Wednesday, 12 November 2014

Najib Mahu Bina Rumah Untuk Rakyat Di India

Najib: M'sia minat bina rumah rakyat di India

Malaysia berhasrat untuk menyertai rancangan kerajaan India dalam membangunkan projek perumahan mampu milik di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini kerana kemampuan syarikat-syarikat di Malaysia dalam bidang berkenaan sudah terbukti," katanya kepada wartawan Malaysia mengenai hasil pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi sempena Sidang Kemuncak Asean ke-25 di Nay Pyi Taw (Myanmar) hari ini.


Najib juga yakin sasaran perdagangan di antara dua negara untuk mencapai AS$15 bilion tahun depan akan tercapai.

Pada masa kini ia mencecah AS$13.4 bilion.

Pada pertemuan itu, Modi mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk datang ke India kerana yakin syarikat berkenaan boleh mengusahakan projek perumahan mampu milik itu.

Beliau turut berharap agar ijazah perubatan kolej-kolej perubatan di India diiktiraf Malaysia di samping menerima perubatan tradisional seperti Ayurveda.  

Selain Modi, Najib turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, yang mengiktiraf usaha Malaysia dalam rundingan damai Bangsamoro serta memerangi kefahaman ekstrem dan keganasan dunia.

- Bernama



No comments:

Post a Comment