Monday, 16 February 2015

Semakan Kehakiman Jalan Terakhir Selamatkan Anwar

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantunya. Hukuman itu secara langsung mematikan kerjaya politik dan cita-cita beliau.

Tetapi adakah keputusan itu turut menandakan berakhirnya jalan perundangan yang ada untuk menghalangnya daripada dipenjara dan seterusnya menyelamatkan masa depan politiknya?


Peguam, pensyarah dan penulis Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, satu-satunya jalan undang-undang yang ada bagi Anwar adalah untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.

Namun, beliau mengingatkan bahawa kadar kejayaan bagi langkah itu adalah amat tipis.

“Jika permohonan semakan difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh dan mengadakan pendegaran. Satu panel yang terdiri daripada beberapa hakim akan bersidang untuk melihat sama ada korum sebelumnya telah membuat kesalahan, yang membawa kepada kesilapan prosedur dan undang-undang,” kata ahli Jawatankuasa Majlis Undang-undang Jenayah Majlis Peguam itu kepada Semut Harian.

Berhubung kemungkinan pengampunan diraja, Baljit menyatakan ia lazimnya digunakan kepada mereka yang dijatuhkan hukuman mati, dan bukannya untuk kesalahan jenis ini.

“Ia sudah menjadi hak kepada mereka yang menerima hukuman mati. Untuk kesalahan jenis ini pula, permohonan boleh dibuat namun saya tidak fikir akan membawa hasil yang positif. Tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya lagi.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Menurut laporan, Ketua Umum PKR itu memiliki dua pilihan, iaitu sama ada memfailkan semakan kehakiman di mahkamah tertinggi itu untuk menilai semula sabitan. Pilihan kedua adalah untuk memohon pengampunan daripada pemimpin negeri atau wilayah tempat di mana kesalahan dibuat.

Dalam kes ini, kesalahan itu terjadi di Kuala Lumpur maka permohonan perlu dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Malaysiakini pada 12 Februari lalu memetik peguambela Anwar, Ramkarpal Singh sebagai berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat semakan kehakiman atau tidak.

“Kami belum meneliti sepenuhnya asas kehakiman itu. Selepas itu baru kami boleh membuat keputusan,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Seorang lagi peguam Anwar, N Surendran pula dilaporkan berkata, pengumuman berhubung jalan perundangan yang akan diambil pasukan pembelaan Anwar akan dibuat tidak lama lagi.

Pengampunan daripada Agong adalah pilihan terakhir yang dimiliki individu yang disabitkan bersalah. Antara contoh kejayaan yang paling diingati adalah Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris yang menerima pengampunan penuh selepas didapati bersalah dalam tuduhan rasuah pada tahun 1970-an.

Satu lagi contoh adalah pengampunan terhadap Menteri Budaya, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang seteru politiknya.

Hukuman itu diringankan menjadi penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun di penjara, Mokhtar dilepaskan selepas mendapat pengampunan diraja.

Rayuan untuk pengampunan diraja perlu dibuat dalam masa 14 hari selepas keputusan mahkamah. Ini bermakna Anwar memiliki masa sehingga 24 Februari ini untuk memfailkan rayuan itu, demi mengenepikan hukuman penjara dan kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Belum diketahui sama ada Anwar akan mengambil langkah itu, memandangkan beliau menolak untuk berbuat demikian ketika dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa pada tahun 1999.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dilaporkan berkata, Anwar mungkin tidak akan memohon pengampunan diraja kerana ia sama seperti mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Dekan fakulti Undang-undang Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed pula dilaporkan berkata, Agong perlu bertindak berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan dalam memberikan pengampunan.

Untuk memohon pengampunan diraja, peguam pesalah perlu menulis surat kepada Lembaga Pengampunan yang ahlinya terdiri daripada Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga lagi ahli.

Ketika keputusan kehakiman, pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta hukuman penjara yang lebih lama – yang boleh sehingga 20 tahun, berbanding lima tahun yang dijatuhkan.

Dengan pasukan pendakwaan yang membuat permintaan itu, mungkinkah peguam negara akan mengesyorkan pengampunan?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor – daripada kem politik bertentangan, juga akan mengesyorkan pengampunan?

Faktor ini pasti akan ditimbang secukupnya oleh Anwar dan pasukan peguamnya dalam menetapkan langkah seterusnya.

Bagi keluarga dan penyokongnya pula, setiap jalan akan dan pasti digunakan sebelum akhirnya menerima dan mengaku kalah.

Sumber Sini




Senarai 23 Buah Kongsi Gelap Di Malaysia



PUTRAJAYA: Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

KDN, dalam satu kenyataan, menyatakan pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015.

Pertubuhan kongsi gelap itu ialah Geng 3821; Geng Ngo Sek Kee; Geng Gee Hor Sia; Geng Chong Woh; Geng Gee Long San; Geng Gee It Leng; Geng Gee Hon San; Geng Guat Sam Sia; Geng It Tiam Ang; Geng Lian Heng Siah dan Geng Ang Mor Low.

Turut disenaraikan ialah Geng Sio Or Leng; Geng Loong Foo Thong; Geng 969 (Kow Lak Kow); Geng 32 Sar Jee; Geng Chaun San; Geng Fong Hong San; Geng Jin Jee Tong; Geng Gee Lam Kok; Geng Hong Fah; Knight Right Keepers @ Kappa Rho Kappa (KRK); Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

Menurut kenyataan itu, semua pertubuhan berkenaan didapati menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini, seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian dan mencuri kereta.

Pertubuhan terbabit turut memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan penyeludupan.

Selain itu, terdapat pertubuhan yang dikenal pasti memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa di negara ini, kepada kumpulan penculik dari selatan Filipina seperti kumpulan KRK.

Selaras dengan pengisytiharan itu, maka tiada sesiapa boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan terbabit berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, tiada seseorang boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap yang disenarai itu.

Pihak yang didapati menjalankan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang disenarai akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 355.

"Sebagai contoh Seksyen 6(2) dan 6(3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, masyarakat diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi ketenteraman awam.

- BERNAMA



Rosmah Ziarah Keluarga Tok Guru

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menziarahi keluarga Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka di Pulau Melaka di Kota Bharu.

Beliau yang tiba di kediaman itu pada 3.10 petang, turut diiringi Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.


Rosmah meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.

Beliau juga turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.

