Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sim Jyh Cherng dikatakan memegang televisyen berukuran 29 inci yang diletakkan di ruang tamu rumah untuk menonton rancangan kartun.
Televisyen tersebut jatuh lalu menghempap bahagian kiri kepala anak sulung dari tiga adik beradik itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat, kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala.
“Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya, namun pihak hospital mengesahkan kank-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya.
No comments:
Post a Comment