Friday, 7 November 2014

Pekedai Perdayakan Pelancong Vietnam Telah Dikenakan Cukup-Cukup Oleh Netizen Singapura

Pembalasan ke atas pekedai telah tiba!


Jover Chew, pemilik kedai telekomunikasi, Mobile Air di Sim Lim Square. — ST PHOTO: AARON ENG


Seorang pelancong Vietnam telah melutut di depan pekedai untuk merayu duitnya dipulangkan kembali selepas dia diperdaya oleh pekedai ini. Kejadian berlaku di Mobile Air, Sim Lim Square, Singapura.

Dalam tangisan, pelancong ini berkata: “I don’t know. I borrowed (from) my friend, so I want to give (it) back to my friend, you know?”

Sebelum kejadian ini berlaku, Mobile Air pernah berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini. Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam di situ untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.

Semua ini berlaku kerana pembelian Iphone 6 Plus yang dikenakan caj tambahan untuk jaminan oleh pekedai ini.

Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan warga Singapura di internet. Malah ia memalukan negara Singapura apabila berlaku pada pelancong yang datang bercuti ke situ.

Pham Van Thoai, warga Vietnam sedang bercuti bersama kekasihnya di Singapura. Dia merupakan seorang pekerja kilang dengan pendapatan SG$200 sebulan di Vietnam. Untuk membeli Iphone 6 Plus buat teman wanitanya sebagai hadiah, dia telah mengumpul berbulan-bulan duit gajinya. Apabila tiba di Singapura, dia dapat tahu ada stok Iphone yang dicarinya ada dijual di Mobile Air, Sim Lim Square, Singapura. Dengan tawaran harga yang menarik dan yakin Singapura adalah tempat yang selamat untuk membeli-belah, dia dengan gembira telah membayar SG$950 untuk harga telefon tersebut.

Kisah buli ini bermula apabila dia fikir urusannya telah selesai dan mahu beredar dari kedai itu.

Tiba-tiba dia dipanggil oleh pekedai kerana urusan masih belum selesai. Pham ditanya sama ada mahu jaminan 1 tahun atau 2 tahun. Pada pandangan Pham ia adalah percuma tetapi sebaliknya berlaku apabila pekedai itu meminta Pham menambah SG$1500 untuk 1 tahun jaminan. Jika Pham tidak bayar wang tambahan itu, Pham tidak boleh bawa balik Iphone 6 Plus walaupun telah membayarnya sebelum itu. Oleh kerana Pham tidak cukup duit, dia telah melutut, merayu dan menangis agar dipulangkan balik wangnya. Pekedai itu hanya memperlekehkan dan mentertawakan dia sahaja.

Pham tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Jadi dia tidak membaca borang yang telah dia tandatangani.

Pekedai bersetuju memulangkan SG$600 kepada Pham tetapi kekasihnya bertegas mahu keseluruhan duit yang telah dibayar oleh Pham. Pekedai mengugut untuk menarik balik tawaran refund mereka itu jika pasangan ini memanggil polis. Tidak lama kemudian, polis tiba dan ditunjukkan dengan borang yang telah Pham tandatangani. Pekedai itu menawarkan refund SG$70 pula. Rasa tidak puas hati, Consumers Association of Singapore (CASE) diminta datang dan Pham hanya dipulangkan SG$400 sahaja. Pham ambil duit refund itu kerana dia perlu balik ke Vietnam dalam masa 2 hari ini.

Kejadian-kejadian ini mengundang marah di kalangan warga Singapura. Dengan usaha SMRT Ltd (Feedback), iaitu sebuah Facebook Fanpage, dan netizen Singapura telah bersatu mengajar dan troll balik pemilik dan pekedai Mobile Air tersebut dengan cara yang tidak disangka-sangka!

Baca seterusnya di sini


No comments:

Post a Comment