Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi terhadap barangan yang dirampas iaitu 23,347 karton rokok keretek bernilai RM473,120 dan ganti rugi am, RM50,000.
Hakim, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim turut mengarahkan Kastam selaku defendan membayar RM20,000 sebagai kos dan faedah sebanyak lima peratus bermula tarikh difailkan.
Bagaimanapun, pampasan kerugian terhadap kehilangan kontrak yang dipohon oleh plaintif ditolak mahkamah.
Syarikat Ramunas selaku plaintif pertama dan Pengarah Urusannya, Roslan Abu Bakar selaku plaintif kedua memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Pengarah Kastam dan tiga pegawai kanan Kastam kerana mendakwa tindakan defendan merampas 19,507, karton rokok kretek di Gudang Konsortium Pelabuhan Barat dan 3840 karton lagi di Gudang NCER, Padang Besar, Perlis dan menyita premisnya Subang Buisness Center pada pada 27 September 2010 telah menyebabkan kerugian.
Saman tersebut telah difailkan pada 23 November 2010 melalui tetuan J.R.Ravendran di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Menerusi afidavitnya mereka turut mendakwa reputasi perniagaannya juga musnah apabila kontrak dengan sebuah syarikat di negara jiran dibatalkan.
Syarikat Ramunas dan Roslan diwakili Peguam JR Ravendran manakala Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi mewakili kesemua defendan.
- Sumber
No comments:
Post a Comment