Saturday, 17 January 2015

Nik Amar Pertahankan Hadi Awang Sebagai Presiden

Khidmat Abdul Hadi masih diperlukan



KOTA BHARU - Walaupun pelbagai pendapat diutarakan mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun Pas Kelantan menegaskan khidmat pemimpin itu masih diperlukan bagi menerajui kepemimpinan tertinggi parti selepas ini.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Abdul Hadi adalah pemimpin yang mempunyai pengalaman dan masih layak memegang jawatan tersebut. “Beliau dapat pengiktirafan dunia sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, penghormatan sangat besar, bukan senang nak cari pemimpin tempatan diiktiraf sebegini.

"Maka, sesuailah beliau masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi parti, pendapat orang lain itu hanyalah pandangan peribadi mereka sahaja, bukan pendirian parti,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff mencadangkan Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden untuk pemilihan 2015 hingga 2017 yang dijadualkan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.





No comments:

Post a Comment