Saturday, 8 November 2014

Bahana Lari Dari Polis

Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas kereta dinaiki bersama empat rakan senegaranya terbabas ke dalam tali air di Taman Bayu Emas, di sini, 8.40 malam tadi.

Ketika itu mereka dikatakan cuba melarikan diri daripada polis.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata akibat kejadian itu, seorang lelaki yang menaiki kereta terbabit maut manakala tiga lagi berjaya diselamatkan.


Bagaimanapun, katanya, seorang daripada mereka melarikan diri.

Difahamkan, mayat dan tiga lelaki Indonesia sudah dibawa keluar daripada kenderaan itu.

Tapi, katanya, pasukan penyelam Bomba dan Penyelamat diminta untuk mencari penumpang yang mungkin dikhuatiri terperangkap di dalam kereta yang sudah separuh tenggelam di dalam tali air itu.

Beliau berkata, selepas operasi dijalankan, bomba mengesahkan tiada lagi mangsa dalam kereta itu.

"Bomba dipanggil untuk mencari mangsa di dalam tali air namun semuanya sudah di bawa keluar. Tiga lelaki yang terselamat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Harian Metro.


No comments:

Post a Comment