Wednesday, 31 December 2014

Ibu Menangis Sambil Mengutip Cebisan Daging Anak

WANITA mengutip cebisan daging dan otak mayat anaknya yang terbabit dalam kemalangan.


Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.

Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.



Tragedi Tahun Baru.. 35 Orang Terbunuh

Sambutan ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam kejadian bersesakan di Shanghai, China.

Sedang serata dunia meraikan ketibaan 2015 dengan percikan bunga api di bandar-bandar utama, kesedihan melanda bandar pusat kewangan China itu.


Kejadian berlaku sejurus kiraan detik menjelang Tahun Baru tengah malam tadi ketika orang ramai tertumpu di kawasan Bund untuk meraikan kehadiran Tahun Baru, kata kerajaan China dalam satu kenyataan.

Disamping itu juga, 42 yang lain dilaporkan cedera.

Punca kejadian kini disiasat dengan pemimpin tempatan menggesa kerajaan memberikan tumpuan kepada mereka yang cedera.

Sekeping gambar dari akhbar Shanghai Daily memaparkan beberapa mayat bergelimpangan dan mereka yang cedera di lokasi sambutan.

Lokasi sambutan diubah ke kawasan baru di Bund tahun ini, berikutan kebimbangan kemungkinan tidak dapat menampung kehadiran ramai pengunjung.

Tahun lalu sahaja lebih 300,000 hadir di acara sambutan Tahun Baru.




Foto Helikopter Polis Jatuh Ketika Misi Hantar Bantuan Banjir



KUALA LUMPUR: Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kemalangan tersebut benar-benar terjadi petang tadi.

Menurut Khalid, Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD itu adalah milik PDRM dan terlibat kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam insiden tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan mereka telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Kesemua penumpang di dalam helikopter tersebut dilaporkan selamat.

Menurut Khalid lagi, helikopter tersebut dalam misi menghantar bekalan makan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah.

Tan Sri Khalid telah mengesahkan laporan tersebut setelah lebih sejam mesej mengenai kejadian berlegar-legar di media sosial dan aplikasi Whatsapp.











Najib Dikutuk Gara-Gara Diplomasi Golf

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mengkritik perdana menteri, dua bekas orang kuatnya turut tampil membangkitkan kelemahan unit komunikasi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin, kedua-dua orang lama dalam dunia pemberitaan, malah berkongsi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.


Kadir, melalui tulisannya yang disiarkan di blog Zainuddin, menyindir unit komunikasi JPM dalam “menangani pengaliran maklumat” dalam isu 'diplomasi golf' antara Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama.

Najib mencetuskan kontroversi sebelum ini selepas gambar beliau bermain golf bersama Obama di Hawaii, AS ketika banjir besar melanda beberapa negeri, terutamanya di Kelantan.

“Saudara Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

“Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf,” tulis Kadir (kanan), bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times kepada Zainuddin, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu.

Kadir juga menyindir pegawai media perdana menteri yang ramai, termasuk daripada luar negara, tetapi menurutnya “setia kepada banyak pihak” sehingga tiada kata sepakat menangani sesuatu krisis.

Keadaan itu membawa Kadir mengimbau nostalgia mereka di zaman Mahathir yang menyaksikan berlaku perbincangan antara bekas perdana menteri itu dan pengarang media di belakang tabir.

“Kita bersetuju dan tidak bersetuju,” kata Kadir sebagai balasan kepada tulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam pada Jumaat lalu berkaitan isu sama.

'Populari PM, isteri di tahap rendah'

Zam sebelum ini berkata, unit komunikasi JPM wajar tangkas membetulkan tanggapan negatif berhubung penyebaran gambar Najib dan Obama pada hari Krismas lepas.

“Kepantasan ini diperlukan jika mereka menyedari dan menerima hakikat bahawa populariti Datuk Seri Najib dan isterinya berada pada tahap yang sangat rendah.

“Rakyat sinis terhadap kenyataan timbalannya bahawa Najib terpaksa bercuti kerana telah bekerja keras,” kata Zainuddin (kiri).

Kegagalan itu, katanya lagi, menyebabkan media propembangkang dan pengguna media sosial anti- Najib mempergunakan isu itu secepat kilat.

Pertemuan Najib-Obama itu pada mulanya dilaporkan akhbar terkenal Washington Post sebelum dipetik media di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya pemberita berhubung ketiadaan Najib ketika bencana besar itu sebelum ini, meminta supaya “berlaku adil” kepada PM yang menurutnya sudah bekerja keras.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara meminta orang ramai jangan risau dan mempercayainya untuk menangani bencana itu.





Suspek Sebar Berita Palsu Banjir Ditangkap Polis

Subang: Polis menahan seorang individu yang disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berkenaan bencana banjir.

Individu berkenaan ditahan di ibu kota dua hari lalu selepas beberapa hari dikesan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dengan kerjasama SKMM sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit.

"Kita sedang mengesan individu yang sengaja menyebarkan berita palsu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Situasi ini amat serius kerana boleh menyebabkan kekacauan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.



Audio Jeritan Terakhir Juruterbang Adam Air (2009) Sebelum Terhempas





Tuesday, 30 December 2014

Biadap!! Baju dan Seluar Dalam Terpakai, Antara Didermakan Kepada Mangsa Banjir

Apa rasionalnya derma kasut tumit tinggi?


Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.

Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.

Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.

“Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.

“Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pakaian dalam terpakai juga didermakan...

Pihaknya terpaksa mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama.

Aktivis Muslim Care Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima pakaian terpakai yang didermakan mereka.

