DI SAAT ramai mempersoalkan kewajaran pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) diberikan kepada Jackie Chan pada Ahad sehingga membawa gelaran ‘Datuk’, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor punyai alasan tersendiri untuk membela pelakon antarabangsa itu.
Menerusi kenyataan di akaun Twitter, beliau menyatakan pelakon aksi ngeri terkenal antarabangsa itu telah banyak membantu mempromosikan Malaysia terutama melalui filem popularnya tahun 1992, Police Story 3.
Pada masa sama, beliau juga yakin Malaysia merupakan negara yang cukup dekat di hati Jackie Chan.
No comments:
Post a Comment