Tuesday, 9 December 2014

Azmin Ali Dan Anugerah Datuk Seri

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan dianugerahkan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Khamis ini.

Satu sumber dalaman parti memberitahu Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dilihat meninggalkan kediaman Istana, di mana turut menyemarakkan lagi spekulasi tersebut.


Ketua AMK Jempol, R. Sri Sanjeevan ketika dihubungi mengesahkan pernah mendengar mengenai penganugerahan itu.

“Ya, kami pernah dengar mengenai penganugerahan itu.

“Kemungkinan ini akan melunturkan semangat akar umbi ahli parti sekiranya dia menerima anugerah itu,” katanya kepada The Rakyat Post.

Katanya, jika Azmin menerima penganugerahan itu selepas seminggu gelaran ‘Datuk Seri’ Anwar Ibrahim ditarik balik, ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak berkredibiliti.

“Azmin seharusnya ingat dia menjadi Menteri Besar Selangor kerana parti dan dia wajar menolak tawaran gelaran tersebut.

“Kita berada dalam parti pembaharuan dengan agenda pembaharuan, bukannya berkhidmat untuk dianugerahkan pelbagai gelaran. Jika dia terima, bermakna dia ingin menunjukkan dirinya berkuasa,” katanya.

Jelasnya, Azmin perlu ingat kembali bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan menerima anugerah gelaran pada 2012 yang dipetik berkata: “Kami berada dalam politik bukan berkhidmat untuk gelaran.”




No comments:

Post a Comment