Saturday, 31 January 2015

Haiwan Aneh Macam Gollum Ditemui

Binatang aneh yang ditemui di ladang kelapa sawit di Sibu kelmarin kemungkinan besar seekor beruang matahari yang sedang sakit


SIBU – Penduduk Sarawak yang terkenal dengan kisah haiwan legenda digemparkan dengan penemuan makhluk aneh oleh sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu di sini kelmarin.

Makhluk berkuku panjang dan tajam itu ditemui pekerja warga Indonesia ketika mereka sedang membersihkan kawasan ladang tersebut pada kira-kira pukul 10 pagi.

Seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Ardie, 30, berkata, dia dan rakan-rakan pada mulanya terdengar bunyi pelik binatang sebelum ternampak seekor makhluk aneh kira-kira 10 meter di hadapan mereka.

Ceritanya lagi, haiwan yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya itu kemudian berlari meluru ke arah mereka seakan-akan mahu menerkam.

“Terkejut melihat binatang itu bertindak agresif, rakan saya terus mencapai sebatang kayu dan memukulnya hingga pengsan.

“Sebaik haiwan tersebut sedar semula, kami menghalaunya masuk ke dalam hutan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Ardie memberitahu, itulah kali pertama dia menemui makhluk aneh tersebut sejak hampir dua tahun bekerja di ladang berkenaan.

Katanya, ada antara rakannya mendakwa haiwan aneh itu seakan-akan se­ekor beruang tua yang sudah gugur bulunya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Hutan negeri, mengesahkan menerima rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat yang memaparkan penemuan haiwan pelik terbabit.

Klip video tersebut dikatakan dirakam oleh pekerja ladang berkenaan sebelum dimuat naik ke dalam YouTube oleh sebuah akhbar tempatan dengan tajuk Strange creature freaks out plantation workers in Sarawak. Video itu telah ditonton sebanyak lebih 50,000 kali setakat pukul 11 malam tadi.



Anak Sulung Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu, Dedah Perkara Sebenar



Anak sulung penyanyi rock terkenal Awie, Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.

Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Istagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menurut Aleeya, kenyataan Rozana (seperti yang dipetik dari sebuah portal hiburan), boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.

Antara yang didakwa Aleeya ialah, selama ini ayah dan ibu saudaranya yang akan memastikan dia dan adik-adiknya tidur mengikut waktu, termasuk memastikan alat-alat atau barang barang persekolahan semuanya lengkap.

Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira.

Di bawah Astro Gempak kongsikan status yang ditulis Aleeya di FBnya beberapa hari lalu:





Friday, 30 January 2015

Siapa Individu Yang Cuba Sabotaj Ekonomi Negara

PM arah siasat individu sabotaj ekonomi



KUALA LUMPUR 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, bukti perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit.

“Kita kena peroleh bukti terlebih dahulu seperti apa yang didakwa. Kita berharap badan kerajaan yang relevan akan ambil tindakan sewajarnya,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya perlu, kaedah pengawalan short position melalui mekanisme yang ada di negara ini dan turut diamalkan di Australia dalam mengawal urus niaga mata wang perlu dilaksanakan untuk membendung aktiviti berkenaan.

Katanya, kajian juga perlu dilakukan sama ada perbuatan sabo­taj itu boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010 untuk memastikan pencegahannya lebih berkesan.

- utusan





Kami Semua Mangsa Permainan Politik – Razak Baginda



PETALING JAYA: “Kami semua mangsa permainan politik,” kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.

Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.

Menurut beliau, Altantuya hanya meminta wang sebanyak AS$5,000 dan RM8,000 dan menyifatkan dakwaan wang komisen AS$500,000 sebagai “sesuatu yang baru”.

Katanya, wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan “seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak.”

“Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam,” jelasnya dalam temuramah dengan portal berita The Malaysian Insider.

Beliau menambah, “Naratif ini disuapkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan setiap orang seperti sekawan kerbau, mengikut.”

Mengenai dakwaan Altantuya seorang penterjemah, Razak menjelaskan, orang Perancis adalah sofistikated dan boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik.

Sehubungan itu beliau bertanya kenapa tidak ada pihak yang mahu mempersoalkan keperluan untuk mendapat seorang penterjemah bahasa Perancis keturunan Mongolia.

“Fikirkan ini. Jika saya mahukan seorang penterjemah, saya akan dapatkan penterjemah Perancis atau penterjemah British-Perancis. Kenapa perlu saya mahukan seorang Mongolia?

“Adakah dia pernah datang ke Perancis serta tinggal dan belajar bahasa Perancis? Tetapi semua orang percaya dia penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar. Tidak ada orang mempersoalkannya,” ujarnya.

Beliau mengakui kedatangan Altantuya menemuinya dengan tujuan memeras ugut atas perkara yang bersifat peribadi dan hubungan mereka.

Katanya, pada peringkat awal beliau membayar wanita Mongolia itu sejumlah wang tetapi bertindak tidak mahu tunduk pada tekanan peras ugut sehingga menyebabkan Altantuya marah terhadapnya. - FMT



Balas Tweet Najib Mengenai MH370, Pengguna Twitter Disiasat Polis




Dek kerana satu tweet yang mendakwa kehilangan pesawat MAS MH370 adalah satu konspirasi, seorang pengguna Twitter kini dalam siasatan pihak polis.

Akaun Twitter yang menggunakan nama Fazel itu dipetik oleh ketua polis negara yang meminta pihak polis menjalankan siasatan apabila Fazel membalas satu tweet yang dimuat naik oleh akaun Twitter Perdana Menteri, Najib Razak.



Difahamkan, Fazel membalas tweet dari Perdana Menteri yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370. Fazel menyatakan kemalangan Mh370 sebagai satu konspirasi, bukannya satu kemalangan.

"@NajibRazak jibjib..it's not an accident, it's a conspiracy", tulis Fazel dalam ruangan komen Tweet Najib Razak.

Menyedari perbuatan pengguna Twitter terbabit, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kemudian menulis di Tweetnya, meminta agar PCIRC atau polis siber Malaysia menyiasat pengguna akaun Twitter terbabit"

“PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” kata Khalid.

Bersama tweet itu, Khalid juga turut menyertakan keratan gambar 'screenshot' yang memaparkan pengguna Twitter tersebut membalas tweet Najib Razak.

Semalam, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan MH370 sebagai kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggapo terkorban.

- Siakapkeli.com.my




Gambar Pistol Di Pinggang Timbalan Menteri Tersebar



Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api tersentil di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.

Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.

Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan berkenaan, yang menimbulkan kekecohan.

Gambar itu juga menunjukkan bahagian pemegang pistol yang diperbesarkan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa.

"Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun.

"Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta saya.

"Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut.

“Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa,” katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa polis akan berbincang dengan timbalan menteri itu berhubung cara beliau membawa senjata api tersebut.

Menurut polis, senjata api tersebut perlu dibawa dengan amat berhati-hati untuk mengelakkan keadaan berbahaya seperti diragut dalam pergelutan atau sebagainya.

- mkini

Thursday, 29 January 2015

Polis Jahat Bunuh Altantuya - Respon IGP Kepada Razak Baginda



Nampaknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyertai barisan panjang mereka yang masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyentuh isu itu dalam respon kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang semalam menyifatkan pembunuhan bekas kekasihnya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".

Razak Baginda (kiri), yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa walaupun "elemen jahat" wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis.

"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Khalid berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.

"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.

"Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.

Dalam keputusan 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa motif pembunuhan itu adalah "tidak penting" dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.

- mkini

Nenek Tidak Tahu Apa Lagi Nak Beritahu Cucu



GEORGETOWN: Seorang warga emas yang dikenali sebagai Moey, 60-an berkata beliau tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan kepada dua orang cucunya berhubung kematian ibu mereka dalam kemalangan pesawat MH370.

"Selama hampir setahun saya terpaksa menipu cucu-cucu saya bahawa ibu mereka bekerja di tempat yang jauh bila mereka bertanya mengenai ibu mereka," katanya.

Cucunya yang berusia tiga dan lima tahun kini tinggal bersama menantunya di Kuala Lumpur selepas kematian anaknya Guan Hua Jin dalam kemalangan pesawat itu.

"Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini, saya tidak tahu nak cakap apa lagi kepada mereka," katanya kepada pemberita rumahnya di Bayan Baru di sini.

Hua Jin, seorang jurutera komputer berlepas ke Beijing dengan pesawat tersebut pada 8 Mac tahun lepas bagi menyertai kursus yang diatur syarikatnya.

Kerajaan hari ini mengisytihar kehilangan pesawat tersebut merupakan kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban.

Namun usaha mencari akan tetap diteruskan.

Moey berkata, beliau sangat merindui anak bongsunya itu dan berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan keluarga. - BERNAMA



Adakah Daim, Dr Mahathir di belakang Saiful Bukhari, soal PKR



PKR hari ini mempersoalkan adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berada di belakang Mohamad Saiful Bukhari Azlan, selepas isteri pengadu kes liwat II itu mengambil keputusan berhenti daripada TV3.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang dibimbangkan ialah, kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan campur tangan bagi mengelak tekanan pihak tertentu.

"Tiba-tiba Saiful menyatakan isterinya berhenti (kerja) kerana diarahkan membuat liputan menyerang tokoh yang dihormati iaitu Daim dan Dr Mahathir.


"Adakah Daim dan Dr Mahathir di belakang Saiful? Ini juga satu persoalan yang menarik untuk kita minta penjelasan kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Saiful (gambar) pada minggu lalu mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja dari stesen televisyen swasta TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR yang menyerang Daim.

Dia mempertikaikan ruang yang diberikan TV3 kepada pemimpin PKR itu untuk menyerang bekas menteri kabinet zaman Dr Mahathir tersebut."Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 serang Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi liputan pada PKR?

"TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar pula?" katanya menerusi blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Shamsul Iskandar juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pertelingkahannya dengan Daim haruslah tidak meninggalkan sebarang kesan dalam keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat II kelak.

“Saya ingi
n ingatkan perdana menteri agar tidak terbawa-bawa dalam kes ini kerana kita bimbang kes Anwar juga dimanfaatkan untuk tujuan perundingan, mungkin dengan Dr Mahathir, kerana takut dengan tekanan, menyebabkan kes ini dicampur tangan.

"Ini juga perkara yang harus dijelaskan perdana menteri. Perkara ini tidak boleh dilihat berlanjutan," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, kesediaannya bersama Anwar dalam mendedahkan salah laku Daim tidak boleh dianggap membantu jentera kempen yang digerakkan Najib.

Katanya, pendedahan yang mereka lakukan terhadap Daim bermula lebih awal sejak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada tahun lalu.

“Ketika kita bangkitkan isu ini, tidak ada perang. Kita bawa isu ini secara konsisten. Mungkin persepsi orang menilai begitu.

"Kalau dilihat fokus dan komitmen kita daripada awal, memang tujuan saya dan Anwar membawa Daim ialah supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berani menyiasat beliau.

"Oleh sebab terdapat pergaduhan dan kes ini ditimbulkan, pada saya, itu bonus kepada PKR dan Pakatan Rakyat, apatah lagi Anwar," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, publisiti yang diberikan TV3 dalam kes siasatan rasuah Daim tidak akan ditolak kerana ia akan membantu rakyat mendapat lebih maklumat.

Katanya, pergaduhan pemimpin Umno tiada kaitan dengan PKR dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Mereka nak bergaduh kita nak buat macam mana? Kita bukan sebahagian daripada pertelingkahan mereka.

“Kebetulan kali ini diberikan sorotan lebih baik. Adakah saya nak tolak? Tentu saya dan Anwar tak menolak kerana itu baik untuk negara ini.” – tmi





Mustafa Ali Salahguna Wang Harakah Untuk Kepentingan Diri?

Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam KWSP, adakah itu gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

KUALA LUMPUR: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.


Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?” ujar beliau.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.

Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.

“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi.

Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.

“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,” tambah beliau.

Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.

Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.

“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “ tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.

“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.

Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.

“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.

Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

- FMT




Lukisan Belakang Agong Di Singapura



Pelukis Malaysia, Vincent Leong mencetuskan kontroversi apabila mempamerkan lukisan belakang badan yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam pakaian rasmi diraja.

Lukisan itu dipamer dalam pameran mengetengahkan siri lukisan berjudul “Kenapamu Malaysia” di Singapura, lapor Sinar Harian.

Ia turut menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sisi belakang.

Beberapa pihak tampil menyatakan bantahan mereka, termasuk Pemuda PAS dan beberapa NGO lantang seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Langkah itu dikaitkan mereka dengan “penghinaan”.

“Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis dan penganjur.

“Sekiranya lukisan ini bertujuan untuk menghina, maka ia bakal melukakan hati rakyat Malaysia,” ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kanan) dilapor sebagai berkata.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad dilapor mengesahkan isu itu berada dalam perhatian pihaknya.

Pameran tiga hari itu dilapor berlangsung pada 22 Januari hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas dari Leong dan galeri tersebut.

- mkini



Apa Untung Stopa Berdebat Dengan Guan Eng?



Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad cuba meredakan pertikaian di antara setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan menganggapnya sebagai “masalah peribadi” semata-mata.

Beliau juga melibat cabaran Mustafa untuk berdebat dengan Lim sebagai usaha yang “tidak menguntungkan”, namun meminta agar kedua-duanya bertemu untuk mencari penyelesaian.

"Saya nampak ia seolah-olah perkara peribadi. Tak nampak untungnya. (Kalau boleh) biarlah jumpa untuk berbincang dan cari penyelesaian," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam. - Malaysiakini






Wednesday, 28 January 2015

Kematian Altantuya ‘hanya kes pembunuhan biasa’, kata Razak Baginda

Abdul Razak Baginda berkata spekulasi mengenai kes Altantuya Shaariibuu menjadi bertambah 'berbelit' walaupun sampai ke penghujung proses undang-undang.


Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.

Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).
Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.

"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.

Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.

Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.

Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.

Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.

"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?

"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.

Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".

"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."

Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.

Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.

Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.

Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.

Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan.

Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.

"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang-orang yang tidak dinamakan," katanya.

Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.

Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.

Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.

Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya.

- tmi



Pelancong Gerun Bila Berada Di Kuala Lumpur



TERKINI - Pesawat FlyDubai Ditembak Di Udara



Beberapa syarikat penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu membatalkan penerbangan ke Iraq selepas pesawat FlyDubai ditembak di Lapangan Terbang Baghdad.

Penggantungan itu akan menghadkan pilihan penumpang, ahli perniagaan asing dan diplomat yang bergantung kepada pusat transit antarabangsa di negara Teluk.

Pesawat FlyDubai ditembak pada bahagian tengah pesawat sehingga menyebabkan kebakaran kecil. Namun semua penumpang pesawat 215 itu selamat.

Kejadian itu menyebabkan penumpang yang berlepas ke Dubai terpaksa menggunakan pesawat lain, menurut FlyDubai.

Berikutan kejadian itu, Emirates berkata, syarikat itu turut membatalkan penerbangan dari dan ke ibu negara Iraq berikutan kebimbangan keselamatan sehingga dimaklumkan kelak,

"Kami begitu komited kepada para pelanggan kami di Iraq dan berharap perkhidmatan di Baghdad akan dimulakan semula apabila keadaan mengizinkan," kata Emirates dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Emirates masih terus beroperasi di utara Iraq, Irbil dan Basra.

- MalaysiaGazette


Foto Pegawai JPJ Merokok Sambil Memandu Tetapi Orang Awam Tak Boleh










Tuesday, 27 January 2015

FOTO PANAS - Isteri Guan Eng Didakwa Beli Pakaian Dalam Berharga Ribuan Ringgit



Entah sapa yang tangkap.gambar pakaian dalam Betty Chew isteri CM Pulau Pinang tersidai di rumah mereka.

Mungkinkah Betty guna pakaian dalam berjenama mewah boleh cecah sampai US$890 sehelai dan panties sampai US$300-450 sehelai?

Kita memang tak boleh nampak apa dipakai dalam pakaian Betty. Jika gambar sidaian kain dan jenama yang diguna Betty itu benar, sungguh membazir.

Baca Seterusnya DISINI


PasMa - Pas Akan Bertindak Jika Ada Aduan Rasmi



PAS akan bertindak terhadap anggota parti itu yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) jika terdapat aduan salah laku terhadap mereka.

“Kalau ada laporan barulah kita boleh bertindak.

“Kita harus meneliti bentuk kesalahan yang telah dibuat, barulah keputusan boleh dibuat. Kita mahu memelihara konsep keadilan kepada ahli,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan krisis PAS itu bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat laporan dibuat setakat ini kerana ia dihantar langsung kepada pejabat agung PAS.

“Tanya setiausaha agung (Datuk Mustafa Ali),” katanya ketika ditanya diminta mengulas konflik berpanjangan PAS dan PasMa.

Terbaru, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik keras PasMa yang disifatkannya sebagai “menebuk kapal” sendiri.

Beliau juga meminta anggotanya yang menyertai PasMa keluar daripada PAS jika tidak setuju dengan dasarnya.

NGO yang digerakkan anggota PAS itu bagaimanapun membalasnya dengan membayangkan supaya Hadi berundur kerana didakwa mengetepikan keputusan muktamar untuk memperkukuh Pakatan.

'Tugas saya sudah selesai'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu kerana menganggap tugasnya telah selesai.

“Saya tidak boleh komen apa sebab tanggungjawab saya telah selesai, saya telah bertemu dengan mereka (PasMa).

“Keputusannya kekal dengan keputusan Majlis Syura yang menasihati ahli PAS supaya tidak terlibat dengan program yang dianjurkan PasMa.

“Saya dah bentang (laporan) dan tugas saya telah selesai. Itu keputusan yang parti telah buat,” katanya.




'Raja Dadah' Hong Kong termasuk warga Malaysia dipaksa bakar 'ice' depan media


'Raja Dadah' Hong Kong termasuk warga Malaysia dipaksa bakar 'ice' depan mediaWong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media negara itu, sebelum membuang bungkusan dadah terlarang ke dalam api yang marak di relau insinerator di pinggir Jakarta. - Gambar AFP


JAKARTA: Digari dan dipakaikan topeng muka hitam, seorang lelaki Hong Kong yang dipercayai raja dadah bersama anggota kumpulannya dipaksa untuk membakar stok ‘ice’ atau dadah crystal methamphetamine bernilai AS$136 juta secara umum hari ini selepas ditangkap pihak berkuasa Indonesia.

Wong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media negara itu, sebelum membuang bungkusan dadah terlarang ke dalam api yang marak di relau insinerator di pinggir Jakarta.

"Dadah itu adalah sampah, sebab itu kami membakarnya,” kata ketua agensi dadah Anang Iskandar kepada wartawan. Sejumlah 862 kilogram dadah telah dibakar.

Lelaki yang ditahan itu didakwa sebagai ketua kumpulan yang dianggotai tiga lagi warga Hong Kong, seorang warga Malaysia dan empat warga Indonesia. Mereka telah ditangkap pada awal bulan ini selepas tiga tahun siasatan terhadap sindiket global tersebut.

Mereka semua berdepan hukuman mati jika didapati bersalah mengedar dadah. Di Indonesia, balasan bagi kesalahan tersebut adalah hukuman tembak.

Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang antidadah paling tegas di dunia dan semakin menggiatkan kempen itu di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo.

Awal bulan ini, enam pesalah termasuk lima warga asing telahpun berdepan dengan skuad penembak negara tersebut.

"Indonesia telah mengumumkan perang ke atas dadah. Kami mahu menyelamatkan generasi akan datang, anak cucu kami,” ujar Menteri Keselamatan Indonesia, Tedjo Edhy Purdijatno.

Dadah-dadah tersebut yang dibungkus rapi dalam paket kopi ditemui dalam keadaan 97 peratus asli. Sindiket tersebut sememangnya dikehendaki di tujuah buah negara termasuk China, Filipina, Malaysia dan Singapura.

Pihak berkuasa Indonesia telah memantau pergerakan Wong sejak tahun 2012. Dia ditangkap selepas bot nelayan membawa masuk dadah itu ke Jakarta untuk dijual.



Polis Tangkap 33 Orang Cuba Cetus Rusuhan Di Pulau Pinang



Rusuhan kaum? Jangan main-main beb!!!! Ini isu yang boleh menghuru-harakan negara dan tidak boleh dipandang mudah. Syabas di atas tindakan pantas PDRM Pulau Pinang dalam menangani isu sensitif ini.

Polis Pulau Pinang menahan 33 orang dan mengagalkan rancangan untuk mengadakan rusuhan dan ketegangan kaum ketika sambutan perayaan Thaipusam minggu depan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata semua mereka ditahan di sebuah pusat hiburan jam 2.55 pagi Ahad bersama berbagai peralatan seperti batang besi, topi kaledar dan batang kayu.

Polis telah memantau pergerakan suspek yang berumur antara 17 dan 2, selama hampir sebulan sebelum pusat hiburan itu diserbu.

Menurutnya beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan empat telah diuji positif dadah.

"Kami percaya kumpulan itu merancang untuk mewujudkan ketegangan kaum dengan melakukan rusuhan semasa perayaan Thaipusam. Mereka kini ditahan reman sehingga 29 Januari bagi membantu siasatan," katanya, sambil menambah suspek berasal dari Perak, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan .

Mereka telah disiasat di bawah Seksyen 148 untuk merusuh, Seksyen 506 untuk ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya dan menyebabkan kecederaan.

Copy Paste Dari Sini





Gadis Yang Pertahankan Isu Peluk Artis K-Pop Ini Kakitangan RTM Rupa-Rupanya



Sewaktu kecoh cerita isu wanita bertudung dipeluk Kpop tu.., ramai lah orang yang muncul nak memberi pendapat masing-masing.. Ada pendapat yang boleh terima pakai tu ok la jugak.. Tapi bila dah pendapat yang macam pelik je bunyinya mesti akan kena hentam teruk..

Siapa lagi kalau bukan video seorang wanita yang memberi pendapat yang sangat merepek di laman sosial tu.., dah menjadi viral dan dapat kutukan hebat dari ramai orang.. Apa yang lebih menarik..

Korang nak tahu wanita yang buat video tu bukan wanita biasa tau.., dan bukan jugak wanita luar biasa..hehe.. Cuma dia ni adalah salah seorang fanalis Ikon Siarawan, Nurul Hidayah Md. Nawai.. , program ini adalah anjuran RTM..

Agaknya nak cari perhatian lebih tu yang sampai buat video tu.., tapi perhatian yang dia cari ni tersalah langkah.. Miss A pun pernah tengok video yang dia cakap tu.. Tapi tak tengok sampai habis.., sebab macam merepek je..haha.. Macam beri fakta yang salah je pasal islam..

Disebabkan video perkongsian dia tu masih lagi mendapat kutukan dan kecaman hebat rakyat Malaysia.., berdasarkan dari laporan Utusan, pihak pengurusan RTM khabarnya dah ambil langkah tegas kat Nurul, dengan rehatkan dia dari mana-mana program stesen penyiaran RTM..

Nampak tak kesan yang korang akan dapat kalau cuba nak buat video yang merepek macam Nurul ni.., lain kali nak cari publisiti tu guna jalan yang betul.., dah tersalah langkah habis memakan diri.. Nasib baik stesen RTM tak buang terus dia dari penyiaran mereka.. Miss A




Monday, 26 January 2015

Puteri Umno Baling Kantoi Tipu..

PROJEK BANGI CARE SUMBANGAN ADUN PAS BANGI MENGAKU PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL





Inilah perangai buruk yang sukar nak di kikis dari sebilangan besar ahli-ahli UMNO terutamanya yang baru nak berjinak-jinak dengan politik contohnya Puteri UMNO.

Sanggup buat kerja menipu dengan harapan rakyat tidak tahu kerana lupa yang kini kita hidup di alaf baru informasi di hujung jari dan bukan lagi bergantung harap 100% dari media kepunyaan dan kawalan UMNO/BN. Projek rumah Bangi Care ini sumbangan ADUN Bangi merangkap Timbalan Speaker Dewang Undangan Selangor YB Mohd Shafie Ngah untuk rakyat Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan.

