Noh bagaimanapun telah bertindak balas dipetik dari lidah rasmi pembangkang iaitu 'The Malaysian Insider' dengan mengajukan kembali soalan kepada Mahathir, sejak bila orang ramai mula mengaitkan Umno dengan rasuah?
"Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?" katanya seperti dilapor portal itu.
Merujuk tulisan dalam blog Tun Mahathir semalam telah menggesa kepimpinan Umno Selangor berundur dan organisasi itu dibubarkan sahaja sebagai penyelesaian kepada kelemahan UMNO di negeri memandangkan Umno Selangor bukan sahaja gagal pada PRU12 dan PRU13 lalu, malah turut gagal menarik minat golongan muda menyertai parti itu.
Difahamkan, sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah membuat kritikan yang sama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Konvensyen Umno Selangor minggu lalu menyebut, beliau mengakui wujud perasaan malu dalam dirinya kerana Barisan Nasional (BN) menjadi parti pembangkang di Selangor dan turut membidas gerak kerja Umno negeri Selangor sebagai lembab dalam menawan hati rakyat di negeri itu.
Noh Omar bagaimanapun enggan melayan gesaan Tun M itu memandangkan beliau masih seorang pemimpin UMNO yang berkaliber di negeri itu dan mengharapkan Tun M dapat menyebut siapa yang beliau mahu berundur itu.
"Dia suruh siapa berundur?...Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?" tanya Noh lagi.
- Azlin Hussain / UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment