Sunday, 30 November 2014

Rasuah RM100 Juta - Anifah Aman Bohong

Bekas bos KFC nafi tawar RM100j bagi pihak Anwar

Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah” Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.


“Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu),” katanya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak.

- mkini



Pasangan Cina pilih konsep perkahwinan Melayu




Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani


Ridhuan Tee Si Cina Perasan Melayu Menjilat Umno Lagi..



BERMULA dari sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung Umno 2014, boleh dikatakan tidak ada sedikit pun berita baik yang dilaporkan oleh media sosial anti-establishment.

Semuanya buruk, seolah-olah Umno ini sangat hina, yang suci adalah ultra kiasu. Ini tidak termasuk kejian, makian dan hinaan melalui komen pembaca.

Saya tidak kata Umno itu semuanya baik. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, terutama dari sudut integriti. Tetapi liputan yang dibuat amat tidak adil. Kenapa tidak dibuat perkara yang sama kepada parti ultra kiasu? Berita sengaja diputar-belitkan untuk lariskan perniagaan.

Ketika semua parti yang ada memperjuangkan kaum masing-masing, apakah parti Melayu (Islam) perlu keluar dari kepompong itu? Siapa akan mempertahankan Melayu dan Islam jika Umno dan Pas menjadi liberal? Selama ini pun ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Umno dan Pas.

Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur. Seperti BN, bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan Exco dalam negeri-negeri yang ditawani.

Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu. Trend pengundian membuktikan bukan Melayu memberikan undi kepada DAP ultra kiasu.

DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya. Malang sekali ada Melayu Islam yang tergoda dengan gula-gula ini.

Saya tidak nampak Perdana Menteri sebelum ini hingga kini, bertindak terlalu kepartian atau kemelayuan sehingga meminggirkan bangsa lain. Jika tidak sudah lama bangsa lain merempat.

Mereka tahu membezakan tanggungjawab selaku ahli politik dan negarawan. Apabila mereka telah memenangi pilihan raya dan menjadi pemimpin utama, maka ketika itu mereka adalah negarawan.
Peliknya, kenapa ultra kiasu menjadikan Umno (tidak ketinggalan Pas) sebagai sasaran?

Jawapannya mudah, kedua parti ini tidak dapat lari daripada Melayu dan Islam. Kedua parti tidak mahu negara ini diterajui ultra kiasu yang mahu meliberal dan mempluralkan bumi ini agar tidak beridentiti.

Mereka tidak mahu agenda Islam, Melayu dan Bumiputera mengakar. Lebih serius lagi, ada yang mahukan sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula, dengan menekankan sumbangan kaum secara sama rata. Tanpa memberikan lebih kredit kepada bangsa Melayu.

Sedangkan sejarah membuktikan, orang Melayulah paling banyak berkorban bermula dari negara ini dijajah sehinggalah mencapai kemerdekaan. Tidak dinafikan ada juga sumbangan kaum lain.
Sumbangan dan pengorbanan bukan Melayu terhadap kemerdekaan, muncul setelah Malayan Union dimansuhkan pada tahun 1946, hasil penentangan orang Melayu sehingga melahirkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.

Untuk makluman, PTM 1948 adalah cerminan kepada PTM 1957 yang dipersetujui British, yang masih mengekalkan kedudukan Islam, Melayu (termasuk bahasa), Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Unsur-unsur tradisi inilah yang mengikat dalam kontrak sosial.

Sebab itu, saya amat pelik, kenapa dan mengapa sehingga ke hari ini ultra kiasu sengaja tidak mahu memahami hakikat ini. Terus-terang, saya amat mengagumi Henry Sackville Barlow, Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad, yang kini dimiliki oleh PNB.

Barlow dan Sime Darby tidak dapat dipisahkan, kerana pertalian rapat ahli keluarganya. Sejarah Sime Darby bermula pada tahun 1910, ketika Tanah Melayu dijajah. Peniaga British William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co.

Bermula dengan sektor perladangan getah, kemudian berkembang kepada sawit, koko dan pelbagai sektor, sehinggalah diambil alih PNB. Selaku orang yang tinggal lama di sini dan memahami budaya politik Melayu, Barlow sentiasa mengingatkan Sime Darby agar tidak melupakan agenda Melayu dan Bumiputera dalam setiap rancangan ekonomi. Nyata sekali Barlow amat memahami sensitiviti dan budaya politik negara ini.

Peliknya anak penjajah British sangat sensitif dengan agenda Melayu dan Bumiputera, kenapa mereka yang sekian lama tinggal di sini sengaja tidak mahu memahaminya, malahan mendesak supaya ia dihapuskan. Lebih pelik lagi, kalangan kita sendiri turut bersekongkol?

Saya amat mengharapkan perhimpunan kali ini benar-benar memberikan keinsafan kepada Umno dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan pembangunan negara bangsa tercinta ini.


* Penulis ialah pensyarah di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA




Pemuda Tumbuk Datuk Sampai Mati

Seremban: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang menumbuk muka datuk saudaranya hingga mati semalam, di sebuah bengkel motosikal di Taman Bandar Senawang, di sini, awal pagi ini.

Menurut sumber, polis menerima maklumat awam mengenai kehadiran suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum bergegas ke lokasi.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek mendapati kesan cedera pada tangan dan bengkak muka.

Menurutnya, polis mengesyaki lelaki itu terbabit kes kematian seorang lelaki, R Palaniadi, 67 yang maut ditumbuk anak saudaranya di Taman Seri Pagi.


"Suspek yang ketakutan ketika disoal siasat mengaku menumbuk bapa saudaranya hingga menyebabkan kematian dan menahannya, katanya.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan telefon bimbit milik mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Hari ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki berusia 21 tahun bertindak menumbuk muka datuk saudaranya hingga mati apabila mangsa cuba meleraikan pergaduhan suspek dengan ibunya di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang, kira-kira 5.30 petang semalam.

Suspek yang bekerja di Kuala Lumpur dilaporkan pulang ke rumahnya untuk meminta wang daripada ibunya.

Berang apabila permintaan tidak dipenuhi, suspek yang juga anak sulung daripada dua beradik itu memarahi ibunya sebelum datuk saudaranya yang berada di rumah itu bertindak cuba meleraikan pergaduhan.

Berikutan marah, suspek bertindak ganas dengan menumbuk muka datuk saudaranya yang kebetulan mempunyai sakit jantung menyebabkan mangsa mati di rumah berkenaan.



Lelaki Ini Janji Potong ‘Anu’ Kalau Malaysia Menang



Tak pasti hendak klasifikasikan tindakan individu ini sebagai berani atau secara mutlaknya, bodoh! Mungkin pembaca ada jawapan dalam benak sendiri.

Walaupun kes seperti ini bukan yang pertama dilaporkan, namun ternyata masih ada individu terlalu semberono membuat pertaruhan yang dilihat cetek mental, dungu serta kurang bijak.

Melalui akaun Facebook, seorang individu telah memuat naik satu pertaruhan ekstrim, iaitu sanggup memotong testis sendiri andai pasukan Harimau Malaya menang dalam pertemuan menentang Singapura, malam tadi.

‘Today; United vs Hull & Mas vs Sin. United win, i’ll shave my hair. Malaysia win, i’ll cut my balls off!’

Ya, nampaknya pertaruhan tersebut langsung tak menyebelahi individu ini kerana, pasukan Malaysia berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan pasukan negara seberang itu, 3-1.


Ruang komen individu ini kemudiannya dilimpahi komen-komen pengikutnya yang memberi respon terhadap pertaruhan tersebut.

Salah satu komen yang ditinggalkan menulis, ‘That’s a bold statement dude (Itu merupakan kenyataan yang berani). Ada kut yang tak ada bola malam nanti.’

Kalau nak imbas kembali, tindakan pertaruhan untuk membuang anu ini atau melakukan sesuatu yang luar biasa dah menjadi semacam satu trend dalam kalangan belia, tambah-tambah bila melibatkan perlawanan bola sepak.





Kalau difikirkan kembali, kenyataan-kenyataan tersebut boleh digeneralisasikan sebagai taktik untuk menarik perhatian dan bersifat kebudak-budakkan.

Semua sedia maklum, dalam Islam sekalipun, tak ada suruhan yang menggalakkan perbuatan sedemikian. Maka buat adik-adik di luar sana, fikirlah masak-masak sebelum bertindak melulu.

Bak kata orang sekarang, ‘kalau bodoh sekalipun, simpanlah untuk diri sendiri’, tak perlu nak tunjuk dekat orang luar ya!

sumber mynewshub.cc



Penjaga Gol Singapura Jadi Bahan Lawak Di Internet



Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.

Terbaharu, penjaga gol Singapura,  Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens.

Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan.

Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.

Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.





Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk.




- mynewshub

Saturday, 29 November 2014

Umno Kecewa Dengan Peguam Negara

Tan Sri Zainuddin Maidin kini boleh bersenang hati kerana kempennya untuk mengekalkan Akta Hasutan tidak sia-sia.

Namun, beliau tidak berpuas hati setakat itu sahaja. Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu masih menjadikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai sasaran kritikannya.


Zainuddin dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com mendakwa, Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam umpama satu undi tidak percaya ke atas peguam negara dan juga satu amaran kepada Najib.

“Masalah yang dihadapi oleh kerajaan jika peguam negara disingkirkan maka bererti (wujud) campur tangan politik.

“Tetapi jika rakyat yang diberikan harapan tinggi oleh Najib dikecewakan oleh sikap peguam negara maka Najiblah yang akan tersungkur.

“Ramai orang berprasangka bahawa peguam negara juga berada di belakang pengumuman Najib untuk menghapuskan akta itu,” tulisnya.

Zainuddin berkata, kekecewaan ke atas kegagalan peguam negara menguatkuasa Akta Hasutan turut disuarakan oleh perdana menteri, menteri dalam negeri dan perwakilan Umno yang lain dalam persidangan itu.

Bekas editor Utusan Malaysia itu berkata beliau mengesan demikian melalui ucapan Najib yang menyeru peguam negara untuk bersikap dengan lebih tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

“Apakah erti semuanya ini? Seruan Najib itu disambut dengan tepuk sorak bergemuruh para perwakilan yang dapat difahamkan dengan mudah sebagai suatu luahan perasaan mereka terhadap kelemahan peguam negara yang telah berlaku sekian lama dan yang menampakkan tindakan yang takut untuk menghadapi kontroversi dan cabaran dari pihak pembangkang,” katanya.

Zainuddin, yang popular dengan nama Zam berkata, turut membangkitkan mengenai saranan Najib agar peguam negara lebih tegas dalam menguatkuasa Akta Hasutan.

Katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menerima tepukan yang gemuruh apabila menteri itu menggesa Pejabat Peguam Negara untuk membantu pihak polis dalam memastikan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

Malah, Zahid turut menyatakan bahawa pihak polis tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menyiasat dan menangkap.

"Ini adalah suatu pembelaan terhadap polis yang selalu disalahkan oleh pihak peguam negara kerana lemah dalam mengemukakan kes untuk pendakwaan,” kata bekas menteri itu lagi.

Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekalkan walaupun sebelum ini ia dipertimbangkan untuk dimansuhkan.



Lantik Semula Anwar Pukulan Maut Untuk Khalid Ibrahim

Keputusan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor disifatkan menongkah arus tindakan yang dilaksanakan bekas menteri besar sebelum ini.

Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Azmin cuba membuktikan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah sesuatu yang tidak wajar, malah ketua pembangkang itu masih relevan memegang posisi berkenaan.


“Lantikan semula ini menunjukkan Anwar masih berbisa, bagaimanapun Azmin perlu tegas dalam menjalankan pentadbiran negeri agar tidak mudah dipengaruhi.

“Tetapi Azmin tidak akan menjadi ‘remote control’, sebaliknya banyak keputusan membabitkan hal pembangunan Selangor akan mendapat tempias daripada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azmi menambah, pelaburan luar negara mungkin tidak akan berubah namun diramalkan Anwar akan membantu merancakkan pembangunan infrastruktur.

“Sebab berdasarkan sejarah Anwar, beliau tidak banyak membantu menyuntik pelaburan besar ke Selangor. Malah keputusan Azmin kelak akan selari dengan hasrat penasihat ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat Azmin mengambil risiko besar kerana Anwar masih menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan tarikh lain keputusan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Tindakan Azmin melantik semula Anwar dilihat sebagai menghargai hubungan akrab mentornya, bagaimanapun saya yakin beliau mempunyai rasional tersendiri.

“Umum maklum jawatan berkenaan tidak diperlukan memandangkan Anwar telah memegang banyak peranan lain, contohnya selaku ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia dilihat  membebankan beliau,” katanya.

Kelmarin, Azmin yakin Ketua Umum PKR itu mampu memainkan peranan penting  dalam usaha menarik minat pelabur luar ke Selangor.

Katanya, Anwar boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan kerajaan negeri menutup terus pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana dilihat hanya membazir.



Makan Anak Pun Umno Jaga - Umno Memang Semakin Bangang



Belajar pandai2. Masuk UMNO terus jadi bodoh piang.

Yang kerja mencari rezeki tue kau.
Yang membeli barangan untuk dimasak kat pasar tue bini kau.
Yang masak tue bini kau.
Yang menyuap anak2 makan diri mereka ataupun bini kau.
Alih2 UMNO yang dapat kredit?

WAKAKAAKKA..

Tang mana MAKAN PUN ATAS JASA BAIK UMNO?

Aku yang tak sokong UMNO pun boleh jek makan.
Bersepah2 lagi manusia kat dunia neh yang tak kenal UMNO pun masih lagi makan.
Bahkan ada yang beria2 sokong UMNO usah kata makan, kena tindas pun ada. Ingat UMNO kau tue suci ka?

Pelik aku.

Dia yang belajar susah payah. Belajar pandai2 untuk jadi doktor. Orang tua dia bekerja tak kira waktu mencari rezeki nak membesarkan dia supaya dia menjadi seseorang yang bijak pandai. Alih2 bila dah besar, dah pandai, dah jadi doktor, yang dapat kredit tue UMNO? Bukan mak bapak ka?

HAHAHAHA..

Kesian tengok akal doktor neh. Membodek langgar segala. Sekali terpapar kebodohan diri. Kena kutuk kaw2 di laman sosial. Komen lebih seribu semua dok pakat2 kutuk doktor neh ja. Nak p berubat kat doktor macam neh ka? Taknak aku. Risau. Takut woi.

Kritikan2 terhadap doktor UMNO di laman sosial ;







Video ucapan doktor tersebut yang mengatakan makan anak pun atas jasa UMNO ;

KLIK VIDEO DI SINI

Dipetik dari - sozcyili





Bloggers Umno Bangang, Kata Najib



Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.



Bloggers Umno Panas Dihina Kerana Kuat Bodek



Bertindak balas atas kenyataan wakil Kelab Umno Luar Negara (KLUN) mengenai Blogger Umno lambat pertahan Rosmah.

Pada PAU 2013, kita blogger-blogger dengan rasa senang hati memberi publisiti percuma kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Ibdillah Ishak, yang baru dilantik ketika itu kerana kenyataan beliau yang terlebih lajak dari laju (terlebih cangan sebelum perlaksanaan) dan pada kali ini (PAU 2014) saya seru sahabat blogger untuk memberikan Farhana ini keutamaan.

Farhanan dalam ucapannya menyalahkan blogger Umno kerana lambat membalas dakyah dan berita palsu yang dilemparkan oleh blogger-blogger parti pembangkang.

Menyalahkan blogger Umno gagal mempertahankan Rosmah merupakan satu tuduhan berat dan berniat jahat apatahlagi menyebutnya secara umum (blogger Umno) tanpa menyatakan secara khusus sasaaran sebenar tuduhan tersebut.

Yang pertama, saya mahu tanyakan kepada farhana, siapakah yang dimaksudkan dengan Blogger Umno?.

Kebanyakan blogger yang pro kerajaan termasuk saya mempertahankan bukan sahaja Rosmah tetapi Umno itu sendiri dan adakah itu dimaksudkan sebagai blogger Umno?

Yang kedua, bagaimana bentuk pertahankan yang Farhana maksudkan?.

Secara Ilmiah? Fataniah? atau Makiniah? jika Farhana tidak nampak mungkin Farhana ini tidak membaca politik tempatan atau Farhana ini sibuk berosial di luar negara?

Yang ketiga, Farhana fahamkah politik blogger dalam negara ini atau farhana ini hanya tembak semberono?

Video ucapan Farhana saya naikkan semula disini supaya pembaca faham bagaimana maksud Farhana.

Kefahaman saya dalam ucapan Farhana ini sebenarnya hanya untuk menjilat (bahasa orang muda) First Lady.

Farhana hanya bertujuan sebenarnya menunjuk pandai kononnya Pelajar KULN ini sahaja yang hebat boleh pertahankan Rosmah hinggakan tiada langsung peranan atau sumbangan orang lain (blogger) dalam peperangan siber politik Malaysia.

Hebat sangatkah orang (blogger) KULN ini?

Saya dengan ini mencabar Farhana membentangkan gerakerja blogger KULN yang digelar Young Blogger (YB) untuk mempertahankan Rosmah.

Selepas 3 bulan sila bentangkan keputusan capaian pembaca yang telah membaca blog-blog KULN bagi membuktikan tulisan Farhana sampai kepada sasaran dan buktikan blogger pembangkang telah patah hujahnya dengan penulisan tersebut.

Farhana jangan hanya pandai melambung untuk membodek Rosmah supaya nanti boleh mendapat tempat sebagai orang penting.

Buktikan kehebatan gerakerja Farhana bukan setakap cakap kosong yang akhirnya memalukan keseluruhan ahli KULN dan alumninya.

Akhirnya tetapi bukan yang terakhir, Saya menganggap kenyataan yang keluar dari mulut Farhana hari ini adalah kenyataan dari kelab Umno Luar Negara (KULN) yang memeprlekeh blogger-blogger yang siang malam mempertahankan Umno Bn.

Saya cabar Farhana dan KULN bermula sekarang.




Keluarga Mahfuz Omar Diberi Projek Oleh Umno Kedah



JAMILAH HAMZAH
ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

“Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

“Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut,” katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

“Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

“Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport,” katanya.




MCA Dakwa Wakil Umno P. Pinang Ini Tak Ada Otak



Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.

Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana “dakwaan penuh taksub” itu hanya untuk meraih “keuntungan politik murahan”.

"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.

“Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.

Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum.

“Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang,” katanya.

Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.

- mkini


Friday, 28 November 2014

Foto Panas Pemain Bola Sepak Negara Hisap Rokok Di Singapura Tersebar

Kiriman Facebook yang menunjukkan pemain kebangsaan Malaysia menghisap rokok di luar hotel penginapan mereka di Singapura.


Gambar dimuatnaik ke dalam Facebook menunjukkan pemain bolasepak Malaysia memakai jersi kebangsaan menghisap rokok di khalayak ramai di Singapura mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pengguna internet.

Gambar tersebut dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama "Jose Raymond" pada 9.50 pagi tadi.

Berpakaian dalam jersi hitam kuning, penyerang utama Safee Sali dilihat sedang merokok dalam gambar berkenaan.

Mereka berada di Singapura dan akan bertemu tuan rumah untuk perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki esok.

Jose Raymond, dalam postingnya, berkata:

“Inilah satu sebab mengapa saya yakin Lions akan melayakkan diri ke separuh-akhir pada Piala AFF Suzuki. Sekurang-kurangnya, tanggallah baju kebangsaan kamu.

"Anda kenal sesiapa antara mereka?"

Raymond, yang merupakan ketua pegawai eksekutif Majlis Alam Sekitar Singapura, berkata gambar tersebut diambil ketika pemain tersebut makan malam di sebuah restoran berdekatan hotel penginapan mereka.

“Ia juga sebagai peringatan kepada kita semua bahawa dunia sekarang amat berbeza dan anda diperhatikan sepanjang masa, tidak kira di mana kita, lebih-lebih lagi jika kita tokoh umum," tambahnya.

Bercakap kepada akhbar Today, kapten pasukan bolasepak Tanjong Pagar United Hafiz Osman berkata perkara yang berlaku di luar padang sepatutnya menjadi tanggungjawab pemain.

“(Safee Sali) sepatutnya memilih tempat lebih tersembunyi supaya tidak diperhatikan sesiapa bila beliau merokok," kata Osman.

Sambil menyifatkan Safee antara penyerang terbaik Malaysia, Osman bagaimanapun berkata beliau juga manusia "dan anda tidak boleh menghakiminya berdasarkan perbuatannya”.

– tmi


1MDB Hantar Imam Ke Mekah Antara Hujah Paling Bodoh Di PWTC

Seorang perwakilan tampil menyelar pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mengkritik syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wakil Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Pakatan juga tidak menghargai sumbangan 1MDB yang didakwanya menghantar lebih 1,000 orang imam untuk menunaikan ibadah haji sejak ia ditubuhkan.


"Ia mampu menghantar 1,000 orang imam masjid dan surau untuk menunaikan ibadah haji.

"Kenapa semua ini tak dipersetujui pembangkang?" tanya Ikmal sewaktu membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno petang ini.

Menurutnya,  Pakatan Rakyat tidak wajar berterusan mengkritik badan "pelaburan strategik" itu kerana ia bukanlah menggunakan wang kerajaan untuk membiayai keseluruhan operasinya.

Dakwa Ikmal, 1MDB hanya menggunakan RM1 juta dari kerajaan sebagai dana sokongan permulaan dan jaminan bon sebanyak RM5.8 bilion dari kerajaan.

"Adilkah syarikat seperti ini didesak dan ditekan seolah-olah mereka menggunakan wang kerajaan semata-mata," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM20 bilion.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan kerahsiaan operasi 1MDB yang dakwanya turut mempunyai operasi di pusat bebas cukai Kepulauan Cayman.

- mkini



Safee Sali Mengamuk Di Instagram Kerana Peminat ‘Sound’ Prestasi Menurun



Minat rakyat negara ini terhadap prestasi sukan bola sepak tempatan yang semakin memuncak pada tahun kebelakangan ini adalah satu perkembangan menarik.

Begitu pun sudah jadi adat dalam dunia sukan, caci nista adalah lumrah bermain di bibir penyokong.

Ramai yang mempunyai sikap bila menang bukan main lagi pasukan dan pemain kegemaran disanjung tapi bila kalah, dihina tak cukup tanah!

Antara pemain bola sepak kebangsaan yang menjadi mangsa mentalitili sebegini adalah Safee Sali yang pernah dinobatkan sebagai penyarung ‘golden boot’ pada Piala AFF 2010.

Namun kini apabila prestasi Safee dikatakan semakin menurun maka banyaklah kritikan diberikan. Sesetengahnya mungkin masih boleh dihadapi oleh pemain ini dengan sabar namun bila ada yang menegur terlalu keras sampai tahap memalukan, pemain bola pun manusia biasa yang tahu marah kan?

Contohnya pendapat negatif yang diutarakan peminat bola sepak tempatan di ruangan komen Instagram baru-baru ini, benar-benar membuatkan Safee hangin.

Ia bermula daripada sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram teammsia memaparkan Safee sedang berusaha melepasi pertahanan Thailand ketika perlawanan Piala AFF lalu bertanyakan komen peminat tentang prestasi Safee pada malam tersebut.

Maka banyaklah yang memberi komen termasuk yang agak keterlaluan ayatnya.


Safee terus memberikan jawapan balas:


“Yang komen kat sini pernah ke main bola kat international level.. kalau tak pernah better shut up.. jangan nak perlekehkan usaha orang menjaga maruah negara.. IF YOU SHAME TO SUPPORT HARIMAU MALAYA BETTER YOU CHANGE ANOTHER FLAG..”

Komen ini turut ditandakan Safee dengan nama peminat bola yang telah melemparkan kata-kata negatif kepadanya di ruangan komen gambar tersebut.

Kepada peminat bola sepak tanah air, kami sendiri berpendapat tidak salah untuk menegur pemain kebangsaan yang dilihat semakin meleweh prestasinya, tapi gunakanlah kata-kata berhemah.

Lagi pun tak ada siapa mahu kalah apatah lagi bila ia membabitkan imej negara. Teruskan sokongan kepada Harimau Malaya, mudah-mudahan satu hari nanti Malaysia akan muncul sebagai pasukan yang digeruni lawan.

Sumber mynewshub.cc




Najib Mencontohi Nabi..



Tidak timbul isu mungkir janji jika hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional tidak menjadi kenyataan.

Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya bagaimanapun berkata hasrat Presiden Umno itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tindakannya itu telah mendahulukan kepentingan suara majoriti.

"Soalnya sekarang ini, cadangan Perdana Menteri itu adalah pandangan peribadi beliau, setelah mendengar suara rakyat, suara majoriti dan ketetapan dalam Parlimen, maka sudah tentu kena dahulukan suara majoriti.

"Dalam konteks negara kita, pembangkang atau kerajaan, mempromosikan demokrasi, hak bersuara, hak memberikan pendapat dan pandangan, suara majoriti itu perlu didahulukan," katanya kepada Sinar Online pada Persidangan Agung Umno 2014, di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2014, semalam.

Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk memasukkan dua perkara baharu.

Antaranya ialah melindungi kesucian Islam dan larangan menghina agama lain serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Najib sebagai seorang yang mungkir janji.

Beliau berkata lagi, tindakan Najib juga tidak menyalahi Sunnah Nabi Muhammad SAW di mana baginda sendiri meraikan pendapat umum ketika berdepan dengan suasana peperangan.

"Nabi bagi cadangan berperang dalam peperangan Uhud di dalam bandar Madinah, oleh kerana majoriti sahabat Nabi tidak bersetuju.

"Mereka (sahabat) mahu berperang di luar bandar Madinah, jadi Nabi meraikan majoriti dan mengetepikan pendapat peribadi baginda.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan sentiasa berusaha untuk berubah setelah menerima nasihat dan teguran," katanya lagi.


DAP Buat Laporan Polis Terrhadap Mashitah



DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang.

"Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental.

Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak.

Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan.

Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.

Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik  penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman.

Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

- mkini



Lelaki Cedera Ditetak..



Seorang lelaki cedera di badan selepas ditetak dengan parang oleh dua perompak yang memecah masuk rumahnya di Jalan Belida 14, Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang bersiap siap mahu ke tempat kerjanya di daerah ini dikejutkan kehadiran dua lelaki bermotosikal yang menerjah masuk ke kediamannya.

Katanya, terkejut dengan kejadian itu, mangsa yang berusia 30-an cuba melawan namun suspek yang bersenjatakan parang terus menetak lelaki itu di badannya.

"Sejurus lelaki itu tersungkur dan cedera, suspek melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z," katanya.

Katanya, pihaknya kini memburu kedua-dua suspek yang dianggarkan berusia 20-an dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

Katanya, mangsa kini dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.



Thursday, 27 November 2014

Identiti Pembeli Buku Zunar 'Selamat"

MOLPay tak dedah pembeli buku Zunar pada polis



Gerbang pembayaran dalam talian - MOLPay Sdn Bhd - menjelaskan bahawa ia tidak mendedahkan maklumat mengenai pembeli buku kartunis Zunar kepada pihak polis.

Ketua pegawai eksekutifnya, Eng Sheng Guan berkata syarikat itu telah menjelaskan kepada Zunar bahawa ia tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada pihak polis setakat ini.

"Kami telah menjelaskan kepada Zunar mengenai perkara itu pada 26 November, bahawa selepas e-mel pertama kami bertarikh 17 November, pihak pengurusan MOLPay memutuskan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada PDRM," kata Eng kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, dilaporkan bahawa pihak polis telah meminta MOLPay, yang mengendalikan urus jualan dalam talian bagi buku Zunar, supaya mendedahkan senarai mereka yang telah membeli bukunya.

Buku berkenaan ialah "Komplot Penjarakan Anwar" yang didakwa polis mengandungi bahan berunsur hasutan.

Polis sedang menyiasat Zunar di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya.

- mkini



Parah Didera Menantu Hantu

WAK JAMIL yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar semalam.


MUAR – Seorang tauke gula melaka cedera parah disimbah air panas dan dipukul dengan cota selain barangan berharga miliknya dikebas menantunya dalam kejadian di Batu 18, Ayer Hitam di sini kelmarin.

Lelaki malang, Mohd. Noor Abdullah, 55, atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula diperlakukan sedemikian selepas mangsa bertengkar dengan menantunya pada pukul 4 pagi.

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan suami anak­nya itu bertengkar dipercayai berkaitan wang sebelum suami anak angkatnya hilang sabar lalu memukul mangsa dengan cota di kepala serta menyimbah air panas ke badan mangsa.

Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian itu di­sedari seorang saudara mangsa yang tinggal berdekatan selepas mendengar jeritan Wak Jamil mengerang kesakitan.

“Sebaik membuka pintu rumah mangsa, saudara mangsa terkejut melihat keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan cuba merangkak meminta pertolongan,” kata Rubiah ketika ditemui di rumahnya semalam.



Isteri Upload Gambar Berahi Dan Buat Status Bodoh Di Facebook



Isteri Bodoh!! Upload Gambar Mengha1rahkan dalam Facebook kemudian mengeluarkan status Malam Ni Sayang Nak Skill Macam Semalam Iyer Abang.Seperti biasa setiap manusia pasti mempunyai akaun facebook daripada umur setahun jagung hinggalah ke peringkat dewasa

Namun amat sedih apabila facebook dijadikan tempat untuk memalukan diri sendiri dengan update status bodoh serta gambar yang menghairahkan.Persoalannya mengapa boleh jadi sebodoh demikian? apabila gambar berahi tersebar mula mengamuk bagaikan dirasuk histeria namun persoalanya mengapa tidak berfikir sebelum upload gambar tersebut?

Seperti yang anda lihat print sreen dibawah adakah patut gambar serta status tersebut dikeluarkan? Admin terpaksa kelabukan bahagian-bahagian tertentu dalam gambar ini supaya anda beringat dan berhati-hati bayangkan jika gambar anda tersebar seluruh pelusuk dunia tanpa seurat benang dan tanpa ditutup bahagian-bahagian tertentu bagaimana? tentulah malu bukan?

Jadi Kesimpulannya jangan jadi bodoh dan jangan keluarkan status dalam laman sosial jika rasa bosan post perkara-perkara yang berfaedah.



- hmetroo.blogspot.com/



Tiada Undang-Undang Boleh Selamatkan UMNO



Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah yang akan menyelamatkan UMNO

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa Akta Hasutan 1948 bukanlah alat yang digunakan bagi mengekalkan kekuasaan UMNO.

“Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah yang akan menyelamatkan UMNO dari kehilangan kuasa,” tulisnya di dalamwww.paklah.net.

Sebelum itu, Abdullah yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Pak Lah menyatakan bahawa beliau sendiri tertarik dengan ucapan dasar Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

“Selain memperingatkan ahli-ahli UMNO akan sejarah perjuangan UMNO dan juga betapa pentingnya semangat solidariti, beliau juga sangat prihatin dengan keresahan, kerisauan dan juga keinginan orang Melayu secara amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya,” katanya lagi.

Tambah Pak Lah lagi, keprihatinan ini terserlah apabila beliau mengumumkan pengekalan Akta Hasutan yang disambut dengan ghairah oleh ahli-ahli UMNO yang berada di dalam dan di luar dewan Pusat Dagangan Dunia Putra.

“Saya menyokong keputusan ini. Saya menyokong pengekalan ataupun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong,” katanya.



Anwar Tawar RM100 Juta Tetapi Anifah Tolak Kerana Murah

'Anwar tawar RM100j untuk berpaling tadah'

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 MP Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.


Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

"Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata itu'.

"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

- mkini


Wednesday, 26 November 2014

Khairy Tampar Muka Umno



Pemuda PAS menggesa agar ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengkaji terlebih dahulu mengenai tanah rezab Melayu yang semakin banyak tergadai, sebelum mendabik dada untuk mempertahankannya.

Ketua penerangan Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata Khairy perlu bertanya sendiri kepada pemimpin Umno untuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab.

“Khairy perlu bertanya kembali kepada rakan-rakan dalam Umno, tergadainya tanah rezab Melayu ini angkara siapa?

“Siapa yang meluluskan pembersihan penduduk kampung tradisi seluruh Kuala Lumpur dan ditukar status kepada bukan lagi tanah rezab Melayu dan diberikan kepada tauke besar seperti YTL untuk dibangunkan?

Beliau juga membangkitkan mengenai “puluhan ekar tanah” di Perak yang didakwa diberikan kepada YTL untuk pembangunan.

“Siapa yang meluluskannya? Ini hanya beberapa contoh daripada beribu kes tanah rakyat yang digadaikan oleh pemerintah daripada parti Khairy sendiri atas nama pembangunan,” kata Nasaie lagi.

- mkini

Seksinya Mashitah..

Mashitah: Jangan sewenangnya guna nama Islam



Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mencadangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pendaftar Perniagaan (ROC) tidak membenarkan pendaftaran sesuatu pertubuhan yang menggunakan nama Islam secara sewenang-wenangnya dan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Tak kira parti Islam ke, Brother in Islam ke, Sister in Islam ke, Mother and Father in Islam  ke... Mereka meletakkan Islam bukan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, apatah lagi (fahaman) liberal dan sokong LGBT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menyokong usul agama, pendidikan dan sosial sempena Persidangan Agung Pergerakan Wanita di PWTC petang ini.

Dalam ucapannya juga, Mashitah turut mencadangkan supaya media massa atau penganjuran majlis rasmi tidak memanggil penceramah luar yang bermasalah dengan pegangan akidah.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada kerajaan supaya mengadakan tapisan pegangan akidah kepada penceramah luar supaya tiada fahaman berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah masuk ke dalam Malaysia.

Bekas timbalan menteri itu berkata mencadangkan supaya penerangan mengenai prinsip wasatiyah diperluaskan termasuk maksud jihad perlu diberikan memandangkan ramai umat Islam yang terpengaruh "nak cepat masuk syurga".

"Akhir sekali, sekolah pondok perlu menjadi agenda Umno untuk manjadi satu benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. 

- MKini



Taib Mahmud Nafi Ada Hubungan Dengan CMS

Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.


"...Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai ketua menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap di majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS di Kuching malam tadi.

Taib, yang berundur daripada jawatan sebagai ketua menteri pada akhir Februari lepas, gembira bahawa di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang berjaya.

"Terpulang kepada CMS untuk membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," kata beliau.



- Bernama



Anggota UPP Maut Di Sadao, Thailand

Sadao (Selatan Thailand): Seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Mohd Qamar Shaiff, 23, maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Sadao, di sini, 6.30 petang ini.

Mangsa yang memandu kereta bersama dua lagi rakannya dipercayai dari arah Padang Besar menghala ke Sadao sebelum terbabas ketika mengelak sebuah motosikal.


Komander UPP negeri, Syed Basri Syed Ali, ketika mengesahkan perkara itu, berkata mangsa maut selepas kereta dipandunya merempuh penghadang jalan di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sadao.

Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu bertugas di Wang Kelian dan jenazahnya sudah dituntut keluarga terdekat.

Katanya, jenazah mangsa kini dihantar ke kampung halamannya di Tangkak, Johor bagi urusan pengkebumian.

Mangsa mula bertugas sebagai anggota UPP pada 2011.



Memalukan.. 15 Orang Perwakilan Pemuda Umno Buta Huruf..!!



Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon piihan ketika proses pengundian kelmarin.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Setiausahanya, Wan Abdul Rahman Wan Ismail, yang menyarankan pendekatan lebih mudah seperti memangkah di kotak kosong digunakan untuk memilih pemimpin selepas ini, berbanding menulis nombor.

"Kita kesan hampir 15 orang di Kota Bharu yang tidak dapat membaca dna menulis. Ini menimbulkan kesulitan untuk menulis calon pilihan. Mungkin mereka tidak sekolah, kita pun tahu perwakilan ini diambil dari akar umni yang terpilih bukan berdasar akademik," katanya.



Glamournya Din Ayam Bila Namaya Disebut Di Dewan Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menantu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang hari ini diperolok ekoran kenyataan kontroversi mereka berhubung Negara Islam (IS) sebelum ini.

Ia berlaku ketika kertas putih berhubung ancaman kumpulan bersenjata itu dibentangkan di parlimen hari ini.


Ia bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika perbahasan membangkitkan kenyataan Najib lima bulan lalu yang menggesa anggota Umno mencontohi semangat IS.

Kamaruddin menegaskan bahawa anggota PAS dilarang menyokong IS.

Najib dalam ucapannya pada 24 Jun dilaporkan berkata sama ada suka atau tidak, harus diakui bahawa 1,300 pejuang IS telah mengalahkan 30,000 tentera Iraq.

Katanya, ia berlaku kerana tentera republik negara itu takutkan orang yang berani.

Bagaimanapun, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan menyerang menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad.

Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan wakil Tumpat itu kerana Zaharuddin di media sosial gembira dan teruja apabila IS menawan beberapa bandar di Iraq.

- mkini





Adun Umno Tak Tahu Besyukur..

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tetap akan memperuntukkan RM200,000 kepada setiap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri itu walaupun mereka telah menolaknya.

Azmin berkata, kesemua 12 ADUN BN itu sepatutnya bersyukur apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk mereka.


Malah, beliau menjelaskan, walaupun setiap ADUN BN menerima RM200,000 namun, setiap penyelaras DUN akan mendapat RM500,000, menjadikan jumlahnya RM700,000.

"Sebenarnya sama. Setiap kawasan diberi RM700,000. Cuma di kawasan yang kita kalah kepada BN, mereka (ADUN) akan menguruskan RM200,000 dan penyelaras DUN akan uruskan RM500,000.

“Tetapi jumlah RM700,000 akan tetap pergi kepada rakyat.

"Sekurang-kurangnya, mereka perlu bersyukur kepada kerajaan negeri dan ini merupakan satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan kekal memberikan RM200,000 kepada wakil rakyat BN walaupun mereka menolaknya, Azmin berkata:

"Ya, kita akan kekalkan," katanya.





Tuesday, 25 November 2014

Umno Diingatkan Jangan Politik Isu Beri Kereta

Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor


SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh memberi amaran kepada ahli Dun supaya tidak mempolitikkan isu pemberian kemudahan kereta kepada Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

Hannah berkata, kerajaan negeri sudah pun meluluskan pemberian kereta dan kemudahan kepada ketua pembangkang pada sidang Dun yang lepas.

"Saya mohon supaya janganlah politikkan isu pemberian kereta ini. Saya dengar dalam dewan tadi ada yang berkata pemberian kereta ini hanya gimik menteri besar untuk beri kereta kepada ketua pembangkang.

"Untuk pengetahuan, pemberian kepada ketua pembangkang ini adalah sudah diputuskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang Shamsuddin juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kemudian kita hantar keputusan ini dalam sidang Dun yang lepas dan ia diluluskan.

"Pemberian yang kita buat semalam (kelmarin) sebenarnya sudah pun diluluskan dan penyerahan semalam cuma acara biasa saja dan kita harap pemberian kereta itu boleh memberi manfaat kepada ketua pembangkang. Ianya tidak ada kena mengena dengan gimik menteri besar," katanya dalam sidang media di Dewan Annex, hari ini.

Sebelum itu, sidang Dun gamat dengan segelintir Adun yang mempertikaikan pemberian kereta kepada ketua pembangkang dan mendakwa ia sekadar gimik menteri besar.



Setelah Anak Mati Dalam Lokap, Bapa Dakwa Diugut Pula..



Kira-kira tiga jam selepas polis menyerbu rumahnya untuk mencari senjata api, seorang penganggur 25 tahun, yang ditangkap sebelumnya, meninggal dunia dalam tahanan di Johor.

Bapanya kemudian mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Tubuh Syed Mohd Azlan Syed Mohamad Nur, menurut bapanya, terdapat tanda lebam, termasuk “tanda tusukan berlubang”.

Dalam sidang media hari ini, peguam keluarga itu Gobind Singh Deo menunjukkan gambar-gambar berkaitan, tetapi tidak mengedarkan salinannya.

"Undang-undang kita jelas, kalau seseorang itu dipukul, itu adalah kesalahan jenayah. Undang-undang yang sama juga terpakai pada polis,” kata Gobind.

Beliau juga berkata, pihak keluarga akan menimbangkan memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian arwah.

Sementara itu, Syed Mohamad Nur Ali berkata, beliau boleh menerima pemergian anaknya tetapi cara ia berlaku yang menyedihkannya.

"Tentang kematian saya tak kisah, tetapi cara kematian itu yang saya sedih. Anak saya tak sakit, tak apa (kalau) dia hilang serta-merta,” katanya.

Sidang media itu juga diselubungi suram apabila Syed Mohamad Nur bergenang air mata menceritakan perkara itu dan ketika peguam menunjuk gambar anaknya pada pemberita.

Sidang media itu diadakan di pejabat peguamnya di Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya yang lain.

Ceria bertukar duka

Menceritakan keadaan sebelum polis menyerbu rumah mereka, beliau berkata pagi itu ceria apabila arwah “bersuka ria dengan abang-abang dia ”.

Syed Mohamad Nur berkata, arwah juga bercadang untuk keluar membeli seluar 'bundle' (terpakai) pada hari itu.

Bagaimanapun semuanya berubah selepas polis datang ke rumahnya dan didakwa memaksanya mengaku mempunyai senjata api haram.

"Kemudian polis hempas pistol depan saya, hempas gari, menakutkan saya, minta saya mengaku (ada senjata api haram).

"Tapi sebenarnya saya punya senjata api, saya hanya ada yang berdaftar.

Baca seterusnya disini




Rakaman CCTV Kepala Dalam Plastik Dihantar Ke Makmal

Bukit Mertajam: Rakaman CCTV kejadian kepala seorang lelaki ditemui dalam satu bungkusan plastik hitam di hadapan kedai makan di Taman Impian Ria, di sini, petang semalam, akan dihantar ke makmal untuk dianalisa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata pihaknya percaya selepas rakaman itu dianalisa, ia dapat membantu siasatan kes berkenaan.


“Polis juga akan mendapatkan beberapa rakaman lain daripada CCTV yang terdapat berhampiran kawasan kejadian bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, kepala berkenaan ditemui pemilik kedai makan di Lorong Impian Ria 5 sebelum memaklumkan kepada polis.
Hasil pemeriksaan CCTV yang diperoleh daripada premis berkenaan, polis mendapati bungkusan itu ditinggalkan dua lelaki yang menunggang motosikal kira-kira 9.30 malam, Ahad lalu.

Mazlan berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan anggota keluarga agar membuat laporan.

“Sehingga ini, polis belum menahan sesiapa dan siasatan lanjut masih dijalankan, kami harap rakaman (selepas dianalisis) mampu memberi beberapa petunjuk bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata Unit Anjing Pengesan K-9 yang turut menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kepala itu ditemui, tidak menjumpai badan atau anggota lain milik mangsa.

- Bernama




KJ Bengang Penyokong Malaysia Dilarang Masuk Singapura

Twitter Ultra Malaya 07 antara yang berkongsi notis larangan dikeluarkan pihak kastam dan imigresen Singapura itu.


Isu penyokong bola sepak Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura Ahad lepas dibangkitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sehingga kini belum ada jawapan daripada pihak berkuasa Singapura mengapa segelintir penyokong dilarang memasuki negara itu.

Halangan kemasukan kepada penyokong Malaysia itu dibuat ketika mereka dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Myanmar dalam kejohanan AFF.

Dalam notis tersebut, individu itu tidak dibenarkan masuk kerana tidak layak mendapat pas pelawat mengikut polisi imigresen terkini negara itu.

Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Astro Awani memaklumkan, pihaknya masih menunggu adakah laporan yang dibuat itu adalah benar dan jika wujud kebenaran kepada dakwaan itu, adakah mereka membawa barang larangan?

Pihak berkuasa Singapura pernah menahan beberapa penyokong bola sepak Malaysia yang didakwa menimbulkan kekecohan di luar Stadium Jalan Besar, Singapura Mei tahun ini.

September lalu, seorang penyokong Johor darul Takzim (JDT) dihukum penjara tujuh hari atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di luar Jalan Stadium Besar.

Mohamed Kamil Kamal Basha dihukum penjara kerana didakwa merempuh garisan polis dan meninggikan suara kepada pegawai keselamatan dalam kejadian 20 Mei lalu.





Penjenayah Bodoh Tersilap Curi Beg..

ANGGOTA Polis forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.


Nibong Tebal: Seorang ahli perniagaan menempuh detik cemas apabila dua penyamun bersenjatakan parang dan besi memecahkan cermin keretanya ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun hanya mampu berdiam diri selepas penjenayah mengacukan parang ke arahnya.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu mengeluarkan wang RM20,000 di sebuah bank berhampiran lokasi kejadian.

"Penjenayah dipercayai mengekorinya namun mereka tersalah mengambil beg yang hanya mengandungi dokumen miliknya di tempat duduk belakang.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, di sini," katanya.





Teguran Panas Mahathir Tehadap Umno Yang Semakin Busuk

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.


4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan.

Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. “Umno saya punya.” “Bahagian ini saya punya.”

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang Umno. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.


Tun Dr Mahathir Mohamad





Monday, 24 November 2014

Rafizi 'Sekolahkan' Khairy..

Subsidi: Jawapan Khairy dedah BN memangsakan rakyat?

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mengalu-alukan jawapan Khairy Jamaluddin berhubung penghapusan subsidi minyak kerana ia mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat.

Beliau dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno itu terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial.


"Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, jawapan itu mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.

Katanya, penetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin):

1. Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.

2. Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran

3. Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak

4. Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)

5. Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)

Rafizi berkata, ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.

Tambahnya, segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak.

Lebih dari itu, ujarnya Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.

Sebelum ini, katanya rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.

Menurutnya, dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.

Sebab itu beliau terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.

"Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?" ujarnya lagi.

- HARAKAHDAILY