"Saya datang sebagai isteri dan juga seorang muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.

"Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu dengan merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami," katanya kepada pemberita di sini.



Anwar Akan Dibawa Keluar Penjara Esok



PKR menggesa orang ramai berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur esok bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibawa keluar sebentar daripada penjara ke tempat itu.

Anwar dijadual akan dibawa untuk prosiding kes saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada jam 8.30 pagi.

Dipetik dari - mkini



Video Tentera IS Penggal Kepala Rakyat Mesir




Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengeluarkan satu klip video menunjukkan mereka memenggal kepala 21 rakyat Mesir beragama Kristian di Libya.

Tindakan itu memaksa presiden Abdel Fattah Al-Sisi mengancam mengenakan hukuman setimpal terhadap pembunuh terbabit selepas mengisytiharkan tujuh hari berkabung.




Sunday, 15 February 2015

Kit Siang tersedu-sedu, dewan menjadi sunyi



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tersentak seketika sewaktu menyampaikan ucapan, sebelum meneruskannya dengan nada sayu dan suara tersedu-sedu lantas dewan menjadi sunyi sepi.

Beliau berkongsi tentang pertemuannya dengan seorang jurutera komputer Microsoft yang berpusat di Singapura yang memaklumkan bahawa hampir 80% daripada 400 orang pekerja di sana merupakan warganegara Malaysia, lapor Roketkini.

Menyentuh perihal bakat dan tenaga kerja anak bangsa yang meninggalkan tanah air akibat tiada peluang di negara sendiri, Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut mempersoalkan sama ada negara mampu mencapai Wawasan 2020.

“(Wawasan) 2020 hanya lima tahun sahaja lagi. Bagaimana prospek untuk kita mencapai wawasan tersebut, sebagai sebuah negara maju?

“Malah sebenarnya kita tidak mampu mencapai cabaran pertama daripada sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 pun, iaitu pembentukan Bangsa Malaysia yang harmoni,” katanya etika berucap di majlis makan tengah hari semalam bagi melancarkan buku tulisan Dr Carl Vadivella Belle, ‘Tragic orphans: Indians in Malaysia’, di Petaling Jaya.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP M Kula Segaran serta puteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham.

Menurutnya lagi kalimat ‘Bangsa Malaysia’ pun telah menjadi seakan suatu kata-kata keji dewasa ini.

“Ada sesiapa yang ingat bilakah kali terakhir Perdana Menteri atau mana-mana Menteri bercakap tentang Bangsa Malaysia?” tanya beliau.



Nurul Izzah Tolak Kemungkinan Adiknya Bertanding Permatang Pauh



CHERAS: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak kemungkinan ada daripada kalangan adiknya akan bertanding pada pilihan raya. Beliau mengulas khabar angin yang mengatakan adiknya Nurul Nuha Anwar akan bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh yang telah kosong berikutan pemenjaraan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Media bertanya, ‘adik mana yang akan bertanding kali ini? Saya tanya, jika anda berada di tempat kami, anda tidak akan bertanding di pilihan raya yang diadakan di Malaysia.

“Padang tak sama rata, media tidak bebas. Mungkin media online berikan liputan, tetapi bagaimana dengan media arus perdana?” katanya di hadapan kira-kira 250 pengunjung ceramah ‘Solidariti Bersama Anwar’ pada Ahad. Dalam pada itu, katanya kesemua parti dalam Pakatan Rakyat harus bersatu jika mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita harus bersama…. Keadilan, DAP, PAS. Kita bodoh jika tidak faham bahawa satu-satunya cara untuk kita berjaya pada pilihan raya umum akan datang hanyalah jika kita kekal kuat dan bersatu sebagai sebuah pakatan,” tegas ahli parlimen Lembah Pantai itu pada ucapan tersebut.

Selain itu, Nurul Izzah turut memaklumkan bahawa pihak peguamnya akan menghantar laporan perubatan Anwar hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak menyebut di mana dan kepada siapa laporan berkenaan akan diserahkan.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan masa depan pakatan tersebut pada mesyuarat akan datang.

“Kita akan bincang berdasarkan rangka dasar bersama dan prinsip konsensus bahawa kesemua perkara harus mendapat persetujuan ketiga-tiga parti,” katanya.

Tambah beliau, perancangan itu akan menjangkau sehingga lapan tahun dengan mengambil kira program untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berkemungkinan akan diadakan tiga tahun lagi, berserta perancangan lima tahun selepas pilihan raya tersebut. Selepas pemenjaraan Anwar pada 10 Februari lalu, ramai pemerhati politik melihat anak kedua Anwar, Nurul Nuha mula diketengahkan bagi meneruskan perjuangan politik keluarganya di Permatang Pauh.

Bagaimanapun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan desas-desus tersebut. Beliau sebaliknya mendakwa Nurul Nuha hanya berkempen untuk pembebasan bapanya dan menafikan ia adalah langkah pertama Nurul Nuha untuk menceburi politik dalam pilihan raya kecil itu nanti.


Mesej Valentine's Untuk Tok Guru Di Melbourne



Rakyat Malaysia di Melbourne, Australia mengambil kesempatan menghantar mesej Valentine's atau hari kekasih kepada allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat melalui papan iklan elektronik besar di kota itu.

Gambar "We Love TGNikAziz" dan "Msians Love TGNikAziz" di papan yang digelar "Billboard of Love" (Papan Iklan Cinta), menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.

Bagaimanapun, gambar tersebut tidak diketahui siapa pemiliknya.

Papan iklan 26 meter yang diletakkan di Bourke St itu dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi Telstra dan didedikasikan untuk sambutan hari kekasih yang berlangsung setiap 14 Februari.

Orang ramai boleh menghantar mesej "cinta" kepada syarikat telekomunikasi itu untuk disiarkan di papan iklan elektronik tersebut.

Seorang pelajar Malaysia di Melbourne yang tidak mahu namanya disebut turut mengambil kesempatan sama dengan menghantar mesej bertulis "Melbourne love TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)".

Ketika dihubungi Malaysiakinimelalui aplikasi Whatsapp, beliau berkata, beliau menghantar pesanan itu sebagai lambang menyayangi Nik Aziz.

"Kalau hari kekasih, orang selalu akan berikan ucapan kepada kekasih. Tetapi kami (bersama rakan-rakan) pilih untuk zahirkan kepada tuan guru Nik Aziz," katanya.

Bekas menteri besar itu meninggal dunia pada Khamis lalu di usia 84 tahun.

Semasa hari pengebumiannya Jumaat lalu, puluhan ribu orang ramai membanjiri kawasan kediamannya dan tanah perkuburan tempat jenazah disemadikan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.

Nik Aziz seorang ahli politik dan ilmuwan Islam yang dihormati kawan dan lawan.




Ulama Muda UMNO Dari Hospital Melaka Bermulut Sial Hina Kematian Tok Guru Nik Aziz

" Mufti Perlis Dr Maza Bidas Seorang Pembela Ulama Muda UMNO Yang Juga Seorang Doktor Perubatan Kerana Hina TGNA "












Orang macam nih dalam hati dah pekat hitam, nak dapat hidayah macam mana kalau tindakannya sendiri tidak pernah menjurus kepada perbuatan untuk memohon hidayah dari Allah, sehingga Tuan Guru Nik Aziz meninggal pun manusia berhati binatang ini masih nak menghina kematian TGNA.

Kabarnya beliau adalah seorang pembela tegar ulama muda UMNO yang diketuai oleh Fathul Bari. Kurang ajar, dahlah kau tolak ilmu yang dicurahkan oleh TGNA, kau hina pula kematiannya.

Dipetik dari - tikaqbuluh




Saturday, 14 February 2015

'Walau baru sehari, saya amat rindukan dia...'

Gambar kenangan Tuan Sabariah bersama Allahyarham ketika sama-sama menunjukkan jari yang dicalit dakwat kekal pada hari undi pada PRU 13 lalu.


PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.



Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan

Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.

Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.


Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.

Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai “media milik negara” apabila memberikan liputan meluas kematian seorang tokoh politik penting walaupun bukan daripada parti pemerintah.
Pemimpin parti lawan yang sebelum ini pernah mencaci dan memaki Nik Aziz juga berubah nadanya.

Pada ketika rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan takziah, membacakan Al-Fatihah dan bersedih dengan permergiaan Mursyidul Am PAS itu, sesetengah pihak bergembira kerana projek yang tertangguh sekian lama dapat dijalankan semula kerana Nik Aziz sudah meninggal dunia.

Projek yang tertangguh sekian lama itu adalah projek kerajaan Perpaduan di antara Umno dan PAS kerana sebelum ini Nik Aziz merupakan batu penghalangnya.

Dalam wawancara bersama Astro Awani, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengatakan besar kemungkinan parti Islam itu akan menimbang semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) jika dilihat daripada kemelut dalaman sedia ada.

“Kebarangkalian itu berlaku sebab saya lihat di peringkat bawah di kalangan ahli-ahli PAS dan perbincangan di kalangan masyarakat umum juga banyak menyebut tentang keperluan PAS melihat semula masa depannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kerana banyak sangat isu-isu yang dibangkitkan, khasnya DAP yang bersalahan atau bercanggah dengan asas perjuangan PAS, khasnya untuk mendaulatkan Islam,” kata Nasharuddin seperti dilaporkan Astro Awani Online.

Semasa hayatnya, Nik Aziz dianggap ulama yang memayungi kumpulan dalam PAS yang mahu terus kekal dengan PR.

Suara Nik Aziz begitu kuat dan berpengaruh sehingga usaha menyatukan PAS dan Umno terbantut beberapa kali.

Dalam satu wawancara bersama media beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang kerajaan perpaduan bersama Umno, Nik Aziz berkata:

“Berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.

“Sejak dari dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967), ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA,” kata Nik Aziz merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan semalam, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas kematian penyandangnya, Nik Aziz.

"Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus, termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, Kota Baru semalam.

Jika BN benar-benar tidak meletakkan calon untuk melawan calon PAS di kerusi DUN Chempaka, ini bermakna tidak lama lagi, projek kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan.

Apatah lagi jika BN pada masa sama bermati-matian melawan calon PR di kerusi Permatang Pauh yang akan dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lagi kerana hilang kelayakan selepas dihukum penjara 5 tahun.

Jika kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno berjaya dilaksanakan, berakhirlah legasi Nik Aziz yang dikenali sebelum ini sebagai penyatu PR selain daripada Anwar.

Maka puaslah hati sesetengah pihak yang sudah lama menanti waktu ini tiba. – 15 Februari, 2015.

COPY PASTE DARI TMI



Kumpulan aktivis muda sertai PKR berhimpun tuntut pembebasan Anwar



KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 200 penunjuk perasaan hari ini berkumpul di sekitar pusat membeli belah Sogo di ibu negara bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka mula berkumpul pada jam 4.00 petang Sabtu, sebelum bergerak ke bangunan bersebelahan 15 minit kemudian.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut berada di situ berkata, perhimpunan tersebut rata-ratanya terdiri dari golongan anak muda dan mahasiswa yang mahu Anwar dibebaskan dari penjara.

"Tiap-tiap malam kita telah saksikan orang ramai berkumpul di hadapan penjara Sg Buloh dan menyertai program Cabang-cabang PKR seluruh negara yang mengadakan solat hajat.

"Ini membuktikan rakyat masih mahukan Anwar bebas, dan menolak keputusan hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau pada perhimpunan tersebut.

Katanya minggu ini merupakan yang cukup mencabar kerana selepas Anwar dipenjarakan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meninggal dunia.

Menurutnya, kini giliran anak-anak muda pula membawa 'obor' bagi meneruskan perjuangan Anwar, Nik Aziz dan juga mendiang Karpal Singh.

Selain itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut berucap pada perhimpunan tersebut berkata pihaknya tidak akan mengaku kalah dalam menuntut keadilan terhadap ayahnya itu.

Beliau juga meluahkan rasa sedih atas pemergian Nik Aziz pada Khamis lalu.

"Pada hari ini kami memang sedih, tetapi kesedihan itu bukan sahaja meratapi pemenjaraan ayah tetapi juga kehilangan mutiara yang disebut oleh Datuk Seri Anwar iaitu Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang kita semua kasihi," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah juga berkata akan meneruskan tuntutan pembebasan Anwar menerusi ‘March 2 Freedom’.

Beliau juga mengutarakan kemungkinan untuk menyerahkan petisyen pembebasan Anwar kepada Yang Di-Pertuan Agong, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya 'mencetuskan konspirasi' terhadap kes Anwar.