Antara barangan yang diperlukan untuk mangsa banjir ialah:-

1. Air minuman
2. Makan kering
3. Susu bayi
4. Pek penjagaan diri
5. Tuala wanita
6. Lampin bayi Selimut
7. Pakaian yang masih berkeadaan baik dll..

Sama-sama lah kita menderma untuk mangsa banjir dengan memberi barangan bantuan yang benar-benar boleh diguna bukan sekadar untuk membersihkan stor rumah anda

- Apahell



Doktor Meraung Helikopter Diguna Untuk Bawa VVIP

Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.


Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya.



HARGA BARU RON95, RON97 DAN DIESEL



Berita yang baru sampai ke inbox FB Omak kau dan bertiup kencang di media sosial memberitahu tentang senarai harga minyak dan diesel yang baru dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015.

RON95 - RM 1,93
RON97 - RM 2.13
DIESEL - RM 1.97

Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

- omakkau


PANAS - Rupanya Najib Pulang Seorang Dari Bermain Golf Di Hawaii

Sejak bila Isteri PM boleh guna Jet Rasmi tanpa kehadiran PM? soal Blogger UMNO



Hebat betul Najib.. pergi makan angin sambil bermain Golf dengan Obama di Hawaii gunakan jet lain.. balik pula menggunakan jet lain kedua-duanya milik Kerajaan yang kos operasinya ditanggung oleh rakyat..

Gambar di atas ialah jet yang digunakan untuk membawa pulang Najib setelah beliau terpaksa membatalkan cutinya setelah teruk menerima kecaman dari rakyat bukan macai.. ianya adalah milik TUDM. dari jenis Boeing 737-700

Manakala gambar di bawah pula ialah gambar jet yang digunakan oleh Najib sekeluarga untuk pergi makan angin ianya adalah pesawat Airbus A319 9M-NAA.



Persoalannya ialah kenapa Najib pulang dengan jet yang lain tetapi dalam masa yang sama jet yang membawa keluarganya tidak pulang?

BACA SETERUSNYA DI SINI


Monday, 29 December 2014

Ngeri..!! Kuala Krai Selepas Banjir



Kalau sesiapa membaca akhbar Harian Metro hari ini, maka tertera di muka hadapan menceritakan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur terutama Kelantan umpama tsunami.

Kalau dilihat kepada beberapa keping gambar keadaan ketika banjir di Kuala Krai, Kelantan mulai surut yang kami petik dari Facebook Raja Mahizan Tuan Zahid, ternyata tepat sekali apa yang disampaikan akhbar berkenaan.

Nasib baik, jumlah kehilangan nyawa tidak menyamai bencana tsunami yang melanda rantau ini 10 tahun lalu yang membawa kepada kehilangan ratusan ribu nyawa.

Namun, dari segi kemusnahan harta benda, ada persamaan walaupun bukan 100 peratus.

Kejadian tsunami memang layak dijadikan analogi kerana kejadian itu pun berlaku dalam tarikh yang hampir sama

Melihat kepada gambar-gambar kemusnahan yang ada, maka ia menceritakan satu benda sahaja yakni banjir yang berlaku tahun ini memang luar biasa dan pastinya di luar jangkaan semua pihak.

Mungkin disebabkan itu bantuan agak sukar disampaikan sebelum ini.

Gambar yang diberikan juga dapat menceritakan dengan sendiri apa yang telah dilalui dan sedang dilalui penduduk di kawasan berkenaan.

Masih belum terlambat untuk kita berdoa dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat.

Selanjutnya, lihat gambar-gambar di bawah untuk memahami keadaan di Kuala Krai.







Dipetik dari – mynewshub



Berpuluh Buah Rumah Rosak Dipukul Ribut Di P. Pinang Malam Tadi



BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar tadi.

Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan.



Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun Sardon, di sini.

Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

"Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," katanya.

- BH Online



Cikgu Zuraini Halau Sukarelawan Dari Sekolah



Kota Bharu – Pasukan sukarelawan yang membantu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Kelantan berkata mereka ‘diarahkan keluar’ oleh seorang guru, kerana mendakwa tugas tersebut bakal digantikan pihak lain.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh seorang guru sekolah tersebut yang dikenali sebagai Zuraini Ariffin .

Kejadian tersebut kata wakil rakyat PAS itu berlaku pada pukul 8:30 malam (27 Disember 2014).

“Pasukan sukarelawan tersebut tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah itu atas alasan akan ada pihak lain yang bertanggungjawab mengambil alih tugas mengagih makanan, minuman termasuk keperluan.

“Tujuan surat ini adalah sebagai rasa tanggungjawab kami supaya langkah kami keluar atas arahan pihak SMKSI (melalui Cikgu Zuraini) tidak disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak,” kata Takiyuddin menerusi suratnya kepada pihak sekolah yang menjadi viral di laman sosial facebook dan Whatsapp.

SMKSI merupakan pusat pemindahan yang menempatkan lebih kurang 2,500 mangsa banjir di kawasan tersebut.

Takiyuddin yang pastinya kecewa dengan tindakan guru berkenaan menegaskan tidak akan bertanggungjawab terhadap aduan daripada mangsa banjir pada masa akan datang.

“Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada aduan mangsa tidak mendapat makanan atau minuman mulai pagi esok (28/12/2014) sehingga seterusnya.

“Pihak Cikgu Zuraini perlu bertanggungjawab atas segala makan minum mangsa banjir di SMKSI mulau makan pagi (28/12/2014) sehingga seterusnya,” ujarnya. – AntaraPos




Sunday, 28 December 2014

Tadah Air Hujan Buat Rendam Mi Segera



Lima hari tanpa bekalan air bersih, tiada nasi dan bekalan elektrik yang terputus menyebabkan ada mangsa banjir, terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup.

