Tuesday, 23 December 2014

Lori Jatuh Gaung Akibat Tanah Runtuh Di Jalan Timur-Barat



GERIK: Sebuah lori terjatuh ke dalam gaung selepas berlaku tanah runtuh di Kilometer 63, Jalan Timur Barat, berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, dekat Gerik, malam tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.59 malam.

"Sebaik tiba anggota mendapati berlaku kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini operasi menyelamat masih dilakukan.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan terselamat kerana kenderaan itu jatuh secara perlahan-lahan ke dalam gaung berkenaan.




No comments:

Post a Comment