Kesemua mereka melaungkan slogan 'reformasi', 'bebas Anwar' dan 'hidup rakyat', sambil mendendangkan lagu serta bermain gendang dan mengenakan pakaian hitam.

Selain Nik Nazmi dan Nurul Izzah, antara yang turut hadir pada perhimpunan yang dipanggil #KitaLawan tersebut ialah aktivis-aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, Fahmi Zainol, K.S Bawani, serta beberapa pemimpin dari Gamis dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari,menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam.





'Budak suruhan' sebak pemergian Tok Guru Nik Aziz



KOTA BHARU, 13 FEB: Pemergian Allahyarham Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Exco Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa.

Sejurus pengebumian selesai, air mata berjujuran mengalir di pipi Husam sambil bersandar di sebatang pokok kerana tidak mampu menahan sebak atas pemergian Nik Aziz yang selama ini dianggap sebagai seorang bapa, guru dan kawan.

Dengan nada hiba dan sayu, Husam mengakui tenang apabila insan yang digelar 'Tok Guru Nik Aziz' pergi dalam keadaan yang sangat indah dan mengharapkan pengakhiran hayat beliau juga seperti idolanya itu.

"Malam tadi saya ada di rumah beliau saat Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir. Walaupun kami sudah tidak berbual sejak sebulan dua lalu tetapi daripada kerdipan mata dan cara memandang, saya faham kasih dia kepada saya juga kasih saya kepada dia.

"Saya lebih hiba bila Allah SWT mengambil beliau pada malam Jumaat, bagi orang Islam ia adalah malam yang sangat berkat dan mulia.

"Ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kasih sayang rakyat jelata juga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

"Allah mengambil Tok Guru Nik Aziz dalam keadaan rakyat menumpahkan kasih. Kita boleh lihat bagaimana orang berpusu-pusu, bacaan Al-Quran berkumandang sejak malam tadi sehingga hari ini.

"Ia adalah satu anugerah Allah, malaikat, penghuni bumi dan langit kepada seorang pemimpin. Saya berbahagia mempunyai seorang pemimpin yang diterima Allah SWT dengan penghormatan seperti ini," katanya yang menahan sebak ketika ditemui wartawan.

Ketika ditanya berkenaan pengalaman manis sepanjang berkhidmat di sisi Nik Abdul Aziz, beliau berkata, pengalaman pahit lebih banyak daripada pengalaman manis.

Husam berkata, beliau adalah 'budak suruhan' yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit.

Katanya, falsafah politik yang diamalkan Mursyidul Am PAS itu lebih terarah kepada politik kepelbagaian kaum berlandaskan Islam.

"Saya lebih banyak bertugas sebagai budak suruhan beliau untuk menyelesaikan masalah berbangkit dengan pihak istana, mahkamah dan parti lain.

"Tanggungjawab itu membimbing saya supaya lebih matang memahami falsafah politik dan dakwah beliau. Apa yang ditekankan adalah politik kepelbagaian kaum iaitu Malaysia mesti didekati dengan Islam dalam konteks majmuk.

"Ini adalah satu perkara penting yang perlu diwarisi PAS dan generasi muda," katanya.

Husam antara Exco senior yang berkhidmat bersama Nik Abdul Aziz sepanjang beliau bergelar Menteri Besar Kelantan.

-NFN-




Cukuplah menyerang Anwar, kata peguam kepada Shafee



Tindakan peguam yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menyerang pemimpin pembangkang itu walau beliau kini di penjara, mengundang kritikan para peguam.

Peguam menyifatkan perbuatan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah itu tidak boleh diterima dan sangat tidak profesional memandangkan beliau dianggap sedang menganiaya seorang yang tidak dapat mempertahankan dirinya.

Mereka berkata, Shafee tidak perlu terlalu banyak bercakap mengenai kes itu sekarang kerana beliau sudah memenangi kes mahkamah itu dan tidak seharusnya membincangkan kes itu memandangkan beliau juga di pihak yang berkepentingan.


Peguam Syahredzan Johan berkata, sebagai seorang pendakwa raya, Shafee hanya boleh bercakap bagi pihak kerajaan, bukan berhujah atas dasar peribadi.

"Shafee tidak sepatutnya membuat temu bual dengan media dan menggunakannya untuk menyerang seorang yang disabit bersalah," katanya sambil menambah tindakan itu sangat tidak profesional.

Syahredzan meluahkan kekecewaan kerana seorang anggota kanan Majlis Peguam seperti Shafee sanggup membuat kenyataan yang memperkecilkan orang lain, sedangkan katanya, beliau boleh membatasi kenyataannya dengan memuji pihak pendakwaan kerana memenangi kes itu.

"Bukan begitu tahap profesionalisme yang kita jangkakan dari seorang peguam kanan dan terkemuka seperti Shafee," katanya merujuk kenyataan dibuat Shafee melalui media milik Umno, akhbar Berita Harian dan New Straits Times semalam.

Shafee memberitahu Berita Harian, mereka yang mengkritik keputusan kes Liwat II silap kerana tidak berhujah berdasarkan fakta melalui merit kemenangan pihak pendakwaan.

“Mereka tidak berani berdepan dengan situasi sebenar dengan menilai fakta yang ada. Kami melihat terus kepada perkara yang kritikal ketika berhujah. Malah, turut mengambil langkah berani dengan memanggil Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pendakwaan pada hari pertama perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada akhbar The New Straits Times, Shafee mendakwa Anwar "bersembunyi di sebalik kain" apabila beliau memilih untuk tidak disoal balas.

Shafee juga "puas hati" Anwar didapati bersalah dan kalau boleh, beliau sendiri mahu memberitahu Anwar "hentikan tabiat ini dan bertaubatlah".

Peguam Ramesh Sivakumar berkata mengikut kefahamannya, pendakwa raya tertakluk kepada protokol perkhidmatan dan ia termasuk tidak memberi pendapat undang-undang berdasarkan pandangan peribadi.

"Shafee boleh memberi pendapat profesionalnya sekiranya beliau tidak terlibat dalam kes ini tetapi beliau sama sekali tidak sepatutnya memberi pendapat atas kapasiti sebagai timbalan pendakwa raya," katanya.

Ramesh berkata, selepas mendakwa Anwar di kamar mahkamah, kenyataan Shafee itu sama seperti menganiayai ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau bertanya sama ada pendakwa lain selepas ini boleh melakukan perkara sama setelah menang di mahkamah tertinggi.

Bekas pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, berkata Shafee patut berhenti membuat ulasan mengenai kes itu memandangkan prosiding perbicaraannya kini berakhir.

Ragunath berkata, Shafee tidak sepatutnya membuat spekulasi dan menimbulkan hipotesis dengan berkata "kalau" dan "tetapi" kerana mahkamah sudah memutuskan penghakimannya.

"Tingkah lakunya tidak wajar kerana beliau bertindak keterlaluan dalam kes ini," kata Ragunath.

"Beliau orang terakhir yang sepatutnya membincangkan kes ini sebaik tugas sebagai timbalan pendakwa raya selesai, lainlah kalau beliau bertindak sebagai pemerhati bebas," katanya.

Peguam jenayah, RSN Rayer berkata keputusan Anwar memilih memberi kenyataan tidak bersumpah ialah salah satu daripada tiga pilihan yang diberi kepada seseorang tertuduh apabila diminta membela diri.

"Saya rasa tidak patut Shafee bertindak seperti hakim dan menyerang Anwar hanya kerana Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah pihak pembela," katanya.

Rayer berkata tindakan Shafee sejak 10 Februari lalu apabila keputusan mahkamah diumumkan membuatkan beliau dilihat seperti dahagakan nama dan kemahsyuran.

Katanya terdapat kelemahan ketara dalam kes pihak pendakwa, seperti kredibiliti Saiful sebagai saksi utama dan hakikat yang Anwar sepatutnya dibebaskan apabila selesai kes pendakwaan sebelum ini.

Katanya, atas dasar hormatkan mahkamah, beliau menerima penghakiman itu tetapi alasan mensabitkan Anwar akan terbuka kepada penilaian warga undang-undang dan ahli akademik.



Friday, 13 February 2015

Kereta Dr. Hatta Ramli Dibakar Malam Tadi



Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan kewujudan konspirasi itu, namun berjanji akan membuat siasatan mengenainya.





Guru ditendang tanpa belas kasihan

SUBANG JAYA – Dua orang guru sebuah taska bukan sahaja diugut, malah dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan dalam kejadian samun, 4 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku pada jam 2 pagi ketika kedua orang guru masih tidur sebelum didatangi dua suspek yang bersenjatakan pisau.


“Suspek diugut agar menyerahkan segala barang berharga jika tidak mahu mereka dicederakan.

“Mangsa yang berusia 21 dan 27 tahun itu tetap dipukul dan ditendang. Mereka juga melarikan wang tunai RM300 dan dua telefon bimbit,” katanya.

Menurut Yahaya, pada 7 Februari, kumpulan sama, kali ini bersenjatakan parang memecah masuk sebuah asrama dan mencederakan tiga pekerja warga Nepal menggunakan getah paip.

“Suspek turut melarikan sembilan jenis telefon bimbit selain wang tunai RM4,000.

“Susulan kejadian, kita menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun dalam serbuan berasingan, 8 Februari lalu,” katanya.

Katanya, kesemua suspek direman sehingga 18 Februari ini. Polis juga merampas sebuah kereta jenis Honda Odyssey yang dibawa masuk dari luar negara tanpa dokumen yang sah.

Dalam pada itu, pemeriksaan mendapati dua dari empat suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi, samun dan dadah sejak 2009.

“Mereka juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Subang Jaya, dan bergerak aktif sejak beberapa tahun ini,” katanya.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, polis memburu dua lelaki bermotosikal bagi membantu siasatan berhubung dua kes samun stesen minyak di SS14 dan SS17, awal pagi semalam.

Menurut Yahaya, dua kes samun berlaku dalam tempoh empat minit bermula di stesen minyak SS14 pada jam 3.01 pagi.

“Mereka melarikan wang tunai berjumlah RM900 sebelum menghala ke stesen kedua selang satu kilometer dari lokasi samun pertama.

“Dalam tempoh empat minit itu, mereka sekali lagi memecahkan cermin kedai stesen minyak di SS17 dan melarikan wang tunai RM450. Turut dicuri beg duit milik pekerja stesen,” katanya.

Menurut Yahaha, modus operandi adalah sama. Suspek akan meninjau kawasan sekitar sebelum memecahkan cermin kedai menggunakan penukul besi.

“Suspek dipercayai berumur lingkungan 20-an. Ketika kejadian salah seorang akan menunggu di luar premis, sementara seorang lagi memecahkan cermin kedai dan samun,” katanya



Mimpi Ngeri Buat Rakyat Bakal Kembali Bulan Depan..

Minyak naik lebih AS$60 buat kali pertama tahun ini

LONDON: Harga minyak naik ke paras lebih AS$60 setong buat kali pertama tahun ini, didorong terutamanya daripada langkah peserta industri minyak dan gas mengurangkan pelaburan cari gali, sekali gus mungkin menamatkan keadaan lebihan bekalan semasa.

Selain itu, prestasi ekonomi zon euro terutama Jerman yang berkembang lebih baik daripada jangkaan turut membantu menaikkan sentimen terhadap minyak.


Kontrak penanda aras antarabangsa, Dated Brent untuk penghantaran April, naik AS$1.12 kepada AS$60.40 pada pertengahan dagangan sesi pagi di sini selepas mencecah paras tertinggi AS$60.54. Kontrak Amerika Syarikat (AS) malam tadi naik 80 cents kepada AS$52.01 setong.

Harga minyak mentah Brent sudah jatuh daripada paras tertinggi AS$115 pada Jun tahun 2014 kepada AS$45.19, terendah dalam enam tahun pada Januari lalu. Bagaimanapun, langkah pengurangan perbelanjaan daripada syarikat pengeluar minyak mendorong harga kembali pulih.

Apache Corp, antara pengeluar utama minyak shal di AS, mengurangkan perbelanjaan modal pada tahun ini berikutan penurunan harga.



VIDEO RAJA BOMOH - ADA ORANG HANTAR HANTU RAYA UNTUK BUNUH ANWAR IBRAHIM




Permohonan Anwar ziarah Nik Aziz ditolak



SUNGAI BULOH - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir  ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini, ditolak, kata Nurul Nuha Anwar.

Nurul Nuha bagaimanapun berkata pihak penguasa penjara memberi alasan bahawa permohonan itu ditolak dan ia tertakluk kepada budi bicara 'pihak atasan'.

"Ditolak (permohonan), kita akan hantar mesej rasmi kepada kerajaan untuk memohon melawat, papa sangat sedih kerana Nik Aziz adalah seorang kawan yang baik baginya.

“Kita akan buat rayuan, tapi dia kata pihak atasan akan pertimbangkan dan ia terpulang pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas melawat ayahnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi peguamnya, Latheefa Koya yang mahu menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz, di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Sejak Anwar ditahan pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, pihak penjara masih belum memberikan sebarang jawapan.




Anwar sampai mesej sedih perginya Nik Aziz



SUNGAI BULOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat malam tadi sebagai satu kehilangan yang besar buat dirinya.

Mesej sedih itu disampaikan melalui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melawatnya di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.

"Saudara Anwar menyatakan kesedihannya kerana kehilangan dengan pulangnya ke rahmatullah Tuan Guru Nik Aziz.

"Ini kerana beliau telah berikan banyak sokongan dan dorongan terutamanya ketika kali pertama Anwar ditangkap dan dipenjara sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar.

Allahyarham Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia pada jam 9.40 malam Jumaat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, hari ini.

Jenazahnya disemadikan di sebelah kubur ayahandanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun yang lalu.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Adun Cempaka itu disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi.

Turut hadir memberi perhormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara.


Video Perjalanan Akhir Tok Guru Nik Aziz













Thursday, 12 February 2015

Almarhum TGNA Selamat Disemadikan Dengan Kehadiran Puluhan Ribu Rakyat



Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini hari ini.

Jenazah dikebumikan sekitar 11.30 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi Pas lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka di sini pada 10 pagi, diimamkan Abdul Hadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut hadir.
Jenazah Nik Aziz diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada 9.40 malam tadi.  

Allahyarham yang juga Adun Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada  8.40 malam.

Sebelum ini, Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas.

- Bernama




Ibrahim Ali Kurang Ajar, Persenda Kematian Tok Guru



Kenyataan Penuh



Agak biadab dan kurang ajar cara Ibrahim Ali sampaikan takziah pada orang yg sudah meninggal dunia, lebih2 lagi pada ulamak yg disegani seperti Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mana pergi sifat berperi kemanusiaan dalam diri dia?

Hari2 menyalak di media sebagai pejuang melayu.. tapi bila melayu islam yang meninggal dunia, dia yg tiada hormat pada Allahyarham.. semoga Allah berikan keinsafan pada dia..

"Di saat negara Malaysia bersedih dengan kematian TGNA ada seekor Syaitan yang cuba menyakitkan hati umat.."

Facebook Jkkk Fan Club




Ziarah Terakhir Untuk Seorang Tok Guru

LAPORAN LANGSUNG

9.05am: Setiausaha Agung PAS Datukl Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid.

Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini.

Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan.

Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar"


9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa.

Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir.

Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid.

Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.

LAPORAN LANGSUNG

8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan.

8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz.

Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah.

Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz.

8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ.

Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin.




Berehatlah Wahai Murabbi...



Jam 9.45 malam tadi, telah berangkat ke rahmatullah Murabbi Ummah yang melakar sejarah agung di negeri Kelantan Serambi Mekah, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tepat 12 Februari 2015 bersamaan tarikh kematian pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang ditembak mati pada tarikh 12 Februari 1949.

Berangkatlah menuju Tuhanmu wahai sang murabbi yang telah melahirkan ribuan kader politik dan dakwah sepanjang hayatnya. Takdir Allah yang maha agung, setelah berminggu lamanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), beliau dibawa pulang ke rumah dan tiba tepat jam 8.50 malam ketika solat Isyak didirikan di masjidnya.

Allah SWT menjadi saksi terhadap jasa-jasamu di negeri ini. Perjuangan tanpa penat dan lelah membangunkan Kelantan bersama Islam telah menjadi model pentadbiran di seluruh negara bahkan juga di seluruh negara.

Perginya Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah satu kehilangan besar buat perjuangan PAS dan juga dakwah Islam di tanah air ini. Namun, perjuangan perlu diteruskan hingga ke nadi yang terakhir.

Selamat berehat, sampai bersua lagi di akhirat wahai murabbi yang dirindui selalu. Kutitipkan doa dan harapan agar di dalam rahmat Allah jua kau dinaungi. Pesan dan tunjuk ajarmu tidak sekali-kali kulupai.....

إنا لله وإنا إليه راجعون الله اغفر له وعافه واعف عنه وارحمه وأعذه من عذاب القبر وعذاب النار وأدخله يا الله جنتك الفردوس الأعلى مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصدقين والشهداء والصالحين

AHMAD FADHLI SHAARI 12 FEBRUARI 2015 10.15 MALAM





Tok Guru Nik Aziz Kembali Ke Rahmatullah

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى
إنا لله وإنا اليه راجعون


Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

----

Saya akan memaklumkan masa solat jenazah ayahanda malam ini insya Allah.











Kesihatan Nik Aziz kembali merosot

Tahap kesihatan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini kembali merosot, kata anaknya, Nik Mohamad Abduh.

“Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan pada ulsernya semalam. Doktor sedang berusaha stabilkan.


“Saya tidak pasti sama ada ayahanda akan dibenarkan pulang pada pagi esok sebagaimana dijadualkan.

"Saya tunggu pengesahan doktor,” kata Nik Mohamad Abduh di Facebook.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

- mkini




Demo Depan Sogo Hujung Minggu Ini - Rafizi Tak Tahu

Polis berkata mereka mempunyai maklumat bahawa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berkumpul berhampiran Sogo dan Dataran Merdeka pada hujung minggu ini untuk membantah hukuman penjara ke atasnya, tetapi parti Anwar, PKR, menafikan pihaknya mengetahui apa-apa tentang perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim dipetik dalam akhbar theSun hari ini sebagai berkata polis sedang bersedia untuk menghadapi perhimpunan itu.


Nor Rashid dilaporkan berkata bahawa tanggungjawab polis adalah untuk memastikan perhimpunan itu diadakan mengikut undang-undang, dengan cara yang aman dan teratur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perhimpunan itu dan beliau hanya tahu tentang kempen "Mac 2 Freedom".

Kempen itu diumumkan oleh anak-anak Anwar semalam, berikutan Anwar disabitkan Selasa lalu atas tuduhan liwat, menyebabkan beliau dipenjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

"Saya tidak tahu menahu mengenainya. Yang saya tahu adalah apa yang telah diumumkan oleh parti," kata Rafizi.

Bagaimanapun, Rafizi tidak menolak kemungkinan perhimpunan itu dianjurkan secara "spontan" oleh penyokong Anwar.

"Ia boleh jadi sesuatu yang berlaku secara spontan," katanya.

- mkini


Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia


Kuala Lumpur: Pengulas sukan legenda, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, 12.20 tengah hari.

Menurut Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa, Allahyarham menerima rawatan di IJN, sejak 4 Feb lepas.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Bukit Naga, Shah Alam, untuk dikebumikan hari ini.

Hasbullah, 63, dikenali umum sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara

Wednesday, 11 February 2015

Mahathir Cabar Najib Letak Jawatan?

Dr M: Kalaulah saya PM, saya letak jawatan


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya masih memegang jawatan perdana menteri saat ini.

Bekas presiden Umno itu berkata seseorang perdana menteri sepatutnya "memudahkan sesuatu perkara" dan melepaskan jawatan jika gagal mentadbir.

Tanpa menyebut nama, kenyataannya jelas menempelak Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini makin kerap dikritiknya.

Bercakap di forum 'The Malaysian dilemma' di Kuala Lumpur pagi ini, bekas perdana menteri itu juga berkata:

"Tiada ada sesiapa yang mendesak saya apabila saya melepaskan jawatan, kerana saya rasa 22 tahun (pentadbiran saya) itu cukup lama.

"Tapi jika anda gagal mentadbir dan rakyat mengkritik anda, tolong mudahkan negara."

- mkini



Tiga Orang Lagi Ditahan Polis Di Bawah Akta Hasutan



Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan adalah antara individu terbaru yang berada di bawah siasatan polis kerana didakwa membuat komen berunsur hasutan berikut keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari ini bahawa Fariz dilaporkan telah didakwa kerana menggesa penyokong Anwar untuk bersedia menggulingkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Beliau berkata Arutchelvan akan disiasat kerana mendakwa keputusan kes Anwar adalah bermotifkan politik.

Beliau berkata Exco Negeri Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua AMK Pusat dan Ketua AMK Negeri Pulau Pinang PKR Dr Afif Bahardin juga akan disiasat atas dakwaan membuat panggilan sama kepada penyokong Anwar. Afif juga didakwa berkata orang ramai perlu berhenti untuk percaya badan kehakiman Malaysia.

"Saya telah mengeluarkan amaran itu, kini sudah tiba masanya untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar dan cuba untuk melanggar ketenteraman awam. Mereka akan disiasat kerana menghasut rakyat untuk turun ke jalan," kata Khalid.

Lewat pada hari Selasa, kartunis politik Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, yang lebih dikenali sebagai Zunar, telah ditahan polis di rumahnya di Pantai Dalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata hari ini kartunis itu ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan.

Zunar telah didakwa paparkan di media sosial Twitter akaun miliknya menulis berbunyi: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.” Dua orang lain yang juga dalam sup panas untuk tuits mereka adalah Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Nga telah didakwa berkata, orang ramai perlu "menentang rejim kejam" ke atas mempenjarakan Anwar manakala Rafizi telah menyindir para hakim yang mendengar rayuan kes Anwar sudah dibayar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan itu dibuat ke atas Rafizi menerusi akaun Twitternya kelmarin.

“Siasat juga tweet ini yang cuba menghasut rakyat mempercayai hakim dibayar,” katanya merujuk kepada Twitter Rafizi.

Khalid yang terserempak dengan mesej-mesej tersebut telah menulis sebarang tweet bahawa ahli-ahli politik telah memikat masalah dan mengarahkan PCIRC untuk memulakan penyiasatan terhadap mereka.

Beliau berkata kecuali Zunar, lima ahli-ahli politik masih belum ditahan atau dipanggil untuk disoal siasat.




Liwat II - Henti Sebar Aib Manusia - Fathul Bari



SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kebenaran yang paling benar adalah ALLAH SWT sahaja yang mengetahui.

Katanya, mahkamah di akhirat adalah yang paling tepat untuk menentukan yang haq dan yang batil.

Namun jelasnya, mahkamah dunia adalah platform manusia sebelum menuju ke mahkamah akhirat oleh itu penghakiman di mahkamah dunia perlu dilalui oleh manusia.

“Ini platform (mahkamah) yang kita ada di dunia. “Jadi kita perlu menerima apa jua keputusan yang telah diputuskan kerana di dunia, itulah caranya…oleh itu saranan saya janganlah cuba kita cetuskan sesuatu yang tidak baik, terima keputusan tersebut,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Fathul Bari berkata demikian selepah Mahkamah Persekutuan mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Berbicara lanjut, Fathul berkata setelah keputusan itu putuskan, beliau berharap masyarakat berhenti berbicara mengenai keaiban manusia.

“Sudah ada keputusan, hentikan membongkar aib orang,” katanya.

Dalam pada itu, fathul berkata ujian yang menimpa seseorang itu adalah ujian daripada ALLAH SWT.

“Kita akan diuji oleh ALLAH, saya harap ALLAH ampuni kita semua,” ujarnya.



Mustafa Beri Amaran Kepada Zuhdi Supaya Jangan Menyibuk Dan Buat Kerja Sendiri



PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".

"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Zuhdi dalam kenyataannya semalam mempertikaikan tindakan Mustafa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang menafikan adanya komplot menggulingkan presiden PAS itu.

Menurut Zuhdi, beliau sudah bersemuka dengan Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan melihat dakwaan dalam bentuk akuan berkanun dan bukti daripada aplikasi Whatsapp berhubung perkara itu.

Beliau menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes itu.

"Penafian simplistik Salahuddin dan Mustafa yang tiada komplot untuk menggulingkan presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini.

"Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru', disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah," kata Zuhdi dalam kenyataan medianya semalam.

Mustafa dalam kenyataannya hari ini mengaku beliau memberi jawapan "tiada konspirasi" ketika diajukan persoalan itu.

"Memang saya jawab tiada konspirasi. Apakah Zuhdi nak cadang saya kata ada konspirasi? Kalau saya jawab ada, ia jawapan paling bodoh dari segi akademik dan politiknya sebab ia memang tiada konspirasi," katanya.

Mustafa berkata, apa yang beliau sebut dan dilaporkan itu tepat, iaitu tindakan demonstrasi tidak bagus untuk PAS.