Malah, bekas setiausaha politik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Harun (bawah), antara yang merasai keperitan itu.

Menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini, Annual, 56, berkata, akibat terlalu lapar, beliau terpaksa menadah air hujan untuk merendam mi segera.

"Sudah lima malam saya bergelap. Saya hanya bertahan makan biskut. Ada mi segera, tetapi tiada elektrik untuk masak air, dan dapur gas pula tidak berfungsi.

"Oleh kerana saya terlalu lapar, saya terpaksa tadah air hujan dengan tangan dan letak dalam bekas untuk rendam mi itu. Bayangkan macam mana masak mi segera dengan air sejuk," katanya.

Sebelum itu, beliau beberapa kali cuba keluar ke jalan besar dengan mengharungi air deras paras pinggang, untuk mencari jika ada kedai menjual nasi, namun hampa.

Semalam genap lima hari kediamannya di kampung Wakaf Zain yang terletak di dalam Dun Salor, dinaiki air.

Kongsi dengan kucing, ayam

Menurut Annual, ketika air mula naik Rabu lalu, paras air di halaman rumahnya lebih satu meter, di dalam rumah pula kira-kira kira-kira 60 sentimeter.

Oleh kerana air naik terlalu pantas, kebanyakan barang tidak sempat dipindahkan termasuk dua buah kereta jenis Mercedes dan Perodua Viva.

Ditanya kenapa beliau tidak berpindah, Annual berkata beliau risau untuk meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, anak dan isterinya telah dihantar ke rumah orang tuanya lebih awal.

"Hanya sekali saya dapat makan nasi (sepanjang banjir), itu pun hari ketiga apabila jiran menjemput saya.

"Sebelum ni saya hanya makan biskut yang sudah lemau. Itu pun dikongsi dengan tiga lagi makhluk iaitu kucing, ayam dan burung yang saya pelihara," katanya.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kelambatan penyaluran bantuan dan sumbangan dari pihak bertanggungjawab kepada mangsa banjir.

Ketika kunjungan Malaysikini ke rumah beliau malam tadi, sekumpulan sukarelawan dari NGO Darul Hijrah, datang menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada beliau.

- mkini


TERKINI - MUHYIDDIN UMUM CUTI SEKOLAH DILANJUTKAN SEMINGGU AKIBAT BANJIR

Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.


Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014




Najib Arah Menteri Bercuti Luar Negara Pulang

KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
   

"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini hari ini.
   
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam pada itu, Najib berkata situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.
   
Beliau berkata, perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.
   
Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.  
   
"Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama," katanya.  - Bernama
 


Gambar Palsu Pesawat AirAsia Ditemui Tersebar



Pagi tadi sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan. Sehingga kini pesawat tersebut masih lagi dalam proses pencarian.

Walau bagaimanapun, kini terdapat satu gambar palsu yang beredar di media sosial dan aplikasi whatsapp yang memaparkan gambar sebuah pesawat air asia terhempas dan mendakwa itu lah pesawat yang hilang pagi tadi. Menurut sumber, gambar tersebut mula tersebar di portal-portal Indonesia.

Bagaimanapun, gambar itu sebenarnya gambar lama.

Gambar itu adalah dari kejadian pada tahun 2011 dimana pesawat airasia di dalam gambar itu tergelincir dari landasan di Kuching. Anda boleh membaca laporan mengenai kejadian ini di Melvister.

Sehingga kini, pesawat  QZ8501 masih lagi dalam pencarian.




SKMM Cari Empat Orang Penyebar Cerita Palsu Bangunan Sekolah Runtuh



“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memetik laporan dari mStar.

Keempat-empat individu yang dipanggil adalah :

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687).
Alamat terakhir: 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172).
Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870).
Alamatterakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129).
Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Pihak MCMC meminta mereka ini untuk berhubung dengan pegawai-pegawai penyiasatan MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddinn (019-2869515).

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu diatas juga boleh menghubungi pegawai-pegawai yang disebut.



Anak Perantauan, Pulanglah, Bumi Kelantan Dambakan Keringatmu..!

KUALA LUMPUR: "Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebook pagi ini.

Ini, ujarnya termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Empangan Jajar, banyak sms memberi info Jajar tidak berkaitan dengan kecepatan kenaikan paras banjir. Saya tidak mahir dalam tajuk ini. Saya hanya menyampaikan keluhan hiba rakyat yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.


2. Semalam bersama saya adalah Saudara Salahudin Ayub yang juga adalah Pengerusi Bencana Negara PAS Pusat.

3. Insya-Allah jika cuaca mengizinkan kami akan ber-heli lagi sepanjang hari ini. Terawal, menghantar ubatan ke Pasir Mas. Kemudian ke Kandek, Dabong bersama bekalan hasil sumbangan yang dikutip.

3. Pagi ini, Saudara Lim Kit Siang dan 8 petugas akan tiba untuk membawa bantuan dan melawat mangsa banjir. Kami hargai solidariti pemimpin nasional.

4. Semalam, TG Presiden PAS melakukan lawatan banjir termasuk sempat mengunjungi Sek Keb Kubang Kerian. 'Turun padang' Presiden untuk meninjau sendiri sangat membanggakan kami. Teladan untuk semua. Saya mohon maaf tidak dapat mengiringi kerana mengejar cahaya siang terbang seperti dijadual.

5. Di banyak tempat saya singgah, petugas dari Selangor ditemui datang membantu. Di DUN saya sendiri, ribuan terima kasih saya ucapkan atas kegigihan mereka mengharungi suasana. Saya kagum keberanian mereka mengharungi arus deras di atas jambatan Salor untuk membawa seorang pesakit yang sudah masuk hari ketiga gagal mendapat rawatan dialasis.

Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini. Termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

6. Saya juga menyeru anak di perantauan tanah Serendah Sekebun Bunga; Kelantan untuk pulang menjenguk, memberi sokongan dan membantu kami di sini.

Husam Musa
8:06 am
28/12/2014


TERKINI DARI KELANTAN - Mangsa Banjir Di Negeri Kelantan Meningkat Mendadak Hari Ini Ke 93,000 Orang.



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Di Kelantan hariini meningkat mendadak kepada 93,407 berbading hanya 50,000 orang setakat pukul 3.00 petang semalam.

Sebanyak 42,469 mangsa banjir di Kota Bharu di pindah kan dan merupakan kawasan paling tinggi mangsa banjir dilaporkan hari ini dengan 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat).

Menurut sumber, air sungai Pasir Mas dan Sungai Golok hari ini dilaporkan telah naik melepasi paras berbahaya sekali lagi dan telah menenggelamkan semula rantau panjang.

Ada mereka berpendapat ia berpunca dari air empangan dari negara sebelah yang dilepaskan walaupun dinafikan oleh pihak berkuasa tempatan di sana.

- siakapkeli



Saturday, 27 December 2014

UPDATE TERKINI - Pesawat AirAsia Dari Surabaya Ke Singapura Hilang



laporan sementara pesawat Indonesia AirAsia yang mengalami loss contact, dengan detail sebagai. berikut:
n
Pesawat type Airbus A320
Regristrasi : PK - AXC
Route : SUB - SIN
Flight Number : QZ 8501
Sched. Time : departure 05.20 LT - arrival 08.30 LT

Komposisi Crew:
Captain : IRIYANTO
FO : REMI EMMANUEL PLESEL
4 Flight Attendants:
SFA : WANTI SETIAWATI
FA : KHAIRUNISA HAIDAR FAUZI
FA : OSCAR DESANO
FA : WISMOYO ARI PRAMBUDI
1 ENG : SAIFUL RAKHMAD

Komposisi penumpang : 138 dewasa / 16 anak-anak / 01 bayi

Demikian disampaikan data sementara hingga saat ini. ATC sudah delcare lost jam 07.55 WIB.

----------------------------------------------


KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.

Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

JAKARTA, KOMPAS.com - Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini, Minggu (28/12/2014).

Direktur Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo memastikan bahwa pesawat tersebut hilang dalam pantauan radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," ujarnya saat dikonfirmasi Kompas.com.

Dia mengatakan, nanti pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan resmi perihal hilangnya pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu mengutip data penerbangan dariFlightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor registrasi PK-AXC. Pesawat tersebut berangkat dari Surabaya pukul 05.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 08.30 waktu setempat atau pukul 07.30.

Selama ini, AirAsia memiliki reputasi keselamatan yang baik, termasuk ketepatan waktu terbang.

Penulis: Bambang Priyo JatmikoEditor: Bambang Priyo Jatmiko



Misteri Kehilangan Pemandu Lori Terjawab



Semalam, beberapa kumpulan rakan pemandu lori mula menghantar WhatsApp untuk mengesan seorang rakan mereka yang gagal dihubungi sejak dua hari lalu (dua hari bermula semalam)

Sudah pasti sesiapa pun akan prihatin apabila rakan dalam kumpulan kerja yang sama tiba-tiba hilang secara misteri.

Pemandu lori itu dikatakan sedang menghala ke Shah Alam dan kali terakhir berjaya dihubungi ketika berada di Behrang.

Laporan polis apa semua telah dibuat ketika itu.

Selepas usaha bersungguh…kemudian…datanglah khabar yang meruntun hati semua.

Pemandu berkenaan dikhabarkan telah meninggal dunia dalam lorinya dipercayai di kawasan Kuala Kubu Bharu.

Banyak spekulasi yang tersebar termasuk yang mengatakan arwah telah dikelar tetapi ada pihak yang menjelaskan itu tidak benar.

Allahyarham dipercayai telah mengalami serangan sakit jantung.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Andai kejadian ini benar, maka marilah kita mendoakan yang terbaik dan sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham.

Dipetik dari - mynewshub



Rakyat Malaysia Yang Prihatin Terus Hulurkan Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

Rakyat biasa yang menderma barangan untuk membantu mangsa banjir di pangkalan TUDM, Subang semalam.


Tersentuh dengan rayuan dari mangsa banjir yang dalam kesusahan, seluruh negara menubuhkan pasukan secara ad hoc bagi mengumpul bantuan yang pelbagai, terdiri dari pakaian dalam baru hingga ke jet ski yang dilengkapi peralatan menyelamat.

Berbeza dari pertubuhan seperti Mercy Malaysia atau Persatuan Bulan Sabit Merah, kumpulan tersebut tiada sumber segera mendapatkan helikopter atau lori mengangkut barangan yang mereka kumpul.

Dan walaupun perdana menteri semalam mengumumkan bantuan RM500 juta untuk mangsa banjir seluruh negara, ia tidak menghalang kumpulan ad hoc itu meneruskan kutipan mereka di kalangan rakan taulan dan berkongsi maklumat di Facebook, yang serta merta menjadi viral di Internet dan menerima sambutan jauh lebih menggalakkan daripada jangkaan mereka.

Demikian yang terjadi kepada Azizuddin Redzuan Lu apabila secara kasual menulis di laman Facebooknya pada Rabu, menceritakan rancangannya untuk membantu mangsa banjir Kelantan bersama rakan Ahmed Natasha, Adi Hariez dan Ally Hazran.

“Guys me n my friend is trying to help mangsa banjir kat Kelantan. We dont need money nor clothes. We need supplies. Me n my friend are buying them esok kat Mydin USJ,” tulisnya dalam gaya bahasa bercampur-campur antara Melayu dan Inggeris.

Bermula dengan kunjungan ke kedai runcit, akhirnya pada Sabtu, mereka menerima empat konsaimen ubat melalui sebuah pesawat persendirian.

Ahmed, 31, memberitahu The Malaysian Insider, idea mereka tersebar begitu cepat di Facebook, dan derma terus mencurah di pusat pengumpulan barangan sementara mereka di dewan Masjid Al-Ikhlas di SS3 Kelana Jaya.

“Kami mulakan ini kerana kami mahu lakukan lebih dari sekadar meletak status di Facebook atau berpolitik mengenainya. Melalui kawan-kawan, kami berhubung dengan kumpulan lain yang membantu dari segi logistik."

Beliau yang bekerja sebagai pengurus projek berkata, pesawat ke Kerteh itu diuruskan sekumpulan doktor yang merupakan kawan mereka.

"Semua kami lakukan sendiri, dengan bantuan pelajar universiti, dan terdapat juga para sukarela yang sudah lama terlibat dalam kerja begini yang menolong dengan menghabiskan masa beberapa jam bersama kami," katanya sambil menambah, yang menerima barangan itu di Kelantan juga merupakan kenalan mereka.

"Tetapi akhirnya, apa yang kami usahakan ini ialah sebahagian daripada apa yang dikerjakan badan bukan kerajaan (NGO) yang lebih besar yang mempunyai lebih sumber. Kami juga ada kawan dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membantu dari segi pengangkutan," katanya.

Sementara itu, terdapat satu lagi kumpulan yang memutuskan menggunakan cuti semester mereka dengan menawarkan jet ski mereka menyelamat mangsa banjir di Kelantan.

Elisa Mohd Isa berkata, beberapa hari sebelum itu, mereka berbual mengenai hasrat membantu mangsa banjir dan ketika itu mereka mendapat idea untuk menggunakan jet ski mereka.

"Banyak kelebihannya menggunakan jet ski. Ia boleh digunakan untuk pengawasan, untuk memantau keadaan dan juga untuk usaha menyelamat. Ia lebih tahan lasak dibandingkan bot," kata Elisa, seorang pengaturcara komputer, ketika menunggu di pengkalan TUDM di Subang berdekatan Kuala Lumpur.

Katanya, jet ski mereka dilengkapi dengan peralatan menyelamat yang asas termasuk jaket keselamatan, air mineral dan tali.

"Kami baca tentang keluarga yang masih terperangkap dalam rumah mereka kerana bot tidak sampai atau terlalu bahaya untuk bot pergi ke sana. Saya rasa kami boleh bantu menggunakan jet ski," kata Elisa sambil menambah setakat ini 12 rakannya yang memiliki jet ski berjanji memberi bantuan.

Elisa berkata ini kali pertama beliau terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan.

"Kami pernah menguruskan beberapa aktiviti sebelum ini tetapi dalam keadaan bencana, ini kali pertama. Saya tiada saudara mara atau kawan di sana (mangsa banjir), tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya rasa saya perlu membantu," katanya.

Di Taman Tun Dr Ismail, aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi dan rakan-rakannya dari kumpulan FreeMarket menggunakan Facebook untuk menganjurkan kutipan derma di komunitinya.

Di pusat pengumpulan semalam – restoran Harley’s Malaysia dan Golden Valley – mereka menerima timbunan kotak-kotak dipenuhi pelbagai barangan di luar restoran itu, situasi yang disifatkan Syed Azmi "menggila."

Beliau sehingga terpaksa mengumumkan di Facebooknya yang mereka sudah menerima terlebih banyak bekalan lampin pakai buang, ketika kira-kira 1.5 tan barangan lagi sedang dalam perjalanan ke sana.

"Jadi, kami berhenti menerima lampin bayi. STOP," tulis beliau, yang terkenal di kalangan masyarakat dengan kerja-kerja amal di bawah projek yang dinamakan #tamakpahala.

Pada masa sama, di satu pusat pengumpulan lain di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) di Damansara Perdana, kumpulan beliau juga mengumpulkan pakaian dalam baru dan bersih untuk dihulur kepada mangsa banjir.

Seperti Azizuddin dan kumpulannya, pasukan Syed Azmi juga bekerjasama dengan NGO lebih besar yang mempunyai lebih sumber dalam hal logistik dan sebuah trak polis dijangka membantu mengangkut barangan itu dari restoran ke lapangan terbang.

"Kami bukan pakar, kami tiada duit dan bukan anggota sebarang pergerakan atau ada kabel tertentu. Kami hanya orang biasa macam kamu semua. Kami percaya dengan keikhlasan, ketelusan dan berterus terang tanpa sebarang agenda tersembunyi," tulis Syed Azmi, seorang ahli farmasi.

"Ini projek sewaktu krisis dan sebaik ia selesai, kami doa sungguh-sungguh supaya kami benar-benar berjaya membawa perubahan. Diiktiraf atau tidak, usaha kami tidak berakhir di sini."

Pada masa sama, pentadbir laman web kemasyarakatan I Love Kuala Krai (ILKK) yang tidak mahu dikenali juga melancarkan kutipan derma bagi mangsa banjir dan memberi nombor akaun Maybank bagi menerima sumbangan wang.

Mereka juga mengajak orang ramai menyertai mereka membeli barangan untuk mangsa banjir di pasaraya sekitar Lembah Klang, terkini di Matahari Mall di Petaling Jaya semalam.

“Pasukan ILKK akan berada di Matahari Mall mulai jam 3 petang. Sila datang secepat mungkin supaya bantuan boleh dihulurkan segera," tulis pentadbir laman itu, sambil mencatatkan nombor telefon mereka yang boleh dihubungi.

Ketika dihubungi, seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Bukharie menjelaskan, kutipan itu dimulakan rakyat biasa yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan tetapi kini menatap di Lembah Klang.

"Kami tidak melibatkan sebarang NGO atau kumpulan yang rasmi. Kami hanya rakyat biasa, dari Kuala Krai, yang tinggal di luar Kelantan.

"Memandangkan kami juga mahu membantu keluarga kami yang terperangkap di sana, kami kumpulkan semua yang ada di kawasan ini dan beli barang-barang bersama," beliau memberitahu The Malaysian Insider.

“Kami sudah ada tiga lori untuk mengangkut barang esok pagi, insyaAllah.”

Ahli perniagaan Shaun Amirthalingam, yang muncul bersama kawan-kawannya, menderma air mineral dan beberapa barangan lain selepas menerima berita dari bekas gurunya yang masih terperangkap di Kampung Kok Pasir, Tumpat, tentang betapa buruknya keadaan di sana.

"Beliau menulis di Facebooknya berkenaan keadaan banjir di sana. Pagi ini keadaan makin teruk. Kami masih berhubung walaupun kini sudah dewasa dan tinggal jauh dari sana," kata Shaun semalam.

Bagaimanapun, tidak semua yang diberikan rakyat Malaysia boleh digunakan mangsa banjir, walaupun betapa baiknya niat mereka.

Beberapa kumpulan mengutip derma menggesa orang ramai berhenti menyumbang pakaian yang buruk dan tidak lagi boleh dipakai sementara ada juga yang memberi barangan yang tidak sesuai digunakan mereka di pusat pemindahan.

Portal The Malaysia Gazette melaporkan antara barangan yang diterima ialah sepasang kasut tumit tinggi, pakaian majlis tari menari dan pakaian yang koyak rabak yang perlu diasingkan oleh para sukarela sebelum diedarkan.

- tmi


INSURANS TAK BOLEH CLAIM KALAU DARURAT - INI JAWAPAN UNTUK ALASAN TERSEBUT



INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.

Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.

Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.

KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014

Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS.

RUJUK DI SINI




Air banjir dari Pahang dan Terengganu tidak akan mengalir ke Kelantan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan keseluruhan air banjir dari Pahang dan Terengganu akan turun ke Kelantan.

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan air akan turun ke sini adalah tidak benar kerana air dari Pahang dan Terengganu akan mengalir keluar ke laut, kata Shahidan ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada Sabtu.


Beliau turut memaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai yang menempatkan lebih 400 orang mangsa banjir masih berdiri teguh. Ini sekaligus menafikan khabar angin, kononnya sekolah yang menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir telah roboh seperti yang disebarkan media sosial.

Pihak keselamatan telah membuat pemeriksaan dan mendapati bangunan sekolah tersebut tidak runtuh. Maklumat yang disebarkan itu tidak benar dan orang ramai di minta tidak mempercayainya.

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan air akan turun ke sini adalah tidak benar kerana air dari Pahang dan Terengganu akan mengalir keluar ke laut.

Katanya di Kuala Krai, sejumlah 29 pusat pemindahan didaftarkan manakala terdapat 31 pusat yang tidak didaftarkan yang keseluruhannya melibatkan lebih 17 ribu orang

Beliau menjelaskan di pusat yang tidak didaftarkan itu mungkin bantuan lewat sampai hingga menyebabkan kebanyakan mangsa banjir berada dalam kelaparan.

Namun, sejak dua hari ini bantuan makanan telah sampai keseluruhan kawasan di Kuala Krai.



ADUN DAP Dihalau Dari Pusat Pemindahan Di Johor

Seorang ADUN DAP kecewa kerana pihak berkuasa di Kluang didakwa menghalang beliau menyampaikan bantuan untuk mangsa banjir.

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin mendakwa, beliau dihalau oleh pihak berkuasa tempatan ketika mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kluang, Johor.


Tan berkata beliau dan MP Kluang, Liew Chin Tong diminta beredar ketika sedang mengagihkan bantuan.

“Kami dipaksa membawa balik bekalan yang diagihkan di pusat pemindahan itu,” katanya yang kecewa dengan sikap “tidak profesional” uang ditunjukkan oleh pihak terbabit.

"Ini adalah situasi banjir yang serius, saya gesa kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan mengenepikan perbezaan politik dan bekerjasama untuk membantu mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau bersama gerombolannya turut diminta beredar dari sebuah lagi kawasan, Kampung Bentong Dalam oleh ketua kampung tersebut dengan alasan kehadiran mereka tidak diundang.

- mkini


Video & Foto Lelaki Berparang Panjang Mengamuk Di Jalan Raya







Beberapa keping gambar muncul di Facebook pagi ini memperlihatkan seorang lelaki yang kelihatan begitu marah melibas parang.

Kepada siapa dan di mana tidak diketahui.

Dari gambaran itu, lelaki berkenaan walaupun kelihatan macam tersenyum tetapi dia pastinya sangat marah untuk bertindak ke tahap berkenaan.

Apa puncanya tidak diketahui tetapi mesti ada sesuatu yang buat dia angin begitu sekali.





Friday, 26 December 2014

Tak Ada Hati Perut! Sebar Fitnah Mayat Bergelimpangan


Petikan perbualan Whatsapp yang tersebar di laman sosial Facebook.


Tak dapat difahami tujuan sesetengah individu yang tergamak menyebarkan fitnah melampau berkenaan situasi banjir yang dihadapi negara ketika ini.

Sejak semalam, tersebar petikan perbualan Whatsapp di laman sosial kononnya, banyak mayat mangsa banjir ditemui bergelimpangan di sebuah negeri di Pantai Timur.

Selain mendakwa ramai penduduk mati akibat lemas dan kelaparan, petikan Whatsapp tersebut menyatakan, berita televisyen tak akan melaporkan perkara dahsyat itu kepada umum.

Turut dihebahkan, kononnya bantuan makanan yang diberikan melalui helikopter hanya dicampak membuatkan penduduk yang kelaparan terpaksa berebut untuk mengambilnya.

“Ya Allah, ramai rupanya yang mati, yang kat atas bukit tuh mati kelaparan kesejukan, semua mayat tak dapat nak diuruskan. Kesiannya dengar, jalan-jalan lepas tu jumpa mayat budak terbiar, tunggu air surut ni, baru boleh tau ramai mana yang mati, yang kena hanyut air lagi.. berita dalam TV semua tak cakap, Ya Allah derita sungguh, dah lebih dalam keadaan darurat dah – demikian perbualan yang tersebar tersebut.

Selain itu, turut dikesan penyebaran khabar angin mengatakan 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

Individu yang tergamak mereka cerita seperti ini boleh diibaratkan sebagai manusia tiada hati perut kerana tidak memikirkan perasaan ahli keluarga yang sedang bimbangkan nasib keluarga mereka yang terperangkap banjir.

Diharapkan, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat bertindak ke atas golongan yang menyebarkan berita palsu ini.

- mynewshubb




Darurat - Nik Amar Bercakap Bagi Pihak Umno

Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Kelantan



KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan, keadaan banjir di negeri ini masih terkawal apabila air di bahagian hulu beransur surut.

Menurutnya, air di Gua Musang dan Kuala Krai mulai surut dan kini memberi kesan kepada kawasan di bahagian bawah termasuk Machang, Kota Bharu serta Tumpat.

“Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.

“Bagaimanapun air agak lambat surut di Kuala Krai berikutan kawasan yang terlalu besar, tetapi di Gua Musang sudah tidak banjir, perlahan-lahan berkurangan dan kini memenuhi daerah di bawahnya terutama Kota Bharu dan Tumpat yang berada di muka kuala,” katanya kepada media,  semalam.

Mohd Amar berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembangunan yang giat dilakukan termasuk kegiatan menambak tanah untuk projek perumahan, sekolah dan bangunan sehingga menyebabkan air mengalir di luar saluran yang ada.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, gerakan menyelamat giat dijalankan dan terus ditingkatkan dengan bantuan tujuh helikopter selain tambahan petugas termasuk sukarelawan dari luar negeri ini.

“Peruntukan tambahan bekalan makanan sudah sampai, cuma di sesetengah lokasi, kita tak boleh masuk disebabkan  arus terlalu deras dan ini yang menjadi isu apabila bantuan lambat sampai, bagaimanapun bukan di seluruh negeri ” katanya.

Mohd  Amar berkata, kawasan yang gagal untuk sampai, bekalan makanan dijatuhkan menggunakan helikopter.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, air dijangka surut dalam masa dua hari sekiranya tidak ada hujan dan air pasang.



Gambar Lama Awan Gergasi Dikongsi Semula Timbul Situasi Panik



Heboh di Facebook sekarang tentang kewujudan awan gergasi di selatan Thailand yang berbentuk puting beliung mencurahkan hujan kononnya akan memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda negara tersebut dan negara kita.

Foto ini telah banyak dikongsikan dan telah menimbulkan suasana panik dikalangan penduduk Malaysia dan sudah semestinya mangsa banjir.

Disini admin menafikan perkara tersebut kerana foto ini adaah foto lama dan sengaja ditimbulkan oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Gambar ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki dari negara jiran pada bulan JUN lalu dan telah digunakan semula seolah-olah akan berlaku bencana yang lebih besar.

BUKTI 1

BUKTI 2

Kami di siakapkeli menasihatkan mana-mana blog atau individu supaya menarik balik gambar tersebut kerana boleh menimbukan suasana panik dikalangan mangsa banjir yang sekarang menderita di sana.

- Siakapkeli




Nik Abduh Dikecam Hebat Kerana Kenyataan Bodoh Ini..




Nampaknya ada juga yang menghubungkaitkan isu hudud dengan musibah banjir yang melanda Kelantan ketika ini.

Sudahnya, individu tersebut dikecam hebat pelayar internet dan rata-rata melahirkan rasa kesal di atas kenyataan itu.

Individu itu adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh dalam posting di laman Facebooknya berkata 'banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hudud'.

"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," katanya dipetik laman Facebookny, pada Rabu.

Pelayar internet kemudiannya membalas status itu dengan menyalahkan kerajaan negeri PAS Kelantan yang rakus menggondolkan balak di kawasan tadahan air.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

"Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi," katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

"(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah," kata Anas.

Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.

"Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun... Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!" kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.

Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.

"Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu," tulisnya.

Kelantan sebelum ini nekad mahu melaksanakan hudud dan kesungguhan mereka dibuktikan dengan memanggil sidang khas DUN negeri itu untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah.

Pindaan itu adalah penyediaan PAS ke arah melaksanakan perundangan Islam tersebut, walaupun dibantah keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Sehingga berita ini ditulis, Menteri Besar Kelantan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya hanya akan membuat keputusan rasmi esok berhubung sidang Khas DUN yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember ini.


Menurut beliau, perkara itu akan diumumkan selepas diadakan perbincangan peringkat kerajaan negeri sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang khas itu kepada tarikh lain.




BANJIR – Benarkah Sampai 10 Orang Mati Lemas Di Kuala Krai?

KOTA BAHARU — Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.


“Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

“Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini,” katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.

“Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.

– BERNAMA



Anak PM Dato Seri Najib Mengamuk Di Tweeter Kerana Ayahnya DiKritik



Di Tweeter anak Najib mengamuk telah menjadi viral dilaman sosial.. pihak kami hanya sharekan apa yang blog-blog lain publish untuk tatapan anda. Amukan anak Najib ini berpunca daripada penyokong-penyokong pembangkang yang mengkritik Dato Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Hawaii main golf bersama Presiden Amerika iaitu Obama.
Dalam tweet beliau berbunyi begini :



"yang suka maki Najib tu cuba kau imagine tu bapak kau then someone maki bapak kau macam dia maki Najib kau tak marah ?Open minded la weh.."


Berikutan daripada itu anak Dato Seri Najib telah dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain dan cuba anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Dato Seri Najib meluahkan kemarahannya di Twitter, yela bila orang mengutuk ayah sendiri mesti la marah dan berbulukan? Zazzzzz tengok sendiri komen-komen tersebut

sumber;kakishare

COPY PASTE SEPENUHNYA DARI SINI




Najib Akhirnya Pulang Juga Hari Ini..



Maklumat terkini dari SUPOL PM Datuk Paduka Ghazali Ibrahim , PM DS Mohd Najib Tun Razak dijangka pulang segera ke Malaysia hari ini . Ia disebarkan di FB Ahli Parlimen Langkawi Ir Nawawi yang mendapat jawapan dari SUPOL PM sendiri .

Beliau memendekkan percutiannya di Hawai akan terus mendarat di Kota Bharu bagi mendapat maklumat lanjut situasi terkini banjir di negeri Pantai Timur .




Thursday, 25 December 2014

Kelibat Misteri Wanita Bertelekung Di Bawah KB Mall



KB Mall yang merupakan pusat beli belah terkenal di Kota Bharu Kelantan kini ditutup akibat banjir.

Seorang yang mengambil gambar di tingkat bawah telah mendapati kelibat sekumpulan wanita bertelekung sedang mengaji atau bersembahyang.

Apakah maksud di sebalik kejadian gempar ini. Wallahualam


Banjir: Jambatan Sultan Yahya Petra Ditutup



Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan bandar Kota Bharu dengan Pasir Pekan di Tumpat, kini ditutup kepada semua lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan sudah meningkat melepasi jambatan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu Acp Rohaimi Md Isa berkata ia ditutup kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna.

"Ia ditutup kepada semua jenis kenderaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dinaiki air sejak semalam berikutan banjir buruk yang melanda negeri ini terutama di kawasan Ulu Kelantan iaitu Gua Musang dan Kuala Krai.

Air dari kawasan berkenaan sedang mengalir ke arah Utara Kelantan iaitu jajahan Kota Baharu.

- Bernama



“Kalau duit program selawat bantu mangsa banjir, mungkin lebih bagus,” kata Saifuddin

Walaupun tindakan Perbadanan Putrajaya dan Ambank Group mengumumkan pembatalan ‘Konsert Ambang 2015′ sempena sambutan tahun baru bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir dipuji pelbagai pihak, namun program ‘Malam Cinta Rasul’ pula mendapat kritikan.

Mantan timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata program selawat besar-besaran di Dataran Merdeka yang dijadual pada malam 31 Disember ini mungkin lebih bermakna sekiranya peruntukkan majlis diguna untuk membantu mangsa-mangsa banjir.


“Selawat itu bagus. Tapi kalau duit untuk belanja majlis selawat besar-besaran diguna bantu mangsa banjir, mungkin lebih bagus,” katanya menerusi akaun Twitternya @saifuddinabd, pada Khamis.

Majlis itu anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell).

Ia bakal menampilkan pendakwah popular Indonesia, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin dan dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 umat Islam terutama golongan muda.

Program tersebut dijadualkan berakhir kira-kira jam 11.45 malam bagi membolehkan orang ramai menanti detik 12 tengah malam bagi menyertai bacaan doa sempena tahun baru.

Sementara itu, Selangor tetap akan meneruskan rancangan sambutan Tahun Baru 2015 peringkat negeri dalam skala sederhana, bagi menghormati mangsa banjir di Pantai Timur.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan, sambutan yang akan diadakan pada 31 Disember ini tidak mewah dan membazirkan wang rakyat, berbanding amalan lama yang mementingkan unsur hiburan.

“Ya, sambutan kita biasanya cukup sederhana. Tidak mewah dan tidak membazir. Kita lihat kepada pengisian program itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, Perak dan Terengganu telah mengumumkan sambutan Tahun Baru 2015 di kedua-dua negeri itu dibatalkan sebagai menghormati mangsa banjir, selain terdapat desakan awam supaya tiada sambutan diadakan di seluruh negara.



Kuala Lumpur Dilanda Banjir Malam Ini

Kuala Lumpur turut dilanda banjir kilat akibat hujan tidak berhenti malam tadi.