Satu sen pun tidak dikeluarkan maupun disumbang oleh Kerajaan Barisan Nasional .. kakitangan sukarelawan yang membantu mendirikan rumah-rumah ini seorang pun tidak ada yang berdarah dan berjiwa UMNO. Sampai begitu sekali tergamnak dan sanggup buat kerja menipu demi propaganda nak naikkan imej parti dimata rakyat.

Sebab itu rakyat akan bertanya .. kalau perkara yang jelas dan terang berderang ini sanggup Puteri UMNO Baling menipu tidak dapat bayangkan perkara yang sama-samar dan kelabu asap.

Akhirnya tujuan nak membantu parti akhirnya menyumbang kepada bertambah kuat ketidak kepercayaan kepada UMNO. .. Betul-betul bikin malu kompenilah!!!!

- omakkau


Pakatan Rakyat Akan Berpecah Dan Hancur Sebelum PRU14



Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?.. Ditambah burukkan keadaan gelagat para penyokong tertentu yang bertindak lebih sudu dari kuah.

Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam. "Pakatan tidak berfungsi ketika ini.

Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.

Pilihan raya PBT isu terbaru dalam senarai pertelingkahan yang dibangkitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulama konservatif yang selari dengannya. Dua pergeseran yang timbul sebelum itu adalah Langkah Kajang yang digerakkan PKR untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu, yang menyebabkan berlakunya krisis menteri besar di Selangor berlarutan selama 6 bulan.

PAS juga berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya di Kelantan, sekaligus mencetuskan keretakan dalam hubungan antara parti komponennya kerana mendakwa ia bukan polisi bersama PR. Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR. Agak lama kepimpinan tertinggi parti – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hadi, dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tidak duduk semeja.

Malah difahamkan, kali terakhir mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat adalah pada 20 Disember 2013, di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Ketika itu mesyuarat dijalankan untuk menghantar surat kepada Khalid untuk menyemak elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker Selangor. Sejak itu, Hadi tidak menghadirkan diri dalam 5 mesyuarat, dan PAS diwakili timbalan presidennya Mohamad Sabu.

Dalam sebuah mesyuarat majlis presiden tahun lalu, PR bersetuju menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor. Hadi tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, dan kemudiannya menolak keputusan mesyuarat. Sejak itu, DAP menegaskan kehadiran Hadi amat mustahak dalam setiap mesyuarat. "Tiada petunjuk bila mesyuarat seterusnya," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

"Mesyuarat hanya akan dijalankan jika Hadi hadir. Ini permintaan kami, kerana kami tidak mahu beliau menolak keputusan mesyuarat kemudiannya," katanya merujuk kepada beberapa tindakan Hadi menolak keputusan mesyuarat PR ketika kemuncak kemelut menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun dilihat lebih optimis dengan masa hadapan PR, mengatakan terdapat fraksi dalam kepimpinan PAS. Muktamar PAS katanya mengesahkan sokongan parti itu terhadap PR sejak pembentukannya pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

Beliau berkata ini bermakna, PAS akan kekal bersama PR. "Isu yang melibatkan mereka ketika muktamar dan pemimpin mereka perlu diselesaikan secara dalaman oleh PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu.

The Malaysian Insider difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi. Penganalisis, Ibrahim Suffian berkata, pertelingkahan antara kepimpinan PAS menjelang pemilihan mereka yang dijadualkan pada Jun membimbangkan. Perbezaan ideologi antara kepimpinan parti itu juga mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pembangkang mereka.

"Jika kumpulan konservatif kekal dan mempengaruhi pelbagai peringkat, ia akan mengakibatkan Pakatan tidak dapat berfungsi," katanya, dan menambah, keretakan dan perpecahan senario terburuk yang mungkin berlaku. Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR, kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu.

"PAS tidak boleh mendesak semua polisi mereka mahukan, dan pada masa sama, kekal bersama DAP dan PKR," katanya.

Rafizi turut mengakui, isu berkenaan memberikan sedikit kesan kepada akar umbi, terutamanya kawasan dikuasai Hadi dan penyokongnya. Beliau bagaimanapun melihat, di kawasan-kawasan sentimen pro-PR, pertelingkahan itu tidak memberikan kesan.

"Ada kesannya, tetapi tidaklah begitu besar," katanya.


Guru Edar Gambar Lucah Kepada Remaja Perempuan

Seorang guru bahasa Inggeris hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang daripada pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, lima tahun lepas.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membuat keputusan itu terhadap C Shanmuga, 35, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


"Sehubungan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan serta wang jaminan dipulangkan," kata Namirah.

Mengikut pertuduhan, guru berkenaan didakwa mengedar gambar lucah kepada remaja itu yang berumur 21 tahun, di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang antara 21 April hingga 27 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni manakala Shanmuga diwakili peguam Haresh Mahadevan. – Bernama


Isu Belagak - Zizan Razak Mohon Maaf



Kami rasa permohonan maaf Zizan Razakyang dimuat naik ke akaun Instagram beliau petang ini lebih merujuk kepada penggunaan kata hitam manis terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) malam Jumaat lalu.

Tetapi, tidak salah juga kiranya permohonan maaf ini diambil semua sebagai sesuatu yang positif termasuklah Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang atau meluat dengan sikap Zizan Razak yang menyampuk ketika juri itu memberikan komen.

“Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas”

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” tulis Zizan Razak sebentar tadi.

Bagus juga tindakan Zizan Razak memohon maaf sekali sapu bersih semua dan tidak memanjang cerita. Dunia hiburan kecil sahaja, mana tahu boleh bergandingan nanti dalam apa apa projek di masa hadapan, ‘kan senang rezeki dikongsi bersama. 

- (rtky/m)



Sunday, 25 January 2015

Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?



Tema untuk persaingan terkini Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada Jumaat lalu memang mencabar keupayaan para peserta yang terlibat dan boleh kita lihat rata rata mereka seakan gagal untuk mempamerkan kebolehan untuk membawakan tugasan tersebut.

Kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke juga tidak terkecuali menerima komen daripada Nur Fazurasebagai juri tetap yang menyifatkan persembahan mereka sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar.

Namun reaksi Zizan Razak yang menyampuk percakapan Fazura ketika itu dilihat seakan biadap & menerima reaksi kurang senang daripada para penonton dan peminat.

Tidak berapa lama selepas program MLM 2014 malam itu berakhir, Nur Fazura menerusi akaun Twitter beliau memuat naik status menyelar perbuataan Zizan Razak yang dianggap seperti tidak mampu menerima teguran selepas membuat kesilapan.

Harapnya Zizan Razak selepas ini boleh muhasabah diri untuk lebih terbuka untuk menerima apa jua kritikan tentang persembahan beliau. Popular tidak bermakna tidak boleh buat silap ‘kan?




American Sniper burukkan imej Islam



Penduduk Muslim di Amerika Syarikat (AS) kini berdepan ancaman kempen anti-Islam yang semakin meningkat susulan daripada penghasilan filem berjudul American Sniper.

Susulan daripada itu, Jawatankuasa Antidiskriminasi Arab-Amerika (ADC) bertindak menghantar surat kepada pengarahnya, Clint Eastwood dan aktor Bradley Cooper sebagai membantah filem tersebut.

"Majoriti ancaman keganasan yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada gambaran imej buruk orang Arab dan Islam dalam filem terbabit," kata jurucakap ADC.

Menurutnya lagi, mereka turut menerima ratusan mesej menerusi media sosial yang membantah filem bercorak perang tersebut.

Filem mengisahkan kisah benar mengenai penembak tepat terhandal AS, Chris Kyle yang dihantar menyertai misi di Iraq itu mula ditayangkan awal bulan lalu dan turut dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Akademi.

Kyle dinamakan sebagai penembak tepat paling berbahaya kerana telah membunuh lebih 100 orang sepanjang dia berkhidmat dalam unit elit tentera laut AS, SEAL.

Bekas tentera elit itu bagaimanapun ditembak mati di sebuah pusat menembak di Texas pada 2013. - AFP


DAP Tolak Hudud Punca PAS Tolak Pilihanraya PBT



KUALA LUMPUR – “Bertindak demokratik la bro..”.

Itu kata-kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke atas sekutu PAS dalam pakatan pembangkang, DAP.

Menurut beliau, DAP boleh tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Justeru, katanya, PAS juga boleh tidak bersetuju dengan rancangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

“Membawa agenda masing-masing sepatutnya tidak dianggap melanggar kesepakatan dalam pakatan.

“Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ia mencabul pakatan?. Jawabannya tidak. Itu kejayaan DAP dengan impiannya,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP sebelum ini mendakwa PAS mencabul muafakat pakatan pembangkang kerana mahu melaksanakan hudud di Kelantan tanpa persetujuan pakatan pembangkang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini pula membantah pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar di Pulau Pinang.

Abdul Hadi dipetik berkata, pilihan raya itu boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Kenyataan Abdul Hadi itu membangkitkan kemarahan ramai pemimpin DAP yang menyelar pendirian Presiden PAS tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu menyindir DAP bahawa PAS juga parti tindakan demokratik kerana menghormati sistem demokrasi negara dengan membawa enakmen jenayah syariah itu ke Parlimen Malaysia

“Cuma adakah pilihan raya PBT tak perlu ke Parlimen sebagaimana hudud?. Itu saya tak pasti. Kena rujuk kepada `orang’ undang-undang,” katanya.



Foto Tarian Separuh Bogel Terbuka Di Segamat



"Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, sebuah pusat membeli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

"Apa yang dikesal, tarian itu turut ditonton oleh kanak-kanak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum iaitu pada hujung minggu," katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya kerana berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehinggah menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Peristiwa ini secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor.

"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat negara ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut undang-undang yang sedia ada.

Kami percaya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. - Sinar Harian Online


Saturday, 24 January 2015

Pilihanraya PBT - Hadi Ada Agenda Tersirat

PKR mengesyaki bahawa tentangan oleh oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan serta kenyataan dari kem BN mengandungi agenda tersirat.

Anggota jawatankuasa pusat PKR, Latheefa Koya berkata, kenyataan menteri BN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya turut terpakai untuk semua pilihan raya di Malaysia sekiranya ia boleh diambil kira.


“Amat tidak masuk akan jika dikatakan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada polarisasai kaum atau masalah perpaduan.

“Mereka yang kata begini jelas sekali ada agenda tersirat.

“Jika alasan tidak masuk akal ini diterima, kita tidak akan dapat mengadakan apa-apa pilihan raya di Malaysia, sama ada peringkat parlimen, negeri atau pilihan raya kerajaan tempatan,” kata peguam itu.

- mkini



Bank Palsu Perdaya RM116 Juta Duit Pelanggan

Pemerintah China bukan sahaja berhadapan dengan isu duit palsu melibatkan mata wang rasmi yuan, tetapi kini lebih lucu, kewujudan sebuah bank palsu yang lengkap dengan kaunter canggih dan petugas berpakaian seragam.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, bank palsu itu terletak di bandar raya Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China dan paling pelik, ia sudah beroperasi setahun lalu tanpa masalah dengan jumlah pelanggan lebih 200 orang.


Siasatan pihak polis mendapati, bank ‘hantu’ itu sebenarnya sebuah koperasi luar bandar yang tiada lesen operasi bank oleh pihak berkuasa China tetapi berjaya mengutip deposit daripada orang ramai sehingga 200 juta yuan (RM116 juta).

Agensi berita rasmi China Xinhua melaporkan, ‘bank’ bersaiz mini itu dikenali sebagai Nanjing Mou Village Economic Cooperation dan ia turut menarik ramai pelanggan sektor perniagaan kecil dari wilayah berjiran, Zhejiang.

Kewujudan bank itu yang menyerupai imej bank wilayah milik pemerintah terbongkar akhirnya selepas seorang usahawan tempatan dikenali Wang dari Hangzhou mahu menuntut semula simpanan terkumpul dirinya sebanyak 12 juta yuan (RM6.9 juta).

Pihak bank itu enggan memulangkan semula semua deposit pelanggan lelaki tersebut malah menafikan pernah menjanjikan kadar pulangan faedah dua peratus seminggu menyebabkan ahli perniagaan itu marah dan membuat laporan polis.

Dalang bank palsu itu dikenali sebagai Liu bersama-sama empat orang pembantunya termasuk seorang wanita; yang cuba melarikan diri ke Macau dengan membawa wang deposit pelanggan, kemudian berjaya diberkas pihak polis.

Majoriti penyimpan wang adalah penduduk tempatan yang sanggup mendepositkan wang mereka kepada akaun bank tersebut kerana terpedaya dengan janji faedah lumayan dengan kadar jauh lebih tinggi berbanding bank-bank rasmi yang lain.

China ada lebih 200 buah bank diiktiraf termasuk puluhan milik institusi perbankan luar negara selepas pemerintah agresif membuka pasaran ekonomi tempatan dengan menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) lebih 20 tahun lalu.

People’s Bank of China ialah bank pusat negara itu yang mengawal selia dasar mata wang dan kadar faedah semasa manakalaChina Banking Regulatory Commissionmemantau sektor perbankan termasuk kelulusan operasi perkhidmatan bank. – Agensi



Isteri Anggota Polis Sebarkan Klip Video Zamani?



KLIP video yang memaparkan vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari dipercayai disebarkan oleh isteri kepada anggota polis yang bertugas di balai, di mana penyanyi itu ditahan.

Siasatan awal pihak polis mendapati sebaran dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya di mana anggota pertama telah merakam video tersebut sebelum memberikan rakaman tersebut kepada anggota kedua menggunakan aplikasi Whatsapp.

Kedua-dua anggota polis itu dikatakan berjanji tidak akan menyebarkan video tersebut namun berlaku perkara sebaliknya selepas rakaman itu diminta oleh anggota ketiga lalu anggota pertama bertindak memberikan rakaman tersebut kepada dua lagi individu termasuk isteri anggota ketiga.

Susulan itu, pihak polis bertindak merakam keterangan lima individu termasuk isteri kepada anggota polis terbabit, selain merampas 40 telefon bimbit.

Video nyanyian Zamani yang kini viral di Internet pula, telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Zamani yang popular pada era 90-an selaku penyanyi Kumpulan Slam, kini ditahan reman selama empat hari selepas ditahan Selasa lalu di rumahnya di Taman Keramat kerana disyaki memiliki heroin seberat 1.2 gram.

Turut ditahan dalam serbuan tersebut adalah teman wanitanya yang berusia 32 tahun.


Siapa 10 Artis Malaysia Peneman VIP

Polis Bukit Aman sedang memantau sekurang-kurangnya sepuluh artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP dengan menerima bayaran lumayan, lapor Harian Metro.

Berdasarkan siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk aksi di ranjang.


Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihaknya dan mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga.

“Berdasarkan maklumat risikan, kami mendapati mereka mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam. Bayaran bergantung kepada tahap popular mereka, semakin popular, semakin mahal.

“Kebanyakan artis berkenaan mengenakan khidmat orang tengah yang bertindak sebagai pengatur pertemuan dengan VVIP,” ujarnya.

Beliau mengingatkan artis berkenaan supaya jangan fikir mereka dikenali maka mereka boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Terdapat sumber mengatakan kebanyakan artis wanita berkenaan menggunakan orang tengah untuk menyasarkan golongan kenamaan bagi mengaturkan pertemuan penuh maksiat itu.

Orang tengah itu merupakan individu yang berpengaruh dalam industri hiburan dan mengenali ramai kenamaan.

Roslee berkata, biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, namun pihaknya mengetahui setiap pergerakannya.

“Modus operandi orang tengah ini sangat licik kerana hanya mengaturkan pertemuan antara artis itu dan pelanggan serta memberitahu jumlah bayaran.

“Selebihnya, pelanggan akan berunding sendiri dengan artis itu. Selalunya pertemuan dimulakan dengan menjamu selera di restoran tertentu atau pelanggan akan membawa artis berkenaan ke bilik karaoke,” ujarnya.

Sejurus selepas itu, katanya, artis berkenaan akan di bawa ke bilik hotel terkemuka kerana beranggapan lokasi itu selamat daripada serbuan.





Adun Pas Tegur Hadi Jangan Keluar Kenyataan Terbuka

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohamad Salleh Man menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan terbuka bagi menolak cadangan pelaksanaan pilihan raya tempatan.

Wakil rakyat tunggal PAS di DUN Pulau Pinang itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan itu.


"Bagi sayalah, di peringkat kepimpinan atasan boleh keluarkan kenyataan masing-masing di peringkat perbincangan dalaman ketiga-tiga parti," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya tentang pandangannya sendiri tentang perbezaan pendapat di antara pentadbiran kerajaan negeri dan Hadi, Salleh berkata buat masa ini sebarang kenyataan yang dikeluarkan akan terus mengelirukan keadaan.

"Nanti saya kata lain, dan pihak lain akan mengeluarkan kenyataan yang berlainan pula," katanya.

Hadi semalam menyifatkan cadangan pilihan raya tempatan di Pulau Pinang itu boleh menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Tentangan Hadi ke atas hasrat DAP untuk melaksana pilihan raya kerajaan tempatan itu timbul susulan tentangan keras DAP ke atas pelaksanaan hudud.

Hadi juga mengambil alasan sama, bahawa rancangan itu tidak pernah dipersetujui dalam kerangka bersama Pakatan Rakyat.




Friday, 23 January 2015

Sirul yang hilang jadi tumpuan, tapi kenapa Azilah kekal di sini?



Dua lelaki didapati bersalah membunuh, kemudian dibebaskan. Seorang memutuskan untuk ke luar negara dan kini fokus bertumpu kepadanya. Seorang lagi kekal di Malaysia, dan ini membingungkan. Kenapa?

Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bekas anggota Unit Tindakan Khas PDRM dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu. Tuah memihak kepada mereka, apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan bersalah dan mereka dibebaskan pada 23 Ogos 2013. Beberapa bulan kemudian, Sirul meninggalkan negara, namun rakan subahatnya Azilah kekal di sini.

Adakah Azilah merasakan tiada lagi hal yang perlu dibimbangkan? Adakah beliau tidak percaya yang Mahkamah Persekutuan akan menjatuhkan hukuman mati?

Semalam ada laporan yang tidak dapat disahkan bahawa anak lelaki Sirul mendakwa jika Sirul membuka mulutnya, beliau boleh menjatuhkan Malaysia dan Perdana Menteri. Jadi, adakah kita ingin percaya kepada pendedahan terbaru ini?

Beliau melalui laman Facebook berkata, ayahnya dan keluarga kini di Australia. Ini mengingatkan kita ketika mendiang PI Bala hilang selepas membuat pengakuan bersumpah keduanya. Selepas membuat pengakuan pertama, PI Bala mendakwa yang keluarganya diancam dan beliau setuju untuk mengubah kenyataan itu.

Kemudian, beliau dan keluarga menyusup keluar dari Malaysia. Melalui Singapura, mereka ke Nepal dan akhirnya India. PI Bala bersembunyi di sana, sehinggalah pulang ke Malaysia bersama keluarga dan mendedahkan beliau dipaksa untuk mengubah kenyataan pertamanya itu. Beliau meninggal dunia kerana serangan jantung sebelum sempat membuat pendedahan lanjut.

Terlalu kuat keraguan yang menyelubungi pembunuhan Altantuya, dan nampaknya ia bertiup dari Putrajaya dan Istana Kehakiman. Ketika itu, Datuk Seri Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri, dan Abdul Razak Baginda adalah pegawai khas beliau.

Kes berprofil tinggi ini melibatkan pertukaran wang berjumlah beberapa billion ringgit dan merentasi beberapa benua, berkaitan pembelian dua kapal selam yang tidak berfungsi dengan baik dan seorang model yang didakwa menjadi dambaan kedua-dua Abdul Razak dan Najib.

Jadi, adakah Sirul sudah dibeli untuk menutup mulut. Adakah Sirul melarikan diri bersama-sama keluarga kerana tahu mereka diancam bahaya?

Bagaimana pula dengan Azilah? Adakah beliau terlalu lembap untuk bertindak, dan ketika beliau ingin lari, semuanya sudah terlambat? Adakah keluarganya ditahan di mana-mana, agar beliau juga menutup mulutnya?

Sejak dari mula, ada beberapa kejanggalan dalam aspek perundangan sepanjang perbicaraan itu. Misalnya, tiada motif dipastikan dalam pembunuhan Altantuya, dan beberapa waksi tidak dipanggil. Pembantu peribadi Najib, Musa Safri didakwa mengarahkan pembunuhan itu. Musa tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Adakah Sirul akan menceritakan segala-galanya? Adakah beliau akan menulis apa yang diketahuinya, dan menghantarkan salinan kepada peguam yang dipercayai dan editor kepada agensi berita antarabangsa, untuk dibuka jika beliau mati di luar jangka?

Hidup Sirul seolah-olah mengikuti jalan yang ditempuhi PI Bala. Adakah Sirul perlu berjaga-jaga sepanjang masa? Kes ini semakin menimbulkan tanda tanya. Bilakah dalang akan mengarahkan Sirul membuat pendedahannya? Bilakah pula keluarga Altantuya akan mendapat keadilan?

Copy Paste Sepenuhnya Dari SINI


Artis Ini Diugut Bunuh Gara-Gara Berbaju Lambang Dajal



KUALA LUMPUR – Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama Instagramnya, @meggoth di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia dikecam hebat sehari selepas acara itu berlangsung.

Motif rekaan logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang digayakan itu disalah erti hingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal atau Illuminati.

Rentetan itu, Asfan telah diugut bunuh dan bakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.

Susulan itu Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang, Khamis akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya.

“Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah datang.

“Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.

“Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.

“Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial,” katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.

– BH Online



Zamani Slam Maafkan Polis Yang Rakam Aksi Memalukan Dirinya



Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video dia disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika ditahan, baru-baru ini.

Abangnya, Zulfazil, 50, berkata, permintaan itu dilakukan Zamani sendiri ketika dia berjumpa dengan penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini, 3.30 petang tadi.

“Dia takkan ambil apa-apa tindakan. Walaupun terkejut dengan keputusan Zamani tetapi saya bangga dengan tindakannya itu.

“Dia juga nampak sihat dan bersemangat kerana tahu ramai yang bersimpati dengannya berikutan kejadian itu,” katanya.

Zulfazil hadir ke IPD Ampang ditemani Presiden KARYAWAN Datuk Freddie Fernandez dan pengurus Zamani, Johan Aziz.

Zulfazil berkata, Zamani hanya tahu video berkenaan menjadi ‘viral’ selepas diberitahu Johan dalam pertemuan mereka petang tadi.

“Ketika bertemu saya tadi, dia bertanya sama ada penyebaran video itu serius atau tidak. Saya katakan ia serius kerana sudah menjadi viral di Internet serta menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Zulfazil berkata, dia yang mewakili keluarganya juga tidak akan mengambil tindakan kerana menghormati keputusan Zamani itu serta menyerahkannya kepada pihak polis.,


Polis Australia Bebaskan Sirul Untuk Ke Mana Sahaja..

Sirul Azhar Umar yang kini dalam pelarian di Australia dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pasportnya turut dirampas dan beliau diberikan satu kad khas yang membolehkannya bergerak bebas di negara itu, lapor Berita Harian.


Menurut laporan itu, perkara itu disahkah oleh sumber Wisma Putra.

"Setakat ini dokumen perjalanannya diambil oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

"Namu dia dibebaskan selepas pihak imigresen Australia memberikan kad dengan syarat tertentu yang membolehkan dia bebas bergerak ke mana-mana kawasan di sana."

Sirul ditahan oleh pasukan Imigresen Australia pada hari Selasa lalu selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sirul meninggalkan Malaysia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu merupakan tertuduh kedua. Beliau bersama Cif Insp Azilah Hadri, tertuduh pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari dan dijatuhkan hukuman mati.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel lima orang hakim turut mengeluarkan waran tangkap selepas permohonan oleh pendakwaan.

Azilah, 39, dan Sirul disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di satu kawasan hutan di sebuah bukit di Puncak Alam pada tahun 2006.