Bekas Menteri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya kedua-dua pihak iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari telah diberi keadilan secukupnya dalam menghadapi kes liwat II.
“Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi ruang secukupnya untuk memberi hujah dan keterangan kepada mahkamah.
“Saya harap keputusan hari ini adalah berdasarkan kepada semua fakta, bukti keterangan dan hujah.
Jika tidak, keputusan ini akan menjadi satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga keluarga saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,”katanya dalam facebook sejurus selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman bersalah terhadap Anwar hari ini.
http://www.anwaraidc.com/2015/02/saya-percaya-anwar-saiful-diberi-keadilan-secukupnya-tan-sri-khalid/
No comments:
Post a Comment