Petikan perbualan Whatsapp yang tersebar di laman sosial Facebook.
Tak dapat difahami tujuan sesetengah individu yang tergamak menyebarkan fitnah melampau berkenaan situasi banjir yang dihadapi negara ketika ini.
Sejak semalam, tersebar petikan perbualan Whatsapp di laman sosial kononnya, banyak mayat mangsa banjir ditemui bergelimpangan di sebuah negeri di Pantai Timur.
Selain mendakwa ramai penduduk mati akibat lemas dan kelaparan, petikan Whatsapp tersebut menyatakan, berita televisyen tak akan melaporkan perkara dahsyat itu kepada umum.
Turut dihebahkan, kononnya bantuan makanan yang diberikan melalui helikopter hanya dicampak membuatkan penduduk yang kelaparan terpaksa berebut untuk mengambilnya.
“Ya Allah, ramai rupanya yang mati, yang kat atas bukit tuh mati kelaparan kesejukan, semua mayat tak dapat nak diuruskan. Kesiannya dengar, jalan-jalan lepas tu jumpa mayat budak terbiar, tunggu air surut ni, baru boleh tau ramai mana yang mati, yang kena hanyut air lagi.. berita dalam TV semua tak cakap, Ya Allah derita sungguh, dah lebih dalam keadaan darurat dah – demikian perbualan yang tersebar tersebut.
Selain itu, turut dikesan penyebaran khabar angin mengatakan 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.
Individu yang tergamak mereka cerita seperti ini boleh diibaratkan sebagai manusia tiada hati perut kerana tidak memikirkan perasaan ahli keluarga yang sedang bimbangkan nasib keluarga mereka yang terperangkap banjir.
Diharapkan, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat bertindak ke atas golongan yang menyebarkan berita palsu ini.
- mynewshubb
No comments:
Post a Comment