"Belum berlaku lagi orang guna cara ini sejak kepimpinan ulama hingga kini, untuk tegur pemimpin. Takkan ini kita nak ikut.

"Tindakan ini tidak ikut semangat kepimpinan ulama yang bertindak secara profesional dan bukan emosi. Memang saya tak setuju cara ini," kata Mustafa.

Walaupun begitu, katanya, beliau mengarahkan Penolong Setiausaha Agung Khairul Faizi Ahmad Kamil menerima memo itu "dan apabila memo diterima, ia menjadi kewajiban saya menelitinya dan membuat penyiasatan".

"Ini adalah proses yang perlu diambil. Memo sudah ada pada saya sekarang," kata Mustafa.

Mustafa berharap tegurannya diterima baik Zuhdi dan berharap beliau menumpukan kepada amanah yang ditugaskan kepadanya iaitu sebagai pengarah operasi PPP.

Bagi beliau, setiap pemimpin PAS ada bidang tugas yang diberikan parti dan tidak perlu mengambil kerja yang bukan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Ahad lalu, ketika pemimpin PAS tiba di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu untuk bermesyuarat, sekumpulan pemuda dan ulama PAS dipimpin Noorzazilafadli dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Hadi.

Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh dari AJK PAS tidak menyokong presiden PAS.



Raja Bomoh Kecewa Anwar Di Penjara



Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Md Zin melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain darpada itu menurut Portal Suara.tv tersebut mengatan raja bomoh melahirkan rasa terkilannya kerana merasakan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.

“Saya merasa sungguh kecewa dengan keputusan Mahkamah kerana Anwar Ibrahim adalah orang yang baik dan amanah.

“Sungguhpun sebelum ini saya ada sedikit salah faham namun ia merupakan isu politik” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

“Saya harap ahli keluarga beliau bersabar, mudah-mudahan Allah swt akan berikan fadilat kepadanya.

“Saya tidak yakin dengan keputusan yang agak mendadak itu (Anwar meliwat pembantunya) kerana beliau merupakan seorang yang alim dan warak” ujarnya lagi.

Walaubagaimnapun Ibrahim turut meminta ahli keluarga Anwar agar bersabar dengan ujian yang diberikan ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.

Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan Saiful adalah berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.

Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak.

Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan.

Sumber DI SINI




Beri Dr Wan Azizah ruang, kami teruskan perjuangan, kata Nurul Izzah



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberikan ruang yang selesa selepas mengharungi perjuangan reformasi sejak 17 tahun lalu, kata anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR itu berkata, kini anak-anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia meneruskan perjuangan ibu bapanya kerana masing-masing sudah meningkat dewasa.

"Sudah 17 tahun Dr Wan Azizah terpaksa mengharungi mendepankan diri. Pada saya anak-anak sudah besar dan dewasa. Kalau Nurul Hana pada 1998 hanya 6 tahun, tetapi sekarang dapat membantu dengan lebih aktif.

“Berilah beliau (Dr Wan Azizah) ruang untuk bersendiri sekurang-kurangnya ruang yang selesa mungkin. Berdepan media bukan benda yang mudah untuk dilakukan walaupun semua baik sehingga kini.

“Saya fikir ini apa yang dimahukan keluarga. Dan sudah tentu ia perjuangan yang panjang, dan banyak sidang media lain yang kita boleh lihat beliau,” katanya di kediaman Anwar di Bukit Segambut hari ini.

Sementara itu, seorang lagi anak Anwar mengumumkan pelancaran satu inisiatif kebangkitan bagi menuntut keadilan terhadap bapanya yang dipanggil “March to Freedom”.

Nurul Nuha berkata, kempen itu ialah kesinambungan perjuangan untuk membebaskan Anwar dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman di Malaysia.

“Marilah bersama kami dalam perjuangan ini. Sama-sama kita hentikan kezaliman," katanya pada sidang media itu.

Nurul Nuha berkata, tujuan utama kempen ialah bagi menyatakan yang Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen “March to Freedom” itu. Perincian tentangnya akan diumumkan kemudian setelah sekretariat itu dibentuk.

“Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan serta penyokong di dalam dan luar negara.

“Semalam merupakan sebuah hari yang penuh dengan ujian. Harapan kami untuk tertegaknya keadilan musnah sama sekali,” kata Nurul Nuha, 31.

Katanya, selepas 17 tahun mereka bergelumang dengan tekanan, fitnah, gangguan dan penganiayaan, semuanya kini berakhir dengan Anwar dihukum penjara.

Sepanjang tempoh itu, kata Nurul Nuha, Anwar menunjukkan kesungguhan, erti keberanian, perjuangan, sifat belas kasihan dan yang paling utama, erti kasih sayang.

“Dialah contoh terbaik seorang yang berjuang menongkah arus melawan kezaliman. Nilai-nilai ini akan kekal bersama kami sehingga ke akhir hayat.

“Sebagai anak-anak, kami perlu mengambil alih, dan meneruskan perjuangan, harapan serta cita-cita ayahanda kami. 17 tahun yang lepas merupakan sebuah tempoh yang lama.

“Kita tidak tahu berapa lama lagikah perjuangan ini akan berterusan, tetapi kami akan bersama-sama dengan ayahanda kami sehingga nyawa berada di hujung badan,” katanya.

– 11 Februari, 2015.


CIBAI Bubar Hari Ini Setelah Anwar Di Penjara

Sidang media pembubaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, hari ini. - Foto Sinar Online 


KUALA LUMPUR – NGO yang menggelarkan diri, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) hari ini mengumumkan pembubarannya hari ini setelah Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, semalam.

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, perjuangan mereka telah selesai apabila Anwar dipenjara.

"Ini sidang media terakhir Tibai. Saya umumkan Tibai dibubarkan secara rasmi. Kami puas hati dengan apa yang diperjuangkan selama ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, perjuangan mereka adil dan tidak melawan Anwar ketika tangan pemimpin pembangkang itu terikat.

"Tugas telah selesai. Alhamdulillah kita ada sedikit sebanyak sumbangan untuk menyedarkan rakyat," dakwanya lagi.

Ketika ditanya media kemungkinan Tibai kembali selepas Anwar bebas, bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Nordin berkata, perkara itu akan dipertimbangkan.

Tibai ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PKR dan dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2012 lalu di Kelab Sultan Sulaiman.

Penubuhan Tibai disertai oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Senator Datuk S Nalakaruppan; bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.