menggunakan buntut senapang raifal dan topi keledar tentera Israel di Turmus Ayya.

Kematian menteri yang menguruskan isu petempatan Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin ini sekaligus mendapat reaksi Presiden Mahmoud Abbas yang mengutuk pembunuhan tersebut dan berjanji akan mengambil langkah susulan berikutan insiden tersebut.

“Ia tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami akan mengambil langkah perlu selepas keputusan siasatan insiden itu diperoleh,” kata Presiden Mahmoud Abbas.

Insiden pembunuhan itu berlaku apabila Ziad bersama beberapa rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan membawa anak pokok zaitun sebagai tanda membantah rampasan tanah Palestin oleh Israel.

Menurut pemimpin kanan pergerakan Fatah, Mahmoud Aloul berkata, dia bersama Ziad ketika insiden tunjuk perasaan tersebut dan pihak regim Zionis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan memukul sebahagian peserta dengan buntut raifal.

– MYNEWSHUB



No comments:

Post a Comment