Saturday, 6 December 2014

Ulamak Pas Riak, Takbur Dan Nampak Bangang Bila Bercakap

Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan



PERMATANG PAUH: Nakhoda kapal lebih tahu kenapa memberhentikan kapal di tengah lautan tanpa bertindak memberhentikan enjinya, kata Setiausaha Majlis Syura Uamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Memahami Konsep Syura Dan Aplikasinya Dalam Perjuangan Islam dan seterusnya merasmikan Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam tadi.

Katanya, sebagai seorang nakhoda yang diamanahkan membawa kapal tentunya berilmu dalam pelayaran dan anak kapal jangan pula memandai-mandai meninggikan suara kononnya mahu membetulkan keadaan.

"Nakhoda lebih arif tentang pelayaran. Dia bertindak mengikut ilmu yang ada padanya, bukan disebabkan merasa bangga apabila dilantik menakhodakan kapal tetapi berpandukan ilmu yang dipelajari. Maklumlah mungkin ada batu besar yang menunggu di hadapan," jelasnya.

Menurutnya, semasa nakhoda bertindak begitu maka ada dalam kalangan anak kapal bertindak pula menebuk lubang kononnya kecewa hasil kelakuan nakhoda yang dianggap sudah 'pening' dan tidak layak menakhodakan kapal besar.

Tambahan pula, apabila di hadapan ada ribut besar yang menanti mungkin bagi anak kapal peluang untuk menempuhnya terlalu sukar.

Nakhoda katanya, berhak memberhentikan kapal sambil mematikan enjin, adakalanya menghentikan kapal sahaja tanpa mematikan enjin.

Tambahnya, nakhoda bertindak menjatuhkan sauh dan ada sekadar berhenti tanpa menjatuhkan sauh.

"Jangan ditanya adakah tindakan nakhoda itu betul atau salah sebab kepandaian ada padanya. Kita sebagai anak kapal laksanakan kerja saja," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Hadir sama dalam program anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Malaysia ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, timbalan dan naibnya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Pengetua An-Nahdhoh, Ustaz Mutalib Maarof.

- HARAKAHDAILY 6/12/2014

Berikut ulasan dari Dr.MAZA di fb beliau.

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.

Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran. Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah. Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.



No comments:

Post a Comment