Pesawat yang membawa Rosmah, yang juga Penaung Program Permata bagi pendidikan awal kanak-kanak, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar-anaike di sini pada jam 11.15 pagi waktu tempatan (kira-kira jam 1.45 petang waktu Malaysia).
Rosmah dijadual menyampaikan ucapan pada Simposium Meminimumkan Jurang Penyampaian Perkhidmatan untuk Autisme di Sri Lanka, di mana beliau akan berkongsi pandangan dan pengalaman serta cabaran Permata dalam menyediakan bantuan untuk kanak-kanak autistik di Malaysia.
Permata dalam proses me-nubuhkan Pusat Permata Kurnia di Kuala Lumpur, yang memberi tumpuan kepada pendekatan dan kaedah alternatif dalam intervensi awal untuk kanak-kanak autistik berumur antara dua dan enam tahun.
Selepas simposium itu, Rosmah dijadual melawat Wad Pediatrik dan Unit Pemulihan di Hospital Kanak-kanak Lady Ridgeway di sini, yang menyediakan rawatan untuk lebih 1,000 pesakit autistik berdaftar.
Pada petangnya pula, beliau dijadual menghadiri konsert tahunan Prasekolah Carlton sebagai tetamu kehormat.
Konsert itu juga akan di-hadiri Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa dan Wanita Pertama Shiranthi Rajapaksa, yang merupakan Pengasas dan Penaung institusi itu.
— Bernama
No comments:
Post